Earth Day 22 April 2008

2008 April 22
by ainunlmuaiyanah

Hari ini adalah Hari Bumi a.k.a Earth Day. Pada setiap tahun rakyat di dunia digalakkan menyambut Earth Day dengan melakukan aktiviti yang akan menyumbang kepada kestabilan ekosistem di bumi ini.

Selaku orang kedua terkuat kelab, aku tidak dapat melakukan apa-apa program lantaran ada paper Biostatistik yang mencengkam jiwa. Kami terhambat dengan peperiksaan. Tidak mengapa lain hari boleh mengambil bahagian.

Sebenarnya Earth Day ini di rintis oleh Gaylord Nelson ada tahun 1970 untuk membangkitkan kesedaran penduduk dunia tentang betapa penting memelihara alam dan bumi tempat tinggal kita ini. Sejarah mengenai Earth Day ini boleh didapati disini.

Walaupun tanpa keraian atau apa-apa acara peringkat negara, kita juga sebenarnya boleh mengambil bahagian. Caranya?

  1. Minimumkan penggunaan bahan api , air dan elektrik.
  2. tidak membuang sampah merata-rata.
  3. kitar semula bahan seperti tong, kaca dan plastik
  4. menghijaukan kawasan kediaman, belajar dan tempat kerja
  5. .
  6. .

Ada banyak lagi caranya. Cuma yang penting hendak atau tak hendak sahaja. Kan?

Sayangilah bumi kita. Kalau bumi semakin tenat, mana lagi tempat kita nak tinggal? Bintang pluto?

2 Respons leave one →
  1. 2008 April 22
    poet dusun bayu permalink

    salam…ye, sama2 la kita menjaga bumi kita…

  2. 2008 April 23

    ye.. mestilah.. bumi kan tanggungjawab kita bersama..
    wandy, apa ya url kamu?

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS