2 titik dalam hidupku

2008 Julai 2
by ainunlmuaiyanah

Aku melalui satu kitaran perkenalan yang normal hari ini. Bertemu, dan akhirnya berpisah. Kalau dalam filem Sepi, akan persoalankan ”mengapa bertemu kalau untuk berpisah?” Aku akan jawab semua hidup ini pasti ada vice versa. Malah ketika aku sekolah rendah lagi sudah diajar wujudnya kata nama antonim. Lalu harusnya benda didunia wujudnya berpasangan. Lelaki-perempuan, kecil-besar, begitu juga bertemu-berpisah.


Hari ini menambahkan titik kekecewaan dalam hidup ini. Tidak mengapalah. Lantaran aku ini perempuan jawa yang teguh jiwa. Bukan bisa menangani kesedihan dengan air mata tetapi dengan kata-kata.


Bohong untuk aku katakan aku tidak langsung ada rasa sedih. Malah bernaka-naka dalam diri tetapi aku percaya kesedihan hari ini akan terubat jua.


Doakan aku menempuhi kekecewaan ini dengan jiwa yang betul-betul tabah tanpa air mata. Ameen~

4 Respons leave one →
  1. 2008 Julai 14

    segala sesuatunya ada makna dan hikmah, semua itu tergantung bagaimana kita menyikapinya..

    semoga kita semua tidak lepas dari apa2 yang diperintahkan Allah swt..
    amin..

  2. 2008 Julai 14

    terima kasih di atas sokongan tersebut..=)

  3. 2008 Julai 18
    miyukibinafsha permalink

    babe..nape ni??

    sedih lain macam je bunyi nyer..adakah aku tertinggal khabar berita?????

  4. 2008 Julai 19

    yup..
    anis, kau tertinggal berita penting padaku tetapi mmungkin kurang pentng pada kau..=)

    nanti story eh

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS