Khabar di pagi hari : Puisi Berdarah

2009 Januari 31
by ainunlmuaiyanah

Pagi-pagi, Zulfazlan Jumrah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada aku.

Terkejut. Darah terasa menyimbah ke muka.

Dalam hati berkocak “Betul ke?.”

Aku gegas turun ke bawah dan membeli Berita Harian.

Nah!


Benarlah, Zulfazlan tidak berbohong dan mataku tidak menipu. Ini puisi kedua tersiar dan yang pertama di akhbar.

Wah! Aku tidak percaya juga kerana baru sedikit waktu aku cipta puisi berdarah itu. Masih terlalu baru dan telah tersiar.

Dahulu aku rasa aku paling tidak berbakat dalam penulisan puisi sebab puisi aku tidak ekonomik dan seperti cerpen. Orang yang sering menerima puisi aku juga mengakuinya dan aku tidak pernah punya kekuatan untuk menghantar pada mana-mana editor.

Tetapi

Kini aku punya kekuatan untuk memberanikan diri untuk terus menghantar puisi aku yang sekian banyak.

Sekarang masa untuk menyerang media cetak. Seranggggggg (Macam cerita perang pula jadinya).

Kawan-kawan,

Aku masih mahu mengucapkan perkataan ini untuk sekian kalinya, Syukur dan Alhamdulillah.

Dan terima kasih pada yang tidak putus menyokong. Ada masa aku belanja teh tarik kat kedai mamak eh.

Heh!


22 Respons leave one →
  1. 2009 Januari 31
    fuzama permalink

    wah!tahniah3…mmg best pun puisi tu!

  2. 2009 Januari 31

    Ainunl..request ouis khas untuk Palestin ,boleh?

  3. 2009 Januari 31

    oppss..puisi..khas untuk Palestin

  4. 2009 Januari 31
    fakyew permalink

    post ni macam biskut.

    “badan itu terlalu korup untuk tidak tertolak takdir yang tiba ceruk rantau nusa ternganga”

  5. 2009 Januari 31
    sUe permalink

    TAHNIAH!!!
    Puisi itu memang sangat best.
    Tak sabar nak tgk karya2 kamu yg lain lagi.

    p/s: tak nak teh tarik.nak teh o ais boleh? :P

  6. 2009 Februari 1

    yeayyy !! dah semakin produktif.
    semoga terus berjaya .

  7. 2009 Februari 1

    fuzama : tgh istiqamah menulis.
    en an tu pula apa kes tak hantar apa-apa lagi. asyik edit karya org je.

    paksa abang kamu tu menulis… hehe

    Syahidah : Puisi Palestin? kau nak mana-mana puisi yang pasal palestin atau puisi yang aku tulis sendiri?

    aku tak pandai tulis puisi perang la.. hehe

    Fakyew : Apa yang post cam biskut?
    huhu
    tak faham

    wah tapi ayat kau tu benar membuatkan aku terfikir…

    Sue : nak teh o ais.. boleh~
    apa-apa jenis teh pun boleh.
    tapi jangan kamu minta teh dari cameroon highland. tak larat saya nak pi petik.. hehe

    Adi : baik. aku akan terus-terus menulis.
    lagi satu.
    kau bila lagi nak hantar cerita-cerita panas kau?
    jangan takut la kalau satu kg tahu eh..

    atau Dude dan MAtJAi tak nak baca blog kau lagi..

    tau..
    kau hantar je
    hehe

  8. 2009 Februari 1

    tahniah atas pengakhiran dan permulaan yang berlaku. pengakhiran sebuah penantian dan permulaan sebuah senyuman.

  9. 2009 Februari 1

    ala..buat la..kau tulis sendiri..hehe..

  10. 2009 Februari 1
    Filzah permalink

    ainunl, tahniah.

    aku telah kehabisan kata untuk memberitahu bahawa aku cemburu.

    tapi cemburu aku itu tidak pernah menyebabkan aku untuk berubah – menjadi seperti kau.

    tahnaih sekali lagi :)

  11. 2009 Februari 1

    wahh tahniah!

    rasa-rasanya puisi tu mesti bermula masa sesi berpuisi sambil iron baju kita kat puspanita dulu, betul tak?
    hehe

    hari ini bajuku merah
    dari luka yang kautarah

  12. 2009 Februari 1

    Yana,

    Tahniah. Tahniah. Tahniah :)

  13. 2009 Februari 1
    napisah permalink

    ainunl!!
    congrats.. aku tak sangka kau terus aktif dlm berkarya ni..
    teruskan perjuangan.. tahniah sekali lagi..

  14. 2009 Februari 2

    tahniah!

  15. 2009 Februari 2

    Koboi : Memulakan sesuatu yang baru dari yang lama bukanlah sesuatu yang mudah. namun bukannya mustahil.
    kan?

    Syahidah : Ok. aku cuba tulis. tapi awal2 aku cakap, puisi perang iraq sememangnya bukan lapangan aku.
    tapi aku cuba ya

    Filzah : sebenarnya bahasa kau tu lebih halus dari aku. lebih berjiwa tetapi mungkin kau memilih untuk tidak kembangkan kot..

    tak pe. kalau kau tidak menjadi produktif cukuplah kalau sentiasa menyokong aku seperti dahulu.

    itu sudah lebih dari cukup.

    Nissa : haha . semestinya. dari idea-idea kosong yang penuh humor, saya dah tukar kepada yang serius pula..

    apa-apa pun terima kasih kerana turut bercanda semasa di puspanita hari tu.

    tahniah untuk karya awak juga ya..

    Kaksu : Terima kasih tidak putus terus memberi semangat untuk menulis. nak lawan kaksu la lepas ni..
    nak siapkan satu novel setahun..
    huhu..
    apa-apa pun panggil aku dahlia itu sangat best..

    Napisah : Arghhh…. macam mana kau boleh jumpa blog ini. punyalah aku sorok-sorok…

    aish~ seganlah..

    hehe…

    Zaki Johari : Terima kasih. tahniah pada awak juga. puisi pernah tersiar di berita harian

  16. 2009 Februari 2

    ada petua ke ainunl? hehehe

    tahniah lagi! :)

  17. 2009 Februari 2

    Lelucon : petua?
    hehe.. tak adalah.. kebetulah editor baik hati mahu menyiarkan puisi ini..
    nasib baik la..

    terima kasih ya

  18. 2009 Februari 2

    wah!!! puisinya hebat!!
    ingin membacanya hingga habis..
    benar ya?? takut kucng?? saya berdoa agar kucing slalu menjauh dan tak mencakar wajahmu lagi..

    salam kenal yah!!

    lihat blogku yang di blogspot aja, kalau di wordpress banyak kucingnya lah.. :) )

    neh alamat blognya —> http://matahari-siank.blogspot.com

  19. 2009 Februari 3

    assalamualaikum w.b.t.

    tahniah, yana!!! semoga terus berkarya dan terus berjaya… ilham akan sentiasa mendoakan kejayaan kita semua… dalam menembusi media cetak dsbnya… ilham pun tengah mencari titik mula berkarya semula… harapnya penuh dengan keakuan dan ketegasan juga seperti puisi berdarahmu itu… ha3…

  20. 2009 Februari 3

    Dhe kucing kabur : Terima kasih. saya kan terus menghasilkan puisi selepas ini. insyaAllah.

    Aha. takut kucing. trauma itu.
    saya cuba link blog kamu di blog saya..
    salam kenal. seronok mengenali rakan dari seberang tetapis erumpun.

    Ilham.Hafiz : kita sama-sama menulis. semarakkan dunia sastera dgn karya-karya yang berilmu .

    Amboi.. asyik guna tagline tu je.. huh! mari saya mencabar awak buat puisi yang lebih berdarah dari saya. haha

  21. 2009 Februari 19

    aku terlambat 20 hari ?

    Tahniah! sepatutnya kat paper tu letak skali gambar yang ko letak kat blog tu. huhu.

    • 2009 Februari 19

      MatJAi : Aish~ apasal kau boleh terlewat ni?
      tertinggal kapal terbang?

      Kalau aku letak gambar dalam blog itu, tentulah mahu makan 1 muka penuh. tak pasal2 kena bayar yuran pengiklanan. isk2

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS