Sajak W. S. Rendra – Bersatulah pelacur-pelacur Kota Jakarta

2009 Februari 2
by ainunlmuaiyanah

Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta

 
 

Pelacur-pelacur Kota Jakarta

Dari kelas tinggi dan kelas rendah

Telah diganyang

Telah haru-biru

Mereka kecut

Keder

Terhina dan tersipu-sipu

 
 

 

Sesalkan mana yang mesti kau sesalkan

Tapi jangan kau lewat putus asa

Dan kaurelakan dirimu dibikin korban

 
 

 

Wahai pelacur-pelacur kota Jakarta

Sekarang bangkitlah

Sanggul kembali rambutmu

Karena setelah menyesal

Datanglah kini giliranmu

Bukan untuk membela diri melulu

Tapi untuk lancarkan serangan

Karena

Sesalkan mana yang mesti kau sesalkan

Tapi jangan kaurela dibikin korban

 
 

Sarinah

Katakan kepada mereka

Bagaimana kau dipanggil ke kantor menteri

Bagaimana ia bicara panjang lebar kepadamu

Tentang perjuangan nusa bangsa

Dan tiba-tiba tanpa ujung pangkal

Ia sebut kau inspirasi revolusi

Sambil ia buka kutangmu

 
 

 

Dan kau Dasima

Khabarkan pada rakyat

Bagaimana para pemimpin revolusi

Secara bergiliran memelukmu

Bicara tentang kemakmuran rakyat dan api revolusi

Sambil celananya basah

Dan tubuhnya lemas

Terkapai disampingmu

Ototnya keburu tak berdaya

 
 

 

Politisi dan pegawai tinggi

Adalah caluk yang rapi

Kongres-kongres dan konferensi

Tak pernah berjalan tanpa kalian

Kalian tak pernah bisa bilang ‘tidak’

Lantaran kelaparan yang menakutkan

Kemiskinan yang mengekang

Dan telah lama sia-sia cari kerja

Ijazah sekolah tanpa guna

Para kepala jawatan

Akan membuka kesempatan

Kalau kau membuka kesempatan

Kalau kau membuka paha

Sedang diluar pemerintahan

Perusahaan-perusahaan macet

Lapangan kerja tak ada

Revolusi para pemimpin

Adalah revolusi dewa-dewa

Mereka berjuang untuk syurga

Dan tidak untuk bumi

Revolusi dewa-dewa

Tak pernah menghasilkan

Lebih banyak lapangan kerja

Bagi rakyatnya

Kalian adalah sebahagian kaum penganggur yang mereka ciptakan

Namun

Sesalkan mana yang kau kausesalkan

Tapi  jangan kau lewat putus asa

Dan kau rela dibikin korban

Pelacur-pelacur kota Jakarta

Berhentilah tersipu-sipu

Ketika kubaca di koran

Bagaimana badut-badut mengganyang kalian

Menuduh kalian sumber bencana negara

Aku jadi murka

Kalian adalah temanku

Ini tak bisa dibiarkan

Astaga

Mulut-mulut badut

Mulut-mulut yang latah bahkan seks mereka politikkan

 
 

Saudari-saudariku

Membubarkan kalian

Tidak semudah membubarkan partai politik

Mereka harus beri kalian kerja

Mereka harus pulihkan darjat kalian

Mereka harus ikut memikul kesalahan

 

 
 

Saudari-saudariku. Bersatulah

Ambillah galah

Kibarkan kutang-kutangmu dihujungnya

Araklah keliling kota

Sebagai panji yang telah mereka nodai

Kinilah giliranmu menuntut

Katakanlah kepada mereka

Menganjurkan mengganyang pelacuran

Tanpa menganjurkan

Mengahwini para bekas pelacur

Adalah omong kosong

 

 
 

Pelacur-pelacur kota Jakarta

Saudari-saudariku

Jangan melulur keder pada lelaki

Dengan mudah

Kalian bisa telanjangi kaum palsu

Naikkan tarifmu dua kali

Dan mereka akan klabakan

Mogoklah satu bulan

Dan mereka akan puyeng

Lalu mereka akan berzina

Dengan isteri saudaranya.

 

 
 

RENDRA

(sumber Buku Puisi-puisi Rendra terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka)

 

Ini merupakan antara puisi Rendra yang aku sukai. Aku temui sajak ini di dalam buku Puisi-puisi Rendra yang tiba-tiba ada di dalam khutub khanah aku. Teman sebilik aku sangat sukakan puisi ini. Katanya ini puisi erotik yang sinikal. Aku rasa Adiospunk pun suka puisi ini juga kan?

Kan?

26 Respons leave one →
  1. 2009 Februari 2

    hehehe
    memanglah aku suka. Jauh sangat WS rendra memikir sampai jumpa kebenaran pada baris ayat-ayat ini.

    “Menganjurkan mengganyang pelacuran
    Tanpa menganjurkan
    Mengahwini para bekas pelacur
    Adalah omong kosong”

  2. 2009 Februari 2
    fakyew permalink

    wow! groovy!

  3. 2009 Februari 2

    Adi : Aku rasa dalam puisi ini Rendra meletakkan taraf politikus lebih rendah daripada pelacur..

    Membaca buku puisinya, buat aku banyak fikir.

    Fakyew : hehe..

  4. 2009 Februari 2

    wah!!!

    puisi2 WS Rendra slalu hebat2 N dalam yah!!

    andai pic yang dipasangkan dengan puisi ini adalah gambaran BG Jakarta… pasti terlihat semakin klop

    **:D ne kan picnya seolah latar eropa.. bener ga??

    *salam kenal*

  5. 2009 Februari 2

    hmmm..panjang tu..tapi bagus gaya bahasanya kan walaupun agak pedas sebenarnya..

    weh..puisi perang gaya ainunl muaiyanah bagaimana agaknya.huuuuu..tunggguuuuuuuuuuu…

  6. 2009 Februari 2

    Dhe kucing kabur : ah. latarnya eropah. cari latar jakarta tidak ketemu.
    puisi rendra buat kita fikir panjang..

    Syahidah : puisi perang aku ada darah-darah kot
    agaknya..
    haha..
    tgh bina ilham ni..
    cewah

  7. 2009 Februari 3

    ainul~
    sedap sajak ni.
    mana dpt buku ni?
    macam tak ada je kat mph?
    kongsi2 lah. deennasour nih ulat buku gak eh.
    dah baca buku ELARTI2?
    antologi nafas baru kontemporari.
    ada sajak melayu dlm nya.
    syok owh. carik kat mph.

  8. 2009 Februari 3

    Deenasour : kumoulan sajak ni merupakan koleksi buku-buku lama di rumah rumah. rasanya DBP tidak keluarkan lagi buku ini. kalau awak bernasib baik cuba pergi dawama di ulu klang atau DBP. MPH cuma jual buku-buku baru. saya suka kumpul koleksi lama.
    Tak baca lagi kumpulan puisi itu. Di sini susah nak dpaat buku-buku macam tu..
    nanti dah balik KL, saya cari puisi itu..

    TQ kongsi buku. nanti saya kongsi buku-buku menarik dalam blog ini

  9. 2009 Februari 7

    puisi ni memang liar…raw!

  10. 2009 Februari 26
    Daoes permalink

    Rendra..
    si burung merak..
    selalu mengepakkan sayapnya dengan berani..
    salut untuk dia….

    Yanna pernah baca buku Jakarta Undercover?…realita dunia hitam di Jakarta…
    Penulis survey ke dalam khidupan malam di jakarta sebelum menuangkannya dalam tulisan..

    Jakarta..a home to 10 million people..never sleeps..

    • 2009 Februari 26

      Daoes : saya tidak pernah baca buku Jakarta Undercover tetapi pernah baca judulnya .

      Disini susah juga mahu dapatkan buku dari indonesia.

  11. 2009 April 7

    the only ws rendra.

  12. 2009 April 7

    Wahyudi : Kamu juga menyenangi puisi rendra?

  13. 2009 April 9

    susah untuk tidak menggemari ws rendra.
    secara peribadi, bagi saya rendra adalah kesinambungan penyair pamflet seperti wiji thukul.

  14. 2009 April 9

    Wahyudi : penyair pamflet? Saya tidak pernah mendenagr wiji thukul. Mungkin kalau wahudi senang, boleh berikan salah satu puisinya?

  15. 2009 April 9

    sajak pamflet seperti ’sajak sebatang lisong’ karya rendra itu lho..
    sajak seumpama ini selalunya menggunakan bahasa yang mudah difahami,lugus,terus,sekalian masih juga punya kekuatannya sendiri.

    saya kira penggemar sastra indonesia harus juga mengenali wiji thukul,.
    iya,seorang penyair berani yang ‘dilenyapkan’ oleh aparat2 penguasa setelah bersuara melalui puisinya yg banyak menceritakan ketimpangan sosial dan masyarakat,kenapa tidak?

    ini satu contoh puisinya;

    Nyanyian Akar Rumput

    jalan raya dilebarkan
    kami terusir
    mendirikan kampung
    digusur
    kami pindah-pindah
    menempel di tembok-tembok
    dicabut
    terbuang

    kami rumput
    butuh tanah
    dengar!
    Ayo gabung ke kami
    Biar jadi mimpi buruk presiden!

    ****
    barangkali Wiji Thukul adalah satu-satunya penyair yang dengan lantang menyuarakan perlawanan terhadap sebuah rezim diktator Orde Baru.
    kerana itu juga,hayatnya tidak lama.

    cheers pal :)

  16. 2009 April 9

    Wahyudi : Bagus sekali sajaknya ya. Telus begitu. sajak ini luahan amarah pada pemerintah. Saya rasa rakyat indonesia rakyat yang berani mengeluarkan pendapatnya, rajin berdemonstran. menulis puisi telus begini.

    kalau kami di Malaysia, masih membungkusnya dengankata-kata. Masih berpuisi denganmanja dan kadang-kadang sedikit sinikal.

    Sang pemuisi biasa menjadi pendokong idea rakyat. Menyuarakan rasa tidak puas hati. tetapi berapa ramai yang sebegitu berani bersuara dengan mengganyang pihak atasan begitu. masih tidak ramai. Masih banyak yang memikirkan tentang hidup lagi. Tenatang sesuap nasi

  17. 2009 April 9

    ya aku tahu itu.sejujurnya,aku menjulang jalur gemilang seperti juga sang dwi warna.aku lahir di labuan,tapi membesar di indonesia…
    pernah belajar di universiti sekitar kl.

    jadi aku tahu keadaan di malaysia bagaimana :)

  18. 2009 April 11

    wahyudi : Oh ya? Sebetulnya saya ni masih samar-samar dengan identiti awak. Pernah belajar di universiti mana sekitar KL?

    UKM?

    patutlah awak boleh menulis puisi seperti chow kit dan sebagainya.

    =).

  19. 2009 Mei 29

    rendra..oh rendra..orangye bijak,
    jiwanya hebat, otaknya cerdas,..
    susuknya hebat….
    pemberi maafaat kepada marhaen..
    yang mahu akan..kesamaan keadilan,..
    rendra..oh rendra..

    • 2009 Jun 1

      Kaarishitam : saya baru sahaja meneliti sajak-sajak Rendra ini. LAlu saya menemukan sajaknya yang ini. Bagus sekali

  20. 2009 Ogos 7
    Osman R. Rizan permalink

    Salam Takziah buat keluarga WS Rendra.
    Meski tidak pnya kesempata bertemu dengan baliau, tapi bagi peminat-peminat kesusteraan melayu memangnya nama beliau sudah tidak asing bagi kami dan pemergian beliau bukan sahaja dirasakan oleh rakan-rakan kita di Indonesia malah ia turut terasa oleh kami di Malaysia.

    Alfatihah…

    Semoga semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan layaknya ditempatkan dalam kelompok roh-roh pendahulu kita yang soleh.

    Amin…

  21. 2009 Ogos 8
    Osman R. Rizan permalink

    Salam Takziah buat keluarga WS Rendra.
    Meski tidak pnya kesempata bertemu dengan baliau, tapi bagi peminat-peminat kesusteraan melayu memangnya nama beliau sudah tidak asing bagi kami dan pemergian beliau bukan sahaja dirasakan oleh rakan-rakan kita di Indonesia malah ia turut terasa oleh kami di Malaysia.

    Alfatihah…

    Semoga semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan layaknya ditempatkan dalam kelompok roh-roh pendahulu kita yang soleh.

    Amin…

    Osman R. Rizan
    Keningau Sabah
    o2r59@yahoo.com

  22. 2009 November 14
    achmadsaptono permalink

    maaf….

    ada yang punya koleksi puisi2nya mas Rendra ga???
    kalo ada yang punya,, tolong kirimin ke onnoy.arie@yahoo.co.id doong…

    thnx

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS