Pengkhianat cinta atau Pendusta cinta


Siapa yang mahu menjadi pengkhianat cinta? Kalau seseorang itu berkasih sejujurnya, pasti dia tidak mahu menjadi pengkhianat cinta. Namun adakalanya kamu yang tidak mahu menjadi pengkhianat cinta tetapi akhirnya kamu memilih menjadi pendusta cinta. Lalu siapa yang lebih teruk si pengkhianat cinta atau pendusta cinta?

Aku menemui watak-watak ini dalam hidup aku. Mereka yang tidak mahu dituduh menjadi pengkhianat cinta yang kemudiannya menjadi pendusta cinta. Mereka bermula menjadi pemuja cinta. Berhari-hari hidup dalam khayal dan bunga-bunga ria. Dalam diari harian, pasti tertulis nama si pria atau si perawan. Hidup sedetik tanpa mengungkapkan namanya seperti tidak lengkap bagai lagu tanpa irama. Rasanya kalau disuruhnya menyebut nama kecintaannya setiap minit pun ada yang sanggup.

Namun suatu hari, mereka ini bangun dari tidur dan mereka rasa pawana telah membawa rasa cinta pergi. Kali ini mereka tidak memandang wajah si dia dengan perasaan yang sama. Malah mereka ini telah memandang orang lain dengan perasaan yang lebih dari si dia. Masa telah membawa kecintaannya pergi. Masa dituduh menyebabkan rasa cinta yang pudar dan tidak semanis dahulu lagi. Mungkin hormon kimiawi cinta yang dirembeskan oleh kalenjar pituari telah semakin susut dan tidak melonjakkan perasaan girang. Segala macam teori punca-punca cinta pudar bermain-main di fikiran. Malah hati seakan kosong walaupun si dia ada di depan mata.

Sayangnya, mereka ini memilih berdiam daripada berkata benar. Mereka tidak mahu dituduh sebagai pengkhianat cinta. Mereka tidak mahu dikatakan punca perpisahan. Mereka tidak mahu dikritik kawan-kawan dan masyarakat bahawa mereka golongan pengkhianat cinta. Mereka mula bersikap dingin. Mereka berdikit-dikit memadam rutin hariannya. Mungkin hari ini mereka sengaja lupa menghubungi si dia ataupun tidak membalas pesanan ringkasnya. Mereka mencabar sabar si dia. Mereka menguji takah kemarahan si dia. Mereka menunggu si dia yang melafazkan kata putus dan pisah akbibat tidak tahan dengan sikap endah tak endah. Mudahlah mereka menuduh si dia yang berubah dan mengharap apa-apa yang tidak mampu mereka sediakan.

Malangnya, sabar si dia bukannya sesaga sahaja. Si dia masih bertahan dan selalu tersenyum. Bagaimana kalau si dia menganggap itu duga dan ujian dalam bercinta ataupun si dia juga punya fikiran seperti mereka? Tidak mahu dianggap si pengkhianat cinta? Lalu bagaimana hujung hubungan kamu-kamu ini? Kamu-kamu cuba bertahan? Sampai bila?

Bayangkan suatu hari nanti, kamu-kamu saling bertanya, sejauh mana cinta kamu pada pasangan kamu dan kamu menjawab kamu masih sayang dan cinta padanya. Maka jadilah kamu pendusta cinta. Mengada-adakan cinta meskipun cinta sudah tidak ada. Menjadikan cinta itu kehilangan makna.


Berdirilah dan berkata benar wahai kawan-kawanku. Berkatalah dengan segala keberanian yang pernah wujud dalam hidup kamu. Katakan bahawa hatimu telah hilang rasa cinta. Mengakulah itu salah kamu tidak membendung cinta dari pergi. Mengaku salah bukan bererti kamu kalah. Sebaliknya itu satu kemenangan untuk diri kamu. Kemenangan menegakkan kebenaran untuk hati kamu. Bebaskan diri kamu.

Tidak mengapa kawan-kawanku kamu menjadi pengkhianat cinta. Kamu sekadar mengkhianati cinta bukan mengkhianati diri sendiri dan orang lain. Kamu tidak membiarkan kemunafikan menjalar dalam jiwa kamu.


Percayalah, sampai bila kamu boleh berdusta? Lidah pun bisa tergelincir kata suatu hari nanti dan mengkhianati kamu juga suatu hari nanti. Ketika itu kamu bukan sahaja dituduh mengkhianati, malah menjadi pendusta juga.

About these ads

16 thoughts on “Pengkhianat cinta atau Pendusta cinta

  1. bagi aku…
    dua2 menyakitkan..
    sakit jd pengkhianat cinta dan pendusta cinta…
    sanggup ke tengok org ygkita sayg satu tika dulu terluka hanya kerana hati kita sdh tak ada cinta untuknya..???
    hurm….

    Like

  2. UstazSubi : benarlah kata-kata itu

    Orang Lidi : Perasaan dalam hati manusia ini digariskan oleh satu garis halus. kadang-kala garis itu hilang.

    Bagi saya kejujuran itu penting. Kita memilih pasangan untuk hidup selamanya. Selepas perkahwinan , cinta sahaja belum tentu cukup untuk terus bertahan

    Like

  3. assalamualaikum w.b.t.

    ainunl muaiyanah…
    benar kata awak… jujur, percaya, ikhlas, setia itu penting dalam sesebuah hubungan. bukan setakat cinta semata-mata. cinta jika dilandaskan ke jalan redha Allah, insyaAllah, akan menjadi cinta yang sangat indah…

    Like

  4. pernah baca puisi Zurinah Hassan yang tajuknya “Satu Cerita Cinta?”. Antara baitnya ialah:

    “Di hari ia melahirkan cintanya
    Ia berkata kepada kekasihnya
    “Kita tidak usah berjanji untuk setia
    Kerana kita tidak mahu setia kerana janji
    Kita akan setia kerana cinta
    Hanya kerana cinta…”

    Jadi,bagaimana kalau sudah tiada cinta?Adakah masih juga perlu untuk setia?

    Maaf. Saya rasa berpura-pura setia dan bertahan walau tiada cinta adalah lebih menyakitkan dari jujur dan berterus terang saja bahawa sudah tiada cinta.
    Lagipun,tentu kita tidak mahu org hanya berpura2 saja mencintai kita sedangkan di hatinya nama kita mmg sudah tiada.

    bak kata vonda shepard
    “But I’d rather you be mean than love and lie
    I’d rather hear the truth and have to say goodbye
    I’d rather take a blow at least then I would know
    But baby don’t you break my heart slow”

    (eh maaf, panjang pulak komennya.tetapi entri awak yg ini betul2 mengena dgn saya.sbb sy dah melaluinya.huhu. :P)

    Like

  5. “kamu masih sayang dan cinta padanya”-ini adalah bibit-bibit kata cinta yang semakin pudar di hati.
    “kamu tetap/sentiasa sayang dan cinta padanya”-berbeza bukan?

    Pengkhianat & pendusta memang berbeda.
    Pengkhianat ibarat tamparan yang hinggap di pipi.Memedihkan dan mungkin meninggalkan parut luka.
    Pendusta ibarat racun yang mengalir dalam saraf.Membunuh secara senyap dan kesannya amat menyeksakan,kerana ia membunuh perlahan-lahan.

    Like

  6. Sue : Saya tidak pernah baca puisi itu tetapi nanti saya cari.Saya jumpa isu ini ketika berbual dengan kawan saya dan saya lihat betapa deritanya mereka yang menjadi pendusta cinta. Lebih baik berjujur sahaja kalau tidak suka. Mengapa mahu membiarkan masa mengalir dengan sia-sia kerana kita tidak mahu dituduh kita yang bersalah di dalam hubungan tersebut.

    Seperti tulisan Andrea Hirata
    “Love me or just hate me but spare me with your indifferent”

    Sebaliktabir : Sebab itu bagi saya kalau dalam bercinta lebih baik kita dituduh mengkhianat daripada berdusta. Tetapi lain pula dalam perkahwinan. Perlahan-lahan rasa cinta itu bertukar menjadi rasa tanggungjawab.

    Anehnya manusia ini, air muka lagi penting daripada perasaan~

    Like

  7. wow, kamu tahu saya berada di situasi ini dalam 2-3 bulan ini. saya terasa kamu seperti angel yg membisikkan di telinga saya supaya berhenti menjadi si pendusta. :)

    thanks dik.

    Like

  8. Kak Fazleena : Lalu? Kak ingin berdiri dan menyatakan kebenaran? Saya doakan akak berjaya tau. Tidak sangka entri sekerdil ini boleh membantu memberi kekuatan.

    Apa-apa pun kak.. BERUSAHA! ;)

    Like

  9. Sakit hati ini karena dua hal :
    1. Pengkhianat Cinta
    2. Pendusta cinta

    Kalau memang tidak cinta lagi, buat apa di paksakan.
    Walau jujur membuat sakit hati karena pendusta cinta, bukankah lebih sakit karena pengkhianat cinta?

    Utarakan saja apabila tidak cinta, jangan berpura-pura cinta hingga menjadi pengkhianat cinta..

    Munafiknya manusia pernah sebersit ingin menjadi pendusta cinta, tapi hati ini tau rasanya akibat perbuatan dari pengkhianat cinta : sakit yang amat terdalam..

    Like

  10. Ina dwiana kartamadja : Betul ina. Tetapi ramai juga yang memilih untuk menjadi pengkhianat cinta. bertahun-tahun bercinta menyulam rasa rupa-rupanya tiada apa-apa perasaan lagi. ramai yang memilih untuk berdiam kerana takut dituduh punca hubungan putus. Padahal tindakannya menyiksa dua hati. Hati dia dan hati pasangannya.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s