Cerpen Hati Milik Nur di Mingguan Wanita
Sebelum ke hujung benua, ada seseorang ucapkan tahniah. Aku pelik, tahniah untuk apa? Rupanya Cerpen Hati Milik Nur disiarkan di Mingguan Wanita. Gambar depannya Tini, DJ Hot Fm dan juga suaminya.
Cerpen itu aku siapkan 3 tahun lalu. Cerpen itu sudah terlalu lama diperam dan aku fikir buat apa lagi diperamkan. Lebih baik aku hantar sahaja ke mana-mana majalah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Lalu aku untung kapal terapung. Hehe.
Apa-apa pun, tahun ini sudah 1 puisi dan 1 cerpen tersiar di media cetak. Sekarang baru bulan 3. Aku harap tahun ini, aku lebih giat berkarya dan tidak culas menghantar ke mana-mana penerbitan.
Kawan aku yang membaca cerpen ini bertanya bila lagi aku mahu menulis novel. Wah~ cerpen pun tersiar tenggelam timbul. Lagi mahu tulis novel. Aku aminkan sahaja. Mana tahu hujung tahun ini aku boleh siapkan satu novel? Jadi kawan-kawan pun aminkan juga ya.






RSS - Posts





Adalah tak masuk akal kalau aku beli majalah ni semata-mata nak baca cerpen tulisan kau sebab terpampang besar perkataan WANITA.
Akan hilanglah rupa paras aku yang kacak ini, kalau menjinjing majalah semacam itu keluar dari kedai mamak.
No way.
Itu tak akan berlaku.
Semoga impian kau mahu menjadi penulis yang produktif itu akan termakbul.
adi : huh, tak ada semangat kawan langsung. Tapi aku rasa cerpen ini tak sesuai dengan jiwa kau. Cerpen mabuk buku itu lebih sesuai. Aku takut bila kau baca cerpen ini jaiwa kau rasa tidak tenteram.. hehe. Tetapi adi, kalau kau mahu juga baca cerpen ini, aku boleh bagi dalm bentuk notepad pada kau.Mahu?
Tahniah yana!
Teruskan mengarang, pengarang muda. Biar kelak kamu setanding dengan penulis handal di luar sana
azuwan : terima kasih ya. Saya akan teruskan. Target untuk tahun ini sekurang-kurangnya 5 karya. sekarang sudah dua. tinggal lagi 3 sahaja.
Harap-harap berjaya
amiiiinnnnnnnnnnnnnnnn…….
Selamat Yana..
Boleh tidak saya dikirimkan salinan cerpennya? Dalam bentuk word or softcopy yang lain juga tidak apa-apa..kirim ke e-mail saya ya…
saya ingin baca..
Tetap terus menulis..
Saya doakan yana jadi penulis besar nantinya
Amin ya Robbal Alamin..
Yana,
Tahniah!
ouh, saya ada nampak majalah ini hari itu.
tergerak mahu beli tapi ditangguh2..
kali ini pasti beli!
tahniah cik ainun!
teruskan berkarya..
moga2 dapat keluar novel pula nanti..aminn..=)
Tahniah! Biarpun lama tidak menjengah majalah itu kerana sudah lama terpisah dari kakak-kakak…hehehe Tahniah!!!
Koboi : Terima kasih
FirdausAmyar : Boleh sahaja saya kirimkan melalui email kepada Firdaus. Tetapi saya fikir lebih baik saya hantar pada minggu hadapan kerana mematuhi pemegang hak cipta Majalah Wanita.
Namun, jangan menjangka yang lebih-lebih daripada cerpen saya kerana cerpen ini sangatlah biasa.
HanieSalwah : Terima kasih Kak Hanie. Harap-harap saya dapat menghasilkan banyak karya lagi dalam tahun ini
Sue : Beli jangan tak beli. Biar jualan majalah wanita mencanak naik minggu ini. Nanti selepas baca, jangan lupa komen ya.
SebalikTabir : Jadi Mahfuz memang membaca majalah tersebut? Harap dapat membaca cerpen itu dan memberi komen kepada saya ya
InsyaAllah…saya cuba dapatkan…komen? hehehe…
Sebaliktabir : Haruslah beri komen. BAru saya tahu pandangan dari pembaca
congrats ainunl!~ may Allah make things easy for u – days, weeks, months and years ahead! teruskan berkarya.. insyaAllah aku akn try dapatkan majalah tuh..
Napisah : Sokonglah aku. Cewah~ nanti dah baca bagi komen tau. Komen melalui YM pun bolehlah.
Hihi
aaaamin….
semoga dapat hasilkan novel pulak lepas nie..
Yushania : Baik, terima kasih. MAri kita buat parti meraikannya..
salam…
ainunl muaiyanah…
tahniah atas cerpen awak yang tersiar di mingguan wanita. saya dah baca dan cerpen tersebut sangat menarik. semoga terus berkarya dan berjaya.
Ilham.hafiz : Terima kasih kerana membeli majalah tersebut untuk baca cerpen itu. Awak pun teruskan berkarya juga
tahniah…
boleh kirimkan ke email saya tak/ dulu2 konon2 pon nak jd penulis gak..
Aqilah : Cerpen ini cerpen yang sederhana dan tidak hebat pun. Nanti saya kirimkan ke email awak ya
Salam,
Jue nak tahu lah you hantar cerpen tu ke alamat ape eh?
Appreciate if you could give me the address.
Maybe you can email it to me?
Thanks
Daisy : dengan senang hati. saya akan email pada awak alamat tersebut
Salam ainun.Tahniah atas kejayaan awak dalam berkarya ni.Saya pun ada niat untuk menghantar cerpen ke mingguan wanita.Memang dari belum kahwin sehinggalah sekarang tak putus lagi beli mingguan wanita.Boleh tak bgtau saya macamana nak hantar karya ke mingguan wanita?Harap ainun tolong ya.tq
Faten : saya akan jawab pertanyaan Puan Faten di dalam email nantinya. terima kasih atas sokongan dan ucapan itu ya
sy jg spt daisy. nak alamat tu sbb kakak sy minta. Boleh x?
Bungakopi : saya akan kirimkan alamat email itu kepada bunga kopi ya.
salam..
CikAinun..
em.. jika tak keberatan..boleh tak Cik Ainun emailkan Cerpen Hati Milik Nur di Mingguan Wanita tu pada saya? saya berminat nak baca..
lg satu..boleh tak saya nak tau..macammana nak hantar karya di Mingguan Wanita?
Lastly..
u are the great writer..
Tahniah..
Nway..
saya dah tgk novel awk..tapi xkesempatan nk beli lg..
tp akan di beli..
karya awak memang bagus..Tahniah!
Cyida : waalikumsalam,
Cik syidah boleh baca cerpen itu di blog ini. ada pautan yang bertajuk cerpen hati milik nur itu.
berkenaan penghantaran cerpen ke mingguan malaysia, bolehlah email. saya akan kirimkan alamatnya melalui email.
terima kasih untuk pujian itu ya. cuma saya belum lagi menulis novel. mungkin orang lain. namun insyaAllah, akan saya hasilkan novel kalau diberi kesempatan oleh tuhan.
cik ainul, nak minta sedikit panduan. tlong e-mail saya ye…
tq
bunga salji : saya sudah email cik bunga salji