Cerpen Tanyalah Pada Jiwa di majalah FOKUS SPM
Baru semalam aku menulis menyatakan bahawa cerpen Hati Milik Nur tersiar di Mingguan Wanita. Namun hari ini ketika aku pergi kedai yang biasa menjual majalah di depan hostel, aku membelek majalah FOKUS SPM dan aku terlihat namaku di bahagian cerpen.
Wah karya yang aku hantar bulan lalu telah tersiar. Cerpen itu bertajuk Tanyalah Pada Jiwa. Cerpen ini juga antara cerpen yang terperap bertahun-tahun lamanya dalam simpanan. Cerpen ini sederhana sahaja. Kisah pelajar yang keliru dengan pilihannya. Itu sahaja. Aku tidak terlalu bermain dengan bahasa atau jalan cerita yang kompleks seperti Mencari Qudwah.
Terima kasih Puan Shahriza Sidin, editor majalah Fokus SPM kerana menyiarkan cerpen tersebut. Puan Shahriza ada mengirimkan email kepada aku dan mengatakan akan mempertimbangkan cerpen tersebut untuk disiarkan.
Tahun ini sudah ada 3 karya yang disiarkan. Matlamat aku pada tahun ini sekurang-kurangnya 5 karya. Tinggal lagi 2 sahaja. Alhamdulillah. Azam tahun ini yang mahu serang media sekurang-kurangnya tercapai juga.






RSS - Posts





yana! nak baca.
Selain drpd beli fokus tu, kat mana leh dapat?
Azuwan : Ada di fokus sahaja. Kalau online tak ada pula. Kalau mahu saya boleh hantar softcopy pada awak. Mahu ke? Cerpen ini sangat sederhana. JAngan jangka yang tinggi-tinggi untuk cerpen ini
Yana, jalan semakin terbentang luas…
Sebaliktabir : Ya, masih banyak peluang lagi. Saya haruslah perlbagaikan genre. Prolifik sikit
ainunl~ tahniah sekali lagi..speecless aku..*air mata bergenang* happy for you~~~
Napisah :
Aku pun rasa gembira bila melihat kau gembira. HuHu. Perjalanan masih jauh kan. Tapi betulkah kau bergenang2 dengan air mata ni? Wah, aku bisa membuatkan kau mengenangkan air matakah sayang? hehe
bru letak gambar ke?
Tengok gambar tu cam menarik je.
Ok, Mahu!
Azuwan : Ok sila masukkan RM50 dalam akaun ya. nanti saya email no akaun.
hihi..
Wah , dah pandai demand sekarang ni ya.
pertamanya, saya sengaja menulis komen dengan bold supaya setanding dengan yana. muahahahaha.
kedua, tahniah untuk kedua-dua karya ni.
tahniah dah pernah ucap, aminkan pun sudah.
sekarang ni aku dah tak tau nak ckp apa dah.
aku ucap tahmin je la. tahniah + amin.
Selamat..
Sepertinya tahun ini bisa melebihi target 5 tulisan yang dimuat..
Yana,
Dah tak tau nak kata apa…cuma TAHNIAH!
Ainul, nampaknya kena buat ‘Karya-karya Jemari Tangan’ la pulak…
Adi : Kalau dengan kau aku minta RM100 tau. hehe.
Nissa : Lawan taukeh nampak? Nissa, saya akan tulis komentar cerpen awak. Kita nantikan. jeng jeng…
Apa-apa pun terima kasih. Terbakar semangat ni.
Koboi : Aku pula tidak tahu mengucapkan apa lagi yang lebih besar selain TERIMA KASIH.
Firdaus Amyar : Ya, saya fikir begitu. Moga-moga tercapai. Tidak berani letakkan target tinggi-tinggi. 5 pun sudah cukup banyak.
Kak HAnie Salwah : Terima kasih : Kak hanie, apa tunggu lagi. Bila mahu serang media ni?
Lelucon : Mungkin juga. Satu klik ke semua karya-karya saya. Haha. Macam banyak sangat sahaja
Dah hasib baca karya kamu yang 3 tahun dulu…
oh, sangat sesuai menjadi sisipan fokus.
Teruskan!
Azuwan : Kita kena lah ikut kehendak majalah juga. Jadi saya rasa cerpen ini sangat sesuai untuk ruangan di FOKUS SPM. Tidak terlalu kompleks.
Saya mahu pelbagaikan genre.
Hahaha…kak hani nak serang tesis dulu dik!
Haniesalwah : Ok. Mari sama-sama serang tesis. hehe