Zubir Ali : Satu Kehilangan
Semasa aku ke tanah penghujung benua, aku mendapat khabar bahawa Zubir Ali telah meninggal dunia. Zubir Ali antara penyanyi lagu puisi yang paling aku senangi selain daripada kumpulan Kopratasa di Malaysia.
Aku pernah bertentang mata, berbual dan bergambar dengannya beberapa tahun dahulu semasa aku belajar di Universiti Malaya. Semasa itu aku pergi menonton UMSO in Concert, An Evening at Poetry and Music. Ketika bertemu dengannya, aku menyatakan rasa kagumku pada lagu puisinya. Antara lagu yang paling aku ingat ialah lagu Penantian dan malam itu aku bertuah apabila aku mendapat peluang mendengarnya mendendangkan lagu tersebut.
Marilah kita menyedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Zubir Ali. Semoga usaha beliau mengangkat puisi dalam lagunya meninggalkan inspirasi pada kita.
ZUBIR ALI – PENANTIAN
Berapa lama mesti kutunggu
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah yang hati yang sepi
Penantian suatu siksa yang tidak tertanggung
Oleeh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku






RSS - Posts





Al-Fatihah…Semoga dia bahagia di sana.
saya pun minat lagu nyanyian beliau, selain Kopratasa dan M.Nasir. Salah satu tarikan lagu puisi ni liriknya sedap didengar. Dan tak bosan sebab ambil masa juga nak faham.
SebalikTabir : Kita doakan yang baik-baik sahaja
Lelucon : Benar. Saya rasa dia meruapakan penyanyi yang terawal mengangkat isu palestin dalam lagu puisinya
Selain dari lagu ini,
aku cuma ingat lagu yang dia nyanyi tajuk DOA, yang diangkat dari puisi terkenal Chairil Anwar tu.
Al-Fatihah
Al-Fatihah dan Salam kenal
Adi : Owh puisi Doa
Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu
Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
Cahayamu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling
Aku ada lagu itu. Kalau kau mahu lah.
M. Surya Ikhsanuddin : Salam kenal juga dan selamat datang ke blog saya