Puisi : Menulis Kebodohan

2009 April 5
by ainunlmuaiyanah

Setiap kepintaran ku menulis kata

adalah kebodohan

Kepintaranku ini membodohkan aku


Ainunl Muaiyanah Sulaiman


16 Respons leave one →
  1. 2009 April 5
    ari permalink

    kepintaran bkan sglanya
    kepntran juga bs membuat kt sesat
    kt pntr bkan berarti kt hebat
    kt pintr bkn berarti kt bs se’enknya
    kt pntr bukn berarti kita bs menghina orang yang bodoh
    biar kt pintr hndknya kta bersyukur krn d brikan kelbhan

    • 2009 April 5

      Ari : Saya senang sekali kalau ari boleh menulis tanpa singkatan supaya maksudnya lebih jelas ;)

      Ya, kepintaran kadang kala membuatkan kita ini menjadi bodoh untuk terus menilai. Oleh kerana kita fikir kita pintar maka kita tidak mengendahkan banyak perkara dan kita tenggelam dengan dunia sendiri

  2. 2009 April 5

    mungkin jahil lebih sempurna?

    :)

  3. 2009 April 6

    bodoh salah,
    pintar pun salah.
    bodoh kalah,
    pintar masalah.

  4. 2009 April 6

    Sebenarnya telah jelas,
    semakin pintar kita semakin jelas kebodohan kita.
    Kerana terlalu luasnya ilmu Allah itu yang kita tak mampu capai.
    Kita hanya setitik air di hujung jarum berbanding 7 lautan tak bertepi.

  5. 2009 April 6

    semakin lama semakin rhyming tulisan kau,
    aku suka.
    semakin kool.
    tapi semakin pessimist ??

    • 2009 April 7

      Wahyudi : Apabila kita jahil, kita semakin ingin tahu. Semakin merendah diri sebab tidak tahu. Jahil mengajar kita mencari dan terus belajar.

      Koboi : Bukankah keserderhanaan lebih baik sifatnya. Tidak terllu pintar tidak terlalu bodoh. Boleh menjadi pintar tetapi bukanlah angkuh dengan kepintaran

      Sebaliktabir : Ya, saya setuju. Tetapi ada orang yang sifatnya semakin dia pintar semakin dia angkuh. berapa ramai yang pintar tetapi tidak angkuh?

      Adi : Bukan pesimis tetapi wujudkan unsur paradoks. Aduh, aku hilang menulis mood cerita panjang

  6. 2009 April 7

    biarlah pendek.. asalkan kool

  7. 2009 April 7

    kagum. berbakat. saya suka sajak sebegini.

  8. 2009 April 7

    Adi : dan terima kasih kerana sentiasa mengulas karya aku.
    huhu

    jebatsari : Jebat sari, terima kasih. saya sedang cari kekuatan untuk menulis sajak2 yang baik dan lebh baik dan memberi makna. =) Selamat datang ke blog saya

  9. 2009 April 8

    assalamualaikum w.b.t.

    ainunl muaiyanah…
    kebodohan dalam kepintaran… saya dah jumpa ramai manusia yang macam ni. lebih2 lagi jika dalam industri yang saya ceburi kini. terlalu ramai yang ‘agak2′ dirinya pandai @ pintar, tetapi semakin menunjukkan kebodohan diri sendiri. dan orang2 yang macam ini selayaknya saya kategorikan mereka sebagai orang yang kufur nikmat. tidak tahu menggunakan kelebihan yang dianugerahkan sepatutnya. apapun, teruskan menulis. salam.

  10. 2009 April 9

    Ilham.Hafiz : Ramai juga yang berlagak pintar. Kalau tak mereka akan kelihatan seperti ketinggalan pula

  11. 2009 April 11

    salam…

    ainunl muaiyanah…

    betul tu… kadang-kadang untuk tidak nampak ketinggalan, kita perlu juga ‘berpura-pura’ tahu tentang perkara itu kan?

  12. 2009 April 11

    ilham.hafiz : ada perlu juga kita merendahkan sedikit kepintaran supaya kita memperolehi lebih banyak perkara.

    kerana orang tidak akan berkongsi susuatu dengan mereka yang lebih pintar daripadanya. =)

  13. 2009 Jun 2

    “Menulis karya yang layak diterbit, mencari orang yang dapat dipercayai untuk menerbitkannya, dan mendapatkan orang yang waras untuk membacanya merupakan tiga kesukaran utama sebagai penulis.”

    - CHARLES CALEB COLTON

    • 2009 Jun 4

      Dr Jeniri Amir : saya sungguh berbesar hati atas kesudian dr melawat blog saya. Benar. Saya sedang hadapi kesukaran menulis karya yang layak diterbit.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS