Surat Kepada Kamu (Yang Tidak Sepadan)
Kamu, aku ingin berhenti berkata dan bersuara. Aku ingin memutus semuanya. Aku ingin pergi dan sendiri. Cukup apa yang telah kau tahan cukup dengan apa yang kita bicarakan. Aku senang kita tiada apa-apa. Seperti telah putusnya api pada kayu yang menjadi abu dan debu.
TIDAK SEPADAN
Aku kira:
Beginilah nanti jadinya.
Kau kawin, beranak dan berbahgia
Sedang aku mengembara serupa Ahasveros.
Dikutuk-sumpahi Eros
Aku merangkaki dinding buta
Tak satu jua pintu terbuka.
Jadi baik juga kita padami
Unggunan api ini
Karena kau tidak ‘kan apa-apa
Aku terpanggang tinggal rangka.
Chairil Anwar
Februari 1943
Sumber :
Chairil Anwar – Aku Ini Binatang Jalang (Penerbit Gramedia Pustaka Utama, Jakarta)






RSS - Posts





Salam birungu,
“jauh sekali rajuknya …” (?),
ketika-ketika dan waktunya, bersendirian elok juga.
Zulkifli Mohamed : Ya, en zul. tengah menjeruk rasa sekarang. Kalau hati sedang bergelora dan berombak barulah boleh muncul kata-kata yang indah.
Ya, sedang mencari masa bersendiri sekarang
Eh macam kutahu je buku itu. Dah habis bayar ke? Hehehe!
Kak Hanie Salwah : Ala kak hani ni. Lain kali kalau dah berjumpa tu ingat-ingatkan. saya ini mudah terlupa dan alpa sikit. bila balik baru teringat. Haha. nanti ada amsa yana menyinggah lah rumah kak hani, bayar duit dengan rompak durian dan manggis. Hahaha
ahhh chairil anwar…*mata bersinar macam puss in boot dalam cerita shrek*
di mana ya nak cari buku chairil anwar?
teringin sekali nak simpan walaupun sebuah pun cukuplah..hurm..
Sue : kawan saya beli di bandung ketika berwisata. kamu boleh belinya melalui pos juga. ada satu laman web ini menjual buku dai indonesia. dalam link saya di tulis, buku indo – hati mahu pop. Lagi satu gramedia telah dibuka di malaysia. boleh pi shah alam ataupun kamu pergi tesco di seberang prai, penang