Aku perlu berhenti mengkritik!

2009 Jun 24
by ainunlmuaiyanah

Aku rasa aku perlu berhenti mengkritik!

Semenjak pulang ke tanah asal ini, semakin banyak aktiviti sastera yang dapat dihadiri. Apabila bertemu dengan kawan-kawan sealiran sudah tentu perlu ada buku terbaru yang dibaca,atau pasti yang ada tanya apa karya baru ataupun bertanya pendapat buku-buku atau karya-karya yang mereka baca dan baru-baru ini diminta memberi komen kepada karya-karya mereka untuk proses penambahbaikan. Aduhai~

Sebelum itu selalu mengingatkan kawan-kawan yang mohon khidmat mengkritik supaya bertelinga kuali dengan kritikan aku yang adakalanya berempah ratus dan pedas-pedas juga. Lantaran kalau aku mengkritik berlandaskan pembacaan aku sebagai pembaca dan apa seorang pembaca mahukan apabila membaca karya bukanlah seorang yang serba lengkap dengan segala teori sastera. Walhal aku masih lagi rabun-rabun dengan teori puitika melayu sekalipun.

Namun semenjak terlibat dengan professional pengkritik ini, aku rasa aku sukar sekali mahu konsisten menulis cerpen. Lantaran sentiasa diselubungi mood mengkritik sampai dengan karya sendiri pun nak cari gaduh dan cari pasal juga. Ada sahaja yang tidak kena dengan karya sendiri. Baik dari susunan ayat mahupun penyusunan plot. Ada sahaja yang tidak kena. Walhal kalau tugas pengarang itu haruslah menulis sahaja bukanlah mengedit karya semasa menulis. Tugas-tugas mengedit ini haruslah dilakukan selepas karya itu siap. Tetapi kalau belum habis satu perenggan pun aku sudah kritik karya sendiri bagaimana mahu hasilkan 7-8 muka surat untuk cerpen. Aduh-aduh, payah sekali.

Jadi kawan-kawan yang baik budi, silalah sokong aku dengan menghentikan gejala penyakit mengkritik karya buat seketika. Dalam sehari dua ke? J lepas itu kita sambung balik ya.

10 Respons leave one →
  1. 2009 Jun 24

    kau tak perlu berhenti mengkritik, cuma kau perlu berhenti mengkritik yang bukan pada waktunya. kau juga harus tidak kerap menyalahkan sesuatu yang bukan perlu.

    kritik jangan tak kritik…tapi yang membina la ye.. :-)

    • 2009 Jun 29

      sebaliktabir : Sekarang ini sedang mengkritik pada yang patut. Jadi mahu berhenti sekejap. Rehat. Penat tau
      Ya, saya mengkritik untuk membina sesuatu yang lebih baik. bukannya mengutuk yang lebih cenderung berkonotasi negatif

  2. 2009 Jun 24

    kritik tak salah apa, eh sejak bila mudah mengalah ni Cik Ainunl. Berusaha!

    • 2009 Jun 29

      syahidah : tidaklah mengalah. Cuma mahu berehat sebentar. Letih juga kerja kritik mengkritik ini. Ya lepas ini akan lebih berusaha!

  3. 2009 Jun 24
    Indrasakty permalink

    Makanya nanti karya itu jadi sempurna, setidaknya daripada analisa peribadi.

    • 2009 Jun 29

      Indrasakty : betul~ Tetapi semasa menulis kita tidak boleh mengedit sangat kerana nanti jadi mental block. selepas mengarang barulah mengedit.

      Ini teknik sayalah tetapi tidak tahulah orang lain bagaimana..

  4. 2009 Jun 24

    jangan gila sudah.

  5. 2009 Jun 24

    Profesional? Uiyoo takut dengar tuuuuu!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS