Pesan Untuk Pria

2009 Jun 25
by ainunlmuaiyanah

(Catatan ini khusus untuk pria diluar sana yang masih bujang dan hatinya masih tidak terikat pada sesiapa dan sedang tersesat membaca catatan mengarut di sini)

Pria, sila tawan hati aku dengan kata-kata yang manis tetapi realistik seperti ini. tawanlah!

 

Ada org yang menghabiskan waktunya berziarah ke di Mekah

Ada orang menghabiskan waktunya berjudi di Miraza

Tapi aku ingin habiskan waktu ku disisimu sayangku

Berbicara tentang anjing-anjing kita yang nakal dan lucu

Atau tentang bunga bunga yang manis di lembah mandalawangi

 

Ada soldadu-soldadu amerika mati kena bom di danau

Ada bayi yg mati lapar di vietnam

Tapi aku ingin mati disisimu manisku

Setelah kita bosan hidup dan terus tertanya-tanya

Tentang tujuan hidup yang tidak seharusnya kita pun tahu

 

Mari sini sayangku

Kalian yang pernah mesra

Yang pernah baik dan simpati padaku

Tegaklah kelangit luas atau awan yang mendung

Kita tak pernah menanamkan apa-apa

Kita tak akan pernah kehilangan apa-apa

Nasib terbaik adalah tidak pernah dilahirkan

Kedua dilahirkan tetapi mati muda

Dan yang tersial adalah berumur tua

Berbahagialah mereka yang mati muda

 

Makhluk kecil kembalilah dari tiada ke tiada

Berbahagialah dalam ketiadaan

 

 

Filem Gie

8 Respons leave one →
  1. 2009 Jun 26

    sakit mata nak baca. ungu latar belakang menyeksa mataku yg tak bersalah ni.

  2. 2009 Jun 28

    gie antara filim yang mengangkat tema revolusi dengan baik sekali.

    • 2009 Jun 29

      Wahyudi : saya sukakan filem gie kerana bahasanya, skripnya. Saya kira filem gie memberi satu sisi menarik dalam tema revolusi dimana tiada perlunya limpahan darah atau aksi berlebihan. Melalui filem ini saya dapat merasai gelojaknya dengan baik sekali.

  3. 2009 Jun 28

    aku juga tulis sesuatu tentang gie.
    Kebetulan, atau jodoh..? Hehe

  4. 2009 Jun 29

    ini sepertinya satu sindiran

    ha ha

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS