Pulau Redang : Syurga Lautan

2009 Jun 30
by ainunlmuaiyanah

Aku ke tanah yang berpasir halus dan putih itu. Aku ke Pulau Redang!

Bertahun-tahun belajar di tanah pesisir air, aku sering menyimpan impi ke sana tetapi sering dikekang dengan masalah kewangan dan beberapa faktor lagi lalu niat itu aku simpan diam-diam sahaja. Lalu tiba-tiba ada khabar dari kayangan mengirimkan percutian tidak berbayar itu sudah tentu hatiku bergenderang ria. Aku telah ke Pulau Redang tau kawan-kawan.

Ya, Pulau Redang itu cantik dan menawan sekali untuk pencinta dan pemuja lautan. Lautnya biru dan jernih. Pasirnya yang putih seperti hamparan saujana salji putih. Karangan yang membentuk dirinya bertahun-tahun sering memukau. Ikan-ikan yang mesra berenang bersama kita seolah kita juga kawanannya. Langit yang biru dan penuh bintang apabila malam. Deru angin yang beralun manja. Aduh~

Namun sayangnya, banyak batu karang yang sudah mati. Sudah jadi putih dan bersatu dengan pasir-pasir di dasar lautan. Aku tidak berkesempatan melihat baby shark dam dugong. Aku sekadar dapat melihat belut gergasi dan ikan-ikan gergasi sahaja. Ke Pulau Redang aku asyik snorkling dari pagi ke petang. Malam pula bermesyuarat dan kelana di tepian pantai dan melihat manusia-manusia yang lain.

Banyak yang aneh aku temui di sana. Banyak manusia menjadi mereka yang lain di pulau itu. Rupanya jarak yang terpisah antara lautan dan tanah besar bisa mengubah wajah-wajah manusia menjadi orang yang kita tidak kenali. Ada yang mahu berpesta bagai dunia ini tiada paginya. Ada yang bercanda bagaikan dunia ini hanya ada mereka berdua. Bau laut dan bunyi ombak telah menyihir ramai manusia rupanya.

Di Tanah Redang aku temui sisi diri aku yang lain dan telah hilang bertahun-tahun dulu. Aku temui diriku yang pendiam, penuh waspada, senyum, memerhati Aku menemui diri aku yang kesendirian dan keseorangan. Dilangit Redang yang membalut tubuhku seolah telah melukiskan bahawa di Tanah ini aku harus jadi sendiri dan keseorangan. Melihat bagaimana diri menjadi hilang di kawanan manusia yang ramai.



Didada laut ini aku kembali kepada tuhan

13 Respons leave one →
  1. 2009 Jun 30

    masa sekolah rendah dulu, saya beberapa kali pergi ke pulau redang. tapi sekarang tidak lagi, saya lebih suka memerapkan diri di dalam bilik yang berselerak dengan buku-buku yang belum tentu bila habis dibaca.

    • 2009 Jun 30

      Teratakerapung : Ini baru pertama kali saya berkesempatan ke Redang. Cantik sekali~

      Sekali sekala saya suka juga perap diri di rumah baca buku sahaja

  2. 2009 Jun 30

    Sungguh kucemburu!

  3. 2009 Julai 1

    salam ukhwah..
    cantek blog ~ unguuu..
    sy pun suke sgt ungu..
    hehe..

    • 2009 Julai 2

      Missungu : Daripada nama pun saya sudah tahu awak ni peminat warna ungu.

      Rajin-rajin lah datang ke blog saya kalau berkesempatan lagi dan terima kasih ya

  4. 2009 Julai 1

    Salam birungu,

    “tentu bertambah cambah idea untuk penulisan” …

  5. 2009 Julai 4

    huh…………

  6. 2009 Julai 7
    ilisyazwani permalink

    i’ve been there too. masya Allah..
    speechless.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS