Puing-puing di Perkuburan

2009 Julai 2
by ainunlmuaiyanah

Hari ini aku datang ke perkuburan berbaju kurung polos kapas berintik bunga ungu kecil-kecil. Ada bunga kemboja sedang menguntum di tanah itu dan ada rebas menitik satu-satu dari dada langit. Ada rumput-rumput yang menjalar dan lumut-lumut hijau yang menumpang kasih di batu nisan dari batu sungai itu.

Tiada apa yang berubah. Tiada. Nisan masih di situ. Pohon kemboja masih mekar mewangi dan hujan merebas juga dan jasad yang mengunjungi tempat itu masih aku. Sendiri.

Aku tidak pernah memaafkan kepergian ini kerana aku tidak dapat memaafkan diri sendiri sekiranya aku membiarkan diriku memaafkannya.

PUING-PUING


Tinggalkan aku dan kedukaan

Aku belajar dari masa lalu

Dibunuh dan dikhianati

Dihambur semahu-mahu hatimu


Asmara sudah dibawa pergi

Tertinggal kenangan luka cuma

Menyusup dalam jiwa aku

Mengalir dalam atma aku


Cinta kita hanyalah puing-puing

Di atas runtuhan kota kasih sayang

Tidak bisa dibina kembali semula

Tanpa setia dan percaya dari hati

Tutupkan mataku dan biarkan


Tangisan tlah membasuh segalanya

Keberanian membalut diriku

Tanpa kamu aku masih berdiri

Tinggalkan aku dan pergilah


Lagu : Mohram

Lirik : Ainunl Muaiyanah Sulaiman


Notakakitangan : Semasa waktu senggang, aku mencuba menulis lirik dari pada lagu PUING-PUING dendangan MOHRAM. Tidak tahulah bagus atau tidak. Sekadar mencuba sahaja.

4 Respons leave one →
  1. 2009 Julai 4

    eh ….nper lagu tu tak ader suara…??he..he..ingatkan nk jugek dengar suara nyayian…..
    hu…hu…

    • 2009 Julai 5

      Orang Lidi : suara saya tidak sedap. lagipun lirik ini saya tulis untuk suka-suka. Tidak tahu bagus atau tidak. Nanti saya mohon kebenaran daripada mohram untuk menyanyikannya. :)

  2. 2009 Julai 17

    Salam..tersentuh benar dgn alunan melodi lagu ini…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS