Apa Aku Mahu Tulis?

2009 September 11
by ainunlmuaiyanah

Sebelum ini, aku sudah memutuskan untuk berhenti menulis entri yang penuh emosi dan melodrama ala-ala filem Hindustan tetapi tidak berjaya. Jadilah tanah birungu bersarang sebulan lamanya. Apabila ada orang sudah merindu dan bertanya kenapa si nyanyian hujan tidak bernyanyi lagi, maka aku kira aku harus (baca : terpaksa) menulis entri. Aku terpaksa lah memenuhi permintaan peminat ini. Aish (harap mereka yang berkenaan rabun semasa membaca ayat ini. Haha. Gelak jahat).

Sebenarnya mahu berkabung kerana pengarah kegemaran aku telah pergi. Tetapi tunggulah aku buat entri khas untuk mereka yang telah pergi.

Sedapnya burger ala-ala bulan sabit ini. Ada rasa mahu berbuka tak?

Oleh itu dengan penuh rasa bersemangat, aku akan mengirimkan entri-entri mengenai puasa ketika zaman muda-muda (sekarang pun muda lagi) setiap hari sehingga hari raya. Hanya entri sahaja dan gambar-gambar yang akan dicuplik dimana-mana. Semasa hari raya, mungkin akan berehat sebentar. Ialah siapalah mahu membaca blog ketika tengah memakan kuih tart atau almond London kan? (Sebenarnya tiada acess internet di kampung, pandai saja kamu bagi alasan ya yana)

Jadi, aku sedang fikir. Kenangan mana yang mahu aku kutip sebagai entri bulan Ramadan ini? Kawan-kawan mahu entri yang bagaimana?

4 Respons leave one →
  1. 2009 September 11

    bagus ye kalau boleh cerita yang lebih ceria. untuk motivasi.

    cuba kenangan masa di sekolah/asrama. macam best.
    kebetulan saya juga nak mulakan entry sebegitu. cuma masa sangat menghimpit. sekadar mampu membaca.

    • 2009 September 11

      Dewajiwa : wah cadangan yang baik. Banyak juga kenangan zaman berbuka di asrama. huhu.

      nanti saya tulis. Untuk memenuhi permintaan awak tentunya.. :)

  2. 2009 September 12
    adios permalink

    lapar

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS