Puisi Surat Doa Untuk Tuhan : Berita Minggu 27 September 2009

2009 September 28
by ainunlmuaiyanah

Puisi Surat Doa Untuk Tuhan disiarkan di Berita Minggu!

Surat Doa Untuk Tuhan ini merupakan puisi yang sudah lama aku tulis dan puisi ini selalu aku bisikkan di dalam hati sebelum aku bertemu dengan seseorang. Aku sering sahaja berkata dalam hati, semoga aku memaafkan dia, semoga makna maaf yang polos itu meresap jiwa aku, ke hati aku.

Dibawah langit Syawal ini, aku berharap kita boleh belajar kata maaf, sepolos maknanya.

IMG_5107

Kalau kawan-kawan mahu mengkritik, sila klik disini ya atau di pautan sebelah kanan tanah nyanyian hujan ini

Notakakitangan : Ini karya ke 6 yang disiarkan pada tahun ini. Alhamdulilah.

18 Respons leave one →
  1. 2009 September 28

    Tahniah Ainunl, aku ada membacanya semalam…melihat pada tulisan dan namanya sah itu kamu! :-D

    • 2009 September 28

      Sebaliktabir : aish.. macam segan lah pula. apa-apa pun terima kasih ya, semoga terhibur membaca puisi kecil itu. (memang kecil dan pendek pun.. :) )

  2. 2009 September 28

    Best! Tahniah

  3. 2009 September 28
    fuzama permalink

    wah!!tahniah ainunl. teruskan langkahmu dengan penuh gemilang.

  4. 2009 September 28

    tahniah cik yana!
    saya ada membca puisi itu semalam.
    siap tunjuk pada emak saya lagi.
    “ini kawan blog ila yang tulis”
    haha..tiba-tiba tertumpang bangga sekali.
    apa-apa pun teruskan berkarya.
    puisi-puisi kamu indah.saya suka! =)

    • 2009 September 28

      Sue : Aish.. malulah. Rasa nak pakai cone of shame pula (macam dalam cerita UP).
      saya suka bila kamu suka baca puisi saya. Nanti nak usaha tulis puisi-puisi yang bermakna untuk kamu dan semua. saya tidak kisah pun kawan-kawan nak tumpang bangga. lagi seronok!

      semangat!

      notakakitangan : eh mak kamu cakap apa? (sambil pintal hujung langsir sebab malu)

  5. 2009 September 28
    nurl husna permalink

    ai…tak sangka dah lama tak dgr cite hang, tetibe meletup ni..=)
    tahniah…smoga berjaya..

    • 2009 September 28

      Nurul husna : alamak, hang dah tahu blog aku, alamak segan ni. macam mana mahu bersembunyi ni.. hihi

      terima kasih untuk sokongan ya

  6. 2009 September 28
    nurul husna permalink

    alamak…ainunl…skali tertaip silap nama sendiri..huhuh…

  7. 2009 September 29

    wah. sangat berinspirasi.
    walau kecil tapi mampu meruntun rasa, macam angin yang dihirup semasa makan gula-gula mint yang sejuk. terasa betul nak meminta maaf pada sesiapa. kena pada harinya kan?

    Selamat Menyambut Aidilfitri.

    • 2009 September 29

      Dewa Jiwa : heh~ ya, mungkin aku mahu sangat memaafkan dia dan meminta maaf. tapi, kerja hati kadang-kadang bukan kerja kita.

      lalu, aku berharap kepolosan kata maaf itu sampai ke hatiku… hatiku…

  8. 2009 September 29
    firdausamyar permalink

    Selamat Yana..puisi yang sangat indah. sungguh.

    • 2009 September 29

      Firdausamyar: moga lepas ini saya dapat menulis puisi-puisi yang mengesan di masa akan datang serta puisi-puisi yang indah..

      Usaha!

  9. 2009 September 29

    wah ini bagus sekali yang. :) sangat suka. tahniah!

    no.59, jalan 3/1, bdr seri putra, 43000, kajang. – alamat rumah

    ye ke mau dtg ni?? hehe

    • 2009 September 29

      Fazleena ; kajang je? aish.. dekat je. mestilah mahu datang. harap masa datang tu ada dirumah.. haha..

      terima kasih kerana suka puisi kontot ini.. kak adeq pun tulislah puisi yang indah-indah.. :)

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS