Kedai Buku Terpakai Siri 2


Merujuk kepada carian di blog saya, ramai yang mencari kedai buku terpakai.

Saya telah menulis satu entri berkenaan kedai buku terpakai di sini. Kedai buku terpakai yang saya tahu ketika itu. sebagai peminat dan pembeli buku tegar tetapi selalu tak ada wang, kedai buku terpakai merupakan alternatif terbaik!

Oleh itu dengan semangatnya saya menambah beberapa buah kedai buku terpakai sekitar Selangor dan Lembah Klang.

  1. Junkbook Store

    Saya mengetahui kedai buku ini minggu lepas. Rupa-rupanya ketua jabatan saya sudah lama tahu kedai buku Junkbook Store di Jalan H.S Lee, Kuala Lumpur. Sengaja saja sabotaj tak nak bagitau saya ye.

    Awal-awal lagi saya ingatkan, kedai buku ini tidak terlalu murah seperti kedai buku terpakai yang lain sebab pemilik kedai ini mengetahui nilai-nilai buku. Malah ada buku yang dikenalpasti out-of-print dijual dengan harga tidak rendah daripada RM100. Kedai ini bukan kategori buku terpakai tetapi buku antik mungkin.

    Namun, kepada pengumpul buku-buku langka, out-of-print, tiada dijual di Malaysia, kedai buku terpakai ini seharusnya menjadi pilihan. Ada sesetengah judul (terutama terbitan luar negara) yang tidak dijual di Malaysia boleh diperoleh disini. Untung nasib timbul, untung batu tenggelam. Kalau bernasib baik, mungkin akan dapat buku langka itu dengan harga yang murah atau diterima akal.

    Kedai ini mendapat buku-buku daripada pusat kitar semula. Secara logik, pusat kitar semula memang merupakan pengumpul buku-buku terpakai berbanding dengan menunggu orang datang menjual buku-buku terpakai di kedai. Oleh itu jangan hairan, jika terjumpa segala judul yang anda cari selama ini.

    Kedai ini terbahagi kepada 3 tingkat. Tingkat bawah dan tingkat 1, memberi pilihan buku-buku luar negara dan Malaysia. Sebut sahaja buku pilihan anda, staf kedai boleh menunjukkan tempat koleksi buku itu diletakkan. Tingkat 2 disebut, library yang mana biliknya hanya dibuka jika ada permintaan sahaja (dikunci sepanjang masa) dan buku-buku disana ternyata buku yang out of print dan langka. Harganya tidak jatuh kurang daripada RM100.

    Namun satu kekurangan kedai ini, layanan stafnya yang langsung tidak memberi privasi kepada pembeli. Stafnya akan mengekor kita ke mana sahaja dan sibuk bertanya buku apa yang kita cari. Mungkin khuatir buku-buku diculik, barangkali.

    Panduan Ke Junkbook Store:

    Kalau naik LRT/STAR, boleh berhenti di Masjid Jamek atau Pasar Seni. Kemudian berjalan menuju kea rah RHB Bank. Kedai itu diseberang jalan, di celah-celah bangunan kedai yang lain.

    Saranan:

    Sediakan judul-judul yang anda mahu

    Sediakan duit secukupnya

    Sediakan mental untuk diekori sepanjang masa

  2. Novel Hut, Shah Alam

    Siapa kata novel Hut ada di Ipoh sahaja (sambil menjeling Nissa’ Yusof). Novel Hut turut ada di Shah Alam juga. Seksyen 27 jika tidak silap. Saya belum punya kesempatan untuk pergi. Namun menurut kawan saya, pilihannya tidaklah sebanyak di Ipoh. Namun boleh menawarkan harga yang difikir akal bagi sebuah buku terpakai.

    Selalu bila ke Ipoh memang saya suka ke Novel Hut di Ipoh Parade. Banyak juga buku yang saya beli dengan harga yang murah. Terutamanya buku sastera.

  3. Amcorp Mall

    Sebagai pengunjung Bookxcess, mesti boleh perasaan sebuah kedai buku terpakai sebaik sahaja kita sampai dengan menaiki eskalator. Satu aras dengan kedai buku Bookxcess (syurga buku-buku murah berbahasa Inggeris). Walaupun tidak terlalu banyak pilihan, tempat ini tidak wajar untuk ditinggalkan untuk dikunjungi oleh peminat tegar buku terpakai.

  4. The Mall

    The Mall memang sangat terkenal suatu ketika dahulu. Bersebelahan dengan PWTC selalu membei kelebihan kepada The Mall. Di tingkat teratas, berdekatan medan selera Hang Tuah, terdapat sebuah kedai buku terpakai. Walaupun kecil dan pilihan buku melayunya sedikit, apa salahnya luangkan masa berkunjung dan melihat pilihan buku-buku yang ada. Kedai buku ini lebih banyak menyediakan perkhidmatan menyewa buku. Hampir semua buku boleh disewa. Namun selepas disewa dan berminat untuk membelinya, boleh terus membeli buku itu.

  5. Kedai Perabot Terpakai, Seksyen 9, Bangi.

    Siapa kata kedai perabot terpakai tidak menjual buku? Silap sama sekali. Di seksyen 9, Bandar Baru Bangi, berdekatan kedai perabot 69, sederet dengan kedai D’Limau, Mama Chop, Secret Recipe dan San Francisco Pizza, terdapat sebuah kedai perabot terpakai. Selain perabot, ada satu seksyen dalam kedai itu menjual buku-buku terpakai berbahasa Inggeris. Pilihan buku dari genre sastera juga boleh tahan (ini diakui oleh rakan saya, penggemar sastera dunia)

Mari kita beli buku! Oh Yeah!

About these ads

11 thoughts on “Kedai Buku Terpakai Siri 2

  1. Pingback: Buku Murah Buku Murah | nyanyian hujan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s