Go Chelsea Go Chelsea II


Yes!
MU kalah 1-2 kepada Chelsea menjadikan mata pasukan mereka setara.

Aku bagaikan mahu berpesta riang. Walaupun Mu masih ada peluang untuk menjuara EPL jikalau memenangi 2 perlawanan selepas ini, namun sekurang-kurangnya dengan kemenangan Chelsea ke atas MU mencerahkan peluang Chelsea untuk mencium haruaman kemenangan.

Maaf untuk peminat MU, aku bukan peminat fanatik Chelsea sampai hendak bersuka ria disini. Aku sekadar meraikan kemenangan peribadi. Hanya peribadi sahaja. Sekali lagi aku katakan aku bukan peminat pasukan bola tetapi atas desakan-desakan posisi tertentu aku terpaksa menidakkan sokongan pada MU.

Maaf kipas-susah-mati Mu, aku hanya boleh mengharapkan kekalahan MU. Go Chelsea go Chelsea

Advertisements

Tolong Pak Polisi! saya warganegara Malaysia (Part I)


Tolong! Aku masih warganegara Malaysia. Jangan tangkap aku.

Ah akibat kecuaian aku yang sememangnya sangat lalai, aku tidak dapat membuktikan bahawa aku warganegara Malaysia.

Malah tanpa kad bank aku menjadi pelajar yang berduit tetapi miskin. Ialah takkan aku nak rompak bank tanpa sekeping kad plastik ajaib tu kot.

Dan apabila memandu kereta, aku menjadi terlebih awas dan prihatin kerana takut-takut kena tahan dengan pak polisi walhal sedah dua tahun lesen aku bertaraf GDL.
Ya! Aku warganegara Malaysia yang ada lesen memandu B2, D. Tetapi kata-kata sahaja tidak bermakna kalau tiada bukti. Kawan aku mengilai tawa. Ces sengaja mahu mengenakan aku.
Malah kawan-kawan aku sibuk bertanya dan berkata.

”yana, bila kau mahu menyerah pada polis?”
”yana, kalau kau kena hantar pergi balik Indonesia, harta kau wakafkan kat kami eh.”
”yana, aku nak booking buku-buku cerita kau ni kalau kau kena tahan dengan pihak polis. Nak buat harta”
”Bibik, mana IC? Tak da IC? So kau sekarang bertaraf PR la”

Ces… memang ada yang nak kena ni.

Nasib baik aku masih mempunyai kad matrik universiti untuk membuktikan aku adalah pelajar yang mendaftar secara sah dan boleh menjawab bagi pihak diriku ketika peperiksaan akhir semester.

Kesimpulannya aku tetap warganegara Malaysia biarpun tanpa Kad pengenalan. Mengerti! Dan jangan nak mengada-ada nak berangan-angan memiliki harta aku.
.
.
.
”Oi, mana IC. Kalau tak IC, jangan nak mengaku warganegara Malaysia.” kata kawan aku sayup-sayup menyusup telinga saat entri ini ditulis. Akas aku menghantar balingan maut dimukanya menggunakan teddy.

Eh Lelaki Edisi April 2008 (Cinta dan Kereta)


Suatu petang dingin, ada seseorang teman lelaki bertanya padaku.
“Yana, bagi kau cinta itu bagaimana?”

Aku terkedu. Dalam hati menyeranah. Aku bukan pakar cinta mengapa bertanya padaku? Riak wajahnya kosong tetapi matanya sarat harapan jawapan.

“Cinta itu seperti kereta.”

Matanya membuntang dan terus sahaja menyanggah jawapanku. Kalau nak menyerang balik, mengapa sibuk bertanya? Ah mesti dia tengah kalut dalam cinta.
Aku mempertahankan kerelevanan jawapan yang sebenarnya tiba-tiba muncul dalam minda.

Mengapa kau ingin memiliki kereta. Mestilah untuk kesenangan. Untuk memudahkan kau kemana-mana bukan? Jikalau kau sudah bersedia untuk memiliki kereta makanya kau telah mengumpul wang yang cukup sekurang-kurangnya untuk depositnya serta kewangan yang kukuh untuk bayaran bulanannya serta minyaknya. Takkan lah hendak kereta tapi tak cukup wang bukan.

RELEVAN
Begitu juga dengan cinta, mengapa kau ingin memiliki cinta. Untuk melengkapi apa yang kurang dalam diri. Untuk mencari bahagia dalam diri. Ada juga yang mencari dirinya yang hilang. Jika kau sudah bersedia untuk bercinta maknanya kau sudah bersedia untuk terikat dengan komitmen dan juga suka duka dalam bercinta kerana dunia cinta bukannya hanya indah-indah.

Kemudian apabila sudah memiliki kereta, biarpun boleh membanggakan diri, biarpun membahagiakan tetapi ingatlah kereta itu benda bukan hidup. Perlu diberi nafas nyawa untuk terus boleh berjalan. Minyak enjinnya harus diperiksa setiap 5,000km. Penyaman udara haruslah dielakkan bocor. Pemeriksaan terhadap saluran udara, karburetor, sistem pencucuhan supaya berkeadaan baik. Tayar juga harus diisi dengan angin untuk mengelakkan tayar mudah menjadi botak. Malah seribu satu macam penjagaan kereta yang rumit dan ruwet. Cuba bayangkan, kau tidak melakukan penyelenggaraan, mesti kereta mudah rosak kan?.

RELEVAN
Cinta juga perlu penjagaan seperti kereta. Harus diberi nyawa semasa hayatnya. Jangan berharap sekali kita mengikat rasa, rasa itu akan kekal selamanya. Kadang-kala perasaan itu mudah berubah.
Sedangkan pasir dipantai boleh berubah, apatah lagi manusia. Kita tidak perlu selalu mengungkapkan rasa sayang dan cinta kerana keistimewaannya akan hilang. Cukuplah sesekali kita memperbaharui ucapan tersebut pada hari-hari istimewa seperti minyak enjin kereta yang perlu diservis setiap takat perjalananannya. Nah, kalau kau enggan untuk itu, pastilah cinta akan berdikit-dikit pudar.

Ya, memiliki kereta sememangnya gah dan menyeronokkan. Bangga bukan bila mampu menayangkan kereta dihadapan rakan-rakan. Namun harus diingat kereta itu bukannya benda bernyawa. Yang meniupkan nyawanya ialah tangan-tangan manusia. Adakala kereta itu rosak dan terlibat dengan kemalangan tanpa sengaja atau kecuaian individu lain. Takkanlah nak biarkan kereta itu tersadai di garaj sahaja. Mesti kena hantar bengkel dan waktu itu dompet kau juga mengempis. Sungguh perit tetapi kau akan lakukan juga bukan? Kau tak minta kereta kau rosak tetapi kerosakkan itu bukanlah boleh dirancang.

RELEVAN
Cinta juga begitu. Mana mungkin sempurna. Adakalanya ada pihak yang merajuk. Takkan mahu biarkan sampai menjadi barah? Kalau kereta boleh dihantar ke bengkel , begitu juga cinta harus dihantar ke bengkel hati. Yang merajuk harus dipujuk. Yang marah-marah sayang harus diambil perhatian. Yang terkecil hati harus diperbesarkan hatinya. Ah leceh bukan? Itu yangs selalu kau rungutkan tapi itulah pengorbanannya. Anggap sahaja cinta ini seperti kereta. Seperti mana kau membelai kereta, seperti itu kau membelai cinta.

Jawapan aku panjang. Matanya terbelalak besar tanda kagum dengan teori aku yang aku baru cipta tak sampai 3 minit. Dia membelanja jus honey dew tanda terima kasihnya. Saat dia pergi aku terasa mahu tergulir-gulir. Ah, aku doktor cinta tak bertauliah. Pengalaman pun tak ada mahu diajari tentang cinta pada orang lain. Sepatutnya aku sarankan dia tengok cerita CINTA arahan Khabir Bahtiar. Kan senang. Atau kalau dia jelak dengan filem Melayu, pergi sahaja ke kedai Speedy dan pilih cerita orang putih yang berlambak-lambak menghikayat cerita cinta.

Namun aku mengerti. Lelaki ini kurang mengerti mengekspresi rasa hati. Ah mungkin analogi kereta dan cinta ini tepat juga. Untuk lelaki diluar sana yang sering merasakan leceh tentang peraturan cinta yang ruwet, ingat sahaja. Cinta itu seperti kereta. BroOoOOmmmmmm.

ANEKDOT :
Suka amat mebaca karya HAMKA ’Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’. Ada satu falsafah cinta yang aku kagumi hingga sekarang ”Cinta itu seperti mengejar kijang dirimba, semakin diburu semakin jauh ia berlari akhirnya tidak tahu jalan untuk kembali”sekarang ”Cinta itu seperti mengejar kijang dirimba, semakin diburu semakin jauh ia berlari akhirnya tidak tahu jalan untuk kembali”

Earth Day 22 April 2008


Hari ini adalah Hari Bumi a.k.a Earth Day. Pada setiap tahun rakyat di dunia digalakkan menyambut Earth Day dengan melakukan aktiviti yang akan menyumbang kepada kestabilan ekosistem di bumi ini.
Selaku orang kedua terkuat kelab, aku tidak dapat melakukan apa-apa program lantaran ada paper Biostatistik yang mencengkam jiwa. Kami terhambat dengan peperiksaan. Tidak mengapa lain hari boleh mengambil bahagian.
Sebenarnya Earth Day ini di rintis oleh Gaylord Nelson ada tahun 1970 untuk membangkitkan kesedaran penduduk dunia tentang betapa penting memelihara alam dan bumi tempat tinggal kita ini. Sejarah mengenai Earth Day ini boleh didapati disini.
Walaupun tanpa keraian atau apa-apa acara peringkat negara, kita juga sebenarnya boleh mengambil bahagian. Caranya?

  1. Minimumkan penggunaan bahan api, air dan elektrik.
  2. tidak membuang sampah merata-rata.
  3. kitar semula bahan seperti tong, kaca dan plastik
  4. menghijaukan kawasan kediaman, belajar dan tempat kerja

 

Ada banyak lagi caranya. Cuma yang penting hendak atau tak hendak sahaja. Kan?

Sayangilah bumi kita. Kalau bumi semakin tenat, mana lagi tempat kita nak tinggal? Bintang pluto?span>

Go Chelsea Go Chelsea


Chelsea menang semalam. Hati aku sedikit terubat apabila Chelsea menang perlawanan getir itu keatas Everton. Matanya hanya beza 2 dibelakang MU. 78 – Chelsea, 80 MU Aku sememangnya mahu MU kalah bukanlah kerana aku peminat fanatik Chelsea yang ada sekutu Israel di dalam pasukannya. Atau aku ada tergoda dan tersuka dengan pemain-pemainnya yang mungkin gay. Ataupun aku anti MU yang kuat biarpun tanpa wujudnya David B. Maaf bukan sama sekali.

Aku sekadar mahu Chelsea menang oleh kerana dia pencabar terdekat yang boleh menewaskan MU dalam EPL kali ini. Kalau misalnya Arsenal atau apa-apa pasukan sekalipun yang mampu menjadi pencabar MU, aku pasti akan menyokong mereka. Maaf, aku bukan si lalang atau si angin. Aku bukannya Khairy Jamaluddin yang akan rapat dengan mana-mana orang kedua terkuat negara untuk impiannya menjadi perdana menteri sebelum 40 tahun. Oh aku bukan orang seperti itu.

Aku hanya mahu kepercayaan yang aku bina ini direalisasikan. Kepercayaan bahawa tidak selamanya orang yang kuat dan besar itu akan menang biarpun piala kemenangan itu hampir disuakan ke tangan mereka. Apa sahaja yang mustahil boleh terlaksana walau dalam minit-minit terakhir. Kalau dalam cerita bola nan bulat itu pun, gol yang dijaringkan dalam 20 saat sebelum perlawanan tamat pun boleh mengubah menang-kalah pasukan itu. Walupun 20saat.

Ah susahnya menjadi orang optimis dan payahnyanya menjadi orang yang pesimis.
Menjadi orang yang optimis membuatkan aku memilih untuk menidakkan kemenangan MU walaupun satu dunia menjangkakan MU akan memenangi EPL musim ini.

Dan kalau sikap optimis aku itu salah, aku kena siap sedia menjadi pak turut untuk 2 permintaan yang gila.
.
.
.
Rasionalkah?10pt; line-height: 150%; font-family: Verdana;”>Rasionalkah?

Eh Burung la..


”Eh burung la”

Kata aku sambil menunjukkan burung kecil yang sedang hinggap di hujung pokok.

”Apa?”

Kawan aku menyuakan telingnya

”Burung.. Itu yang cantik tu.”

”Apa dia?”

Dalam hatiku berdetik. Apakah pagi tadi dia terlupa mengorek telinga. Dia ingat ini iklan ’burung murai ke’?

”Burung. Aku cakap ada burung terbang hinggap kat hujung dahan tu.”

”Oh, avifauna. Aku ingat apa tadi.”

Ces. Baru aku tahu niat yang bersarang dihatinya disebalik kepura-puraan kepekakkannya.

”wei, aku tahulah final projek kau pasal burung a.k.a avifauna. Tak payahlah nak tunjuk-tunjuk.”

Aku terasa geram.

”Bukan menunjuk. Cuma tak biasalah guna comman name, aku biasa guna scientific name la…….”

Kawan aku berkata sambil menunjukkan muka tak bersalahnya sebelum aku membaling teddy tepat ke wajahnya tanda protes.

Anekdot
Avifauna : kumpulam haiwan yang boleh terbang (dalam ilmu biodiversiti).
Mengapa semenjak kebelakangan ini terlalu banyak sangat penggunaan nama saintifik berbanding nama biasa? Oh sekarang ini waktu peperiksaan. Sengaja mereka menunjukkan ilmu. Practices makes prefect kan?

MU menang lagi?


Ahad malam Isnin.
MU vs Arsenal. MU menang 2-1. Semua peminat MU bersorak-sorai sambil terbayang-bayang kemenangan yang bakal dirangkul MU di penghujung EPL.

Aku menjadi kecewa dan menyeranah kemenangan MU. Rasa hampa berbaur-baur dengan sakit hati hati apabila seorang kawan menghantar sistem pesanan ringkas(SMS) lewat pagi. Waktu itu aku di kafe baru dan aku pasti perlawanan yang bermula pada 10.55 malam telah berakhir.

”MU menang 2-1.huurreyyy.”

Aku tahu pesanan itu menghantar isyarat bahawa dia pasti akan menang pertaruhan yang kami buat waktu zaman kejahilan aku tentang bola. Sengaja mahu mengundahkan hati aku.

Aku hanya boleh berharap pada Chelsea untuk menewaskan MU untuk membolehkan Chelsea duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan MU biarpun kata temanku misi itu mustahil. Hello kawan, tiada yang mustahil kini, semuanya boleh berputar dan berubah. Apatah lagi nasib itu dipertaruhkan pada sebiji bola nan bulat.

Ok?

Aku jadi kagum dengan diriku yang tiba-tiba jadi manusia arif pasal BOLA dan EP7. Walhal dahulu aku manusia buta tentang bola walaupun jadual perlawanan EPL tertampal di sudut bilikku sejak semester lalu. Malah aku bertambah kagum apabila semenjak akhir-akhir ini aku jadi semakin mengambil tahu setiap rinci perlawanan bola terutama yang melibatkan MU dan Chelsea. Puncanya?…

Aku suka menjadi manusia yang berbeza dari menyukai benda yang biasa. Tampak macam optimis sahaja kan. Atau sebenarnya….?

Aku terperangkap dengan jerangkap samar oleh manusia yang bijak memanipulasi seperti kawan aku itu?
Apakah?