Trees For Life


Trees For Life!

Program kecil kami untuk menyokong saranan United Nation Enviroment Programme (UNEP) untuk menanam 2.7 billion pokok bakau di seluruh dunia. Malah program ni juga sejajar dengan usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menanam 20 juta pokok menjelang tahun 2020. Tak caya ke?. Maka sila rajinkan jemari anda melayari laman sesawang

http://treesforlife.gov.my

Mengapa program ini penting? Mengapa kelab kami berpoyo-poya bagai nak rak menjayakan program kecil ini? Sebab kami budak biodiversiti (Ces ni jawapan budak-budak sekolah!)

Sebab kalau kita jenguk-jenguk balik nota biologi atau sains teras, apakah teraju utama kitar oksigen?

.[blur]

.[blur]

.

Jawapannya POKOK. Sebab pokok akan menjalankan proses fotosintesis seterusnya menghantar oksigen ke udara. Malah akar pokok boleh boleh menguraikan nutrien dalam tanah seterusnya menjadikan tanah subur. Kita lihat juga kesan pemanasan global berpeunca daripada penebangan pokok secara berleluasa serta pencemaran alam. Wah-wah kalau aku senaraikan lagi maunya buka kelas tutorial pasal pokok dan kepentingannya kepada alam sekitar. Tetapi persoalannya disini, mengapa pokok bakau?

.[blur]

.[blur]

.

Tahukah anda, habitat pokok bakau di kawasan berlumpur dan berair masin. Ciri utama pokok bakau yang membezakan dengan famili pokok yang lain adalah akaranya. Akarnya teradaptasi untuk menyesuaikan diri dalam keadaan air laut yang terlampau masin tersebut. kedudukan hutan bakau yang bersempadan dengan daratan dan lautan merupakan salah satu benteng pertahanan untuk menghadapi hakisan ombak dan vegetasi hutan paya bakau dapat menstabilkan persisiran pantai serta mengurangkan potensi banjir…

Sebenarnya banyak lagi kepentingan pokok bakau. Hendak tahu mengapa aku seakan-akan pakar tentang hutan bakau?

Jawapannya sebab final projek aku berkenaan dengan spesies pokok bakau. Huhu.

Yang penting sokonglah program penanaman semula pokok yang giat dijalankan di seluruh dunia. Tanpa alam siapa kita. Hidup pokok! Hidup Trees For life!

Advertisements

8 thoughts on “Trees For Life”

  1. greenlake : terima kasih atas sokongan murni itu.. insya Allah, sebagai org yang ada kuasa dalam kelab, aku akan paksa rela ahli kelab aku menggiatkan usaha.. chaiyok!..

    lagi satu, tips udara bersih, duduk di kawasan hutan =P

    Like

  2. qdectective : ni lagi satu prob.. ish… penyumbang asap terbesar.. cuba-cuba lah bela pokok dalam bilik tu.. boleh la sirkulasi udara yang tercemar.. tips bernas..=P

    Like

  3. haha.. neway, kat belakang upm tu ada satu hutan kan?
    ada satu kajian menunjukkan, dalam hutan yang kecil itu ada 3 ekor harimau hidup meliar, nasib baik tak jadi buat pembangunan di situ..

    hutan bandar? urm… kadang kaka orang kata untuk kemajuan kita harus membayarnya dgn sesuatu. jadi orang nak kemajuan, orang korbankan alam..

    isk2.. susah2~

    Like

  4. eh,ade rimau ke kt belakang UPM tu???
    x tau pun…
    tapi,sian lak kt rimau tu,sume habitatnya dah dirampas oleh makhluk manusia ini…
    hmmmmm…
    pada siapa la depa tu nak mengadu ya…
    klu melayu ada umno,cina ada mca dan india ada mic…
    rimau????

    Like

  5. ada..
    3 ekor tak silap…
    sebab sewaktu kawasan itumahu dibangunkan, ada pihak yang menentang dan mengemukakan tentang fakta ini. HArimau bersifat membina wilayah, kalau wilayah terancam tentu dia akan pergi cari wilayah baru iaitu wilayah celcom(gurau) , wilayah manusia(serius).

    sebab itu bahaya untuk membiarkan harimau itu terlepas kandang, kalau sekali dia dah serang dan makan daging manusia maksudnya dia kena dibunuh. kasihan kan..

    rasanya harimau ini boleh mengadu pada perhilitan. tapi perhilitan itu milik siapa? milik orang-orang tu..

    isk… manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan?……..

    hutannya(yeah! sorakan org tamak terhadap pembangunan)

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s