Eh Burung la..


”Eh burung la”

Kata aku sambil menunjukkan burung kecil yang sedang hinggap di hujung pokok.

”Apa?”

Kawan aku menyuakan telingnya

”Burung.. Itu yang cantik tu.”

”Apa dia?”

Dalam hatiku berdetik. Apakah pagi tadi dia terlupa mengorek telinga. Dia ingat ini iklan ’burung murai ke’?.

”Burung. Aku cakap ada burung terbang hinggap kat hujung dahan tu.”

”Oh, avifauna. Aku ingat apa tadi.”

Ces. Baru aku tahu niat yang bersarang dihatinya disebalik kepura-puraan kepekakkannya.

”wei, aku tahulah final projek kau pasal burung a.k.a avifauna. Tak payahlah nak tunjuk-tunjuk.”

Aku terasa geram.

”Bukan menunjuk. Cuma tak biasalah guna comman name, aku biasa guna scientific name la…….”

Kawan aku berkata sambil menunjukkan muka tak bersalahnya sebelum aku membaling teddy tepat ke wajahnya tanda protes.

 

Anekdot

Avifauna : kumpulam haiwan yang boleh terbang (dalam ilmu biodiversiti).

Mengapa semenjak kebelakangan ini terlalu banyak sangat penggunaan nama saintifik berbanding nama biasa? Oh sekarang ini waktu peperiksaan. Sengaja mereka menunjukkan ilmu. Practices makes prefect kan?

 

4 thoughts on “Eh Burung la..”

  1. time exam baru nak aply semua ilmu kan??? sama la dengan entri terbaru aku.. baru nak sedar tentang ilmu yang aku belajar hehehehehe..

    p/s :aku teringin nak terbang bebas macam burung…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s