Diwajahmu Kulihat Bulan
Oleh Sam Saimun
Ditulis : Mochtar Embut
Album : Senandong Tanah Ayer-ku (1962)
Di wajahmu ku lihat bulan
bersembunyi di sudut keningan
sadarkah tuan kan ditatap insan
yang haus akan beleian
Di wajahmu ku lihat bulan
menerangi hati gelap rawan
biarlah daku mencari naungan
di wajah damei rupawan
Serasa tiada jauh
dan mudah dicapei tangan
ingin hati menjangkou
kiranya tinggi di awan
Di wajahmu ku lihat bulan
yang mengintei di balik senyuman
jangan biarkan ku tiada berkawan
hamba menantikan tuan
Kali pertama mendengar lagu ini sewaktu aku menonton filem Perempuan Melayu Terakhir. Aku terpesona dengan liriknya dan lagunya. Tika itu lagi ini dinyanyikan oleh Teacher’s Pets. Sampaikan aku menunggu sehingga bahagian penghargaan terpapar untuk mencari siapa penyanyi dan tajuk lagunya. Ah hatiku telah tertawan waktu itu.
Kemudian aku berusaha mencari lagu itu di layar maya sebab aku tahu lagu lama tidak lagi di rak-rak kedai muzik. Kalau untung nasib bolehlah aku menjumpai lagu ini dimana-mana. Ya aku temuinya di laman Hamlau yang memuatkan info Ebiet G. Ade, salah satu penyanyi puisi pujaanku dari seberangnya. Aku menghubungi Hamlau meminta ehsannya untuk mengirim lagu itu lewat email kepadaku.
Lagu ini sarat dengan pengharapan. Benar, tiap bait lagu adanya pengharapan tetapi disimpan kemas dan dikunci rapat. Hanya dirintih-rintih sahaja.
Pertamanya membuatkan aku terpesona adalah pada pada perlambangan bulan yang digunakan dalam lagu ini. Betapa terpesonanya watak si lelaki ini sehingga terlihat bulan yang indah diwajah perempuan itu.
Ya bulan secara buktinya tidak indah. Kering seperti padang pasir dan berlompang sana-sini dipermukaannya. Tetapi sebelum bukti itu muncul, bukankah bulan dilihat objek yang paling indah diwaktu malam lantaran cahayanya, bulatnya. (ingat-ingat orang dahulu mana ada elektrik)
Malah sehingga kini perumpamaan bulan bagaikan mendominasi dunia jiwa-jiwa biarpun klise.
Aku kira si pencipta lagu atau penyanyinya menujukan lagu ini untuk kekasihnya yang berlainan darjat. Ah cinta antara darjat sering sahaja menumpahkan air mata. Berapa orang yang bahagia kalau darjah yang ditujah-tujah untuk dimaknakan dalam kehidupan. Lihatlah watak Hayati- dalam Tengggelamnya kapal Van der Wijck karya Hamka. Kalau tidak suka membaca, tengok sahaja pelbagai cerita Cinta Antara Dua darjat misalnya.
Selain daripada lirik aku juga tertawan dengan muziknya. Lagu lama biarpun orang kata ”ah ketinggalan zaman kah” tetapi sarat jiwa. Cuma satu sahaja yang tidak relevan lagi untuk zaman sekarang. Si pemuja dalam lagu ini hanyalah memuja tanpa mahu meluahkan rasa. Ya, tipikal orang Melayu. Sarat kiasan dan sebagainya. Tetapi zaman sekarang ini susah juga kalau mahu pendam-pendam bukan?
Download : Sam Saimun – diwajahmu Kulihat Bulan
Anekdot:
Sampai kini mencari kekuatan untuk berani berkata sudut paling dalam di hati ini
salam persaudaraan.jauhari jua mengenal manikam.hati seni mana yang tidak memperakui lagu ini bagus?bawalah ke mana saja.orang akan mengatakannya bagus walaupun bukan sezaman dengannya.
LikeLike
benar abg im. lagu ini walaupun zaman berganti zaman tetap indah..
LikeLike
assalamualaikum…
bahasa terindah dalam mentafsirkan kesucian seorang wanita.. tak ramai yang bisa menjadi bulan seperti yang di dalam lagu ini…setiap bait begitu dalam dimengertikan… 🙂
LikeLike
anum, indah memang indah.
ada maksud disebalik maksud..
bagaimana ya lelaki yang bisa terlihat bulan diwajah seorg wanita?
LikeLike
lagu yang sangat terkesan dalam hati.jauh dalam2.untung masih ramai yang tahu menilai.
LikeLike
terima kasih kerana masih menghargai lagu lama. yang indah~
LikeLike
thx so much..
i dengar lagu ni n terus terpaut hati
lame carik..
LikeLike
Zira yusof : dengan senang hati saya berkongsi lagu ini. Saya ada banyak juga koleksi lagu lama yang menarik. hehe
LikeLike