The Overture : Kisah muzik yang mengasyikkan


Aku baru sahaja menonton VCD The Overture (Hom Kong), filem Thailand yang penuh inspirasi mengenai kisah guru muzik yang memainkan muzik tradisional Thailand iaitu Ra-nad ek.

 

Kita tolak ke tepi filem-filem seram Thailand yang mual dan menjijikkan, The Overture membawa jiwa romantis dan membuai rasa. Juga semangat dengan segala rasa cinta pada dunia muzik. Aku mudah sekali jatuh cinta dengan filem ini usai menonton permulaannya. Skripnya, ceritanya, gambar wayangnya harus diberi pujian.

 

Mungkin kerana aku sedari dahulu jatuh cinta pada muzik gamelan dan teringin mahir menarikan kayu penuras di atas bilah-bilah perunggunya. Maka untuk jatuh cinta dengan cerita ini tidaklah sesusah mana.

 

Ra-nad ek lebih menyerupai gambang kayu di dalam kumpulan alat muzik gamelan, menghasilkan bunyi secara larasan kayu mengikut pitch. Perbandingannya mungkin jelas dilihat ialah ialah gambang kayu, bilah-bilahnya diatur di atas kotak kayu berbanding Ra-nad ek bilah-bilah kayunya di ikat sebaris dan disangkut seumpama buaian santai di pantai.

 

Satu pujian harus diberikan kepada produksi filem ini kerana berusaha melahirkan filem yang indah. Aku sukar menemukan filem inspirasi seperti ini, sederhana dan indah di Malaysia. Bolak-balik kisah cinta mual, lawak-lawak bodoh, keruntuhan akhlak moral, seram sejuk dan entah apa-apa cerita remeh yang difilemkan.

 

Aku kira idea menerbitkan cerita berkisah muzik ini harus diteroka. Sangat jarang penerbit filem mahu menampilkan ’Filem kita Wajah Kita’.  Kalau ada menampilkan muzik gamelan pun ada sedikit didalam filem Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 tetapi orang hanya ingat tentang hantunya bukan alat muzik gamelannya. Kalau ada pun aku boleh cadangkan kamu semua menonton drama bersiri KAMI yang mengangkat muzik indie secara tidak langsung. Ceritanya bagus dan tidak seperti drama TV biasa-biasa ini ( kita tolak dahulu perilaku wataknya yang kurang adab ya)

 

Lama aku menyimpan hasrat untuk menulis cerpen mengenai muzik gamelan tetapi aku masih mencari resipi dan maklumat lagi.  Moga-moga tercapai ~ Amin~

4 thoughts on “The Overture : Kisah muzik yang mengasyikkan”

  1. Ada satu siri televisyen Jepun, “Nodame Cantabile”.

    Best sangat citer ni. Pasal muzik symphony. Kisah seorg pianist yg bercita2 jadi conductor, mengumpulkan rakan2 dan menubuhkan symphony mereka yang tersendiri. =p

    Like

  2. betul? masuk cuti semester ni , mesti download cerita ni.. neway, tq for the info.. hehe..

    dah tgh the phantom of the opera..? ceritanya best.. cari2 CDnya tak jumpa. di internet pun tak dapat.. wargh~

    Like

  3. Oit mak cik!!

    suka suki je tukar blog. tak btaw pulak tu.. mmg nk kena la..

    Dah tonton August Rush? best! psl budak Genius yg cipta muzik best. hak3..
    😛

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s