Buku Bulan Ini : Tetralogi Laskar Pelangi yang mengasyikkan


 

 

 

 

 

Aku suka membaca. Dari kecil sehingga kini, kegilaan pada buku tidak pernah puput. Di pojok kecil blog ini, aku akan mencadangkan beberapa buku ‘wajib baca’  setiap bulan dan mengomentar sedikit sebanyak intipati ceritanya, posisi menarik serta roh buku tersebut.

 

Mungkin dengan cara begini, kita dapat berkongsi kegilaan yang sama dan mungkin pandangan yang berbeza mengenai buku-buku yang sama yang aku baca. Malah sekiranya kamu ada cadangan mana-mana buku yang relevan dan berkaitan, mohon diberitahu juga.

 

Nah, bulan ini aku menyajikan 2 buku yang enak dan wajib baca. Sarat buah fikiran malah menjadi best seller di pasaran buku di negaranya. Aneh! Kerana cerita dalam bukunya bukan kisah erotik atau air mata seperti kebanyakan aliran buku popular yang lain tetapi aku dapat merasakan perasaan yang jujur seperti air dari tujuh pergunungan. Dingin dan menggetarkan. Itulah tetralogi Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi karya Andrea Hirata. Aku tak dapat menyudahi buku ketiganya Endensor lantaran tidak cukup duit membelinya. Ceritanya mudah, hanya kisah perjuangan mendapatkan apa yang dikatakan orang ’pendidikan’

 

Membaca buku Laskar Pelangi, anda akan terburu rasa sedih dan mengutuki diri andai tidak menghargai pendidikan yang diterima. Betapa di dunia luar sana, ada manusia yang merasa perit tidak dapat meneruskan pendidikannya lantaran tunduk pada desakan hidup walhal kecintaannya pada ilmu melebihi tujuh lautan.Sedangkan di sudut dunia yang lain, ada anak-anak yang dirayu ibu-bapanya agar menerima ilmu pendidikan kerana hati anak muda itu tidak terisi lagi roh ilmu.

 

Aku terhanyut pada watak genius Lintang dan akhirnya aku tersentak amat dengan pengakhiran nasibnya. Ah, kejam. Itu kataku ketika membacanya. Tetapi apabila Lintang menuturkan rasa syukur kerana memenuhi impian ayahnya tidak mewarisi pekerjaan ayahnya sebagai nelayan tetapi menjadi buruh kasar, aku terhenti bacaan seketika. Sayu~

 

Angota Laskar Pelangi saling melengkapi kekurangan yang lain dan aku percaya pada pengakhiran ceritanya bahawa tidak semestinya seseorang yang tidak berjaya di alam sekolah tiada masa depannya. Nasib tidak pernah belajar untuk mendahului kita selagi kita mahu mengatasinya.

 

Novel Laskar Pelangi sarat ilmu saintifik tetapi diseimbangkan dengan penceritaan yang segar dan ada kaitnya dengan jalan cerita. Pemikirannya aku kagumi, tentang cinta pertama, semangat ingin pelajar, keteguhan hati guru-guru serta kekejaman kapitalis-kapitalis. Laskar Pelangi tidak perlu kata-kata kesat mencerminkan rasa tidak puas hatinya terhadap sesuatu isu tetapi olahan ceritanya memberikan kebebasan dan ruang kepada kita kepada pembaca untuk menilai. Kita seolah-olah terpujuk ke dalam pemikiran pengarang tanpa kita sedari kita akan bersetuju dengannya. Mengagumkan!

 

Apabila anda langsung membaca siri kedua Tetralogi Laskar Pelangi,  Sang Pemimpi, anda diburu lucu pada watak-wataknya yang polos. Aku sentiasa tertawa dan kelucuannya bukanlah dibuat-buat tetapi hadir sendiri. Lucu pada watak Jimbron yang bodoh-bodoh alang dan polos, kebijaksanaan dan kelicikan Arai serta sudut pandangan Ikal yang aneh-aneh. Dahulu, ada orang cadangkan sebuah buku karya seorang penulis ini yang kononnya kelakar dan boleh ketawa bergulir-gulir membacanya tetapi bagiku karyanya biasa-biasa sahaja. Malah kelucuan yang cuba diterapkan jelas buatan dan plastik semuanya. Indah khabar dari rupa. Berbeza dengan Sang Pemimpi, kita seolah-olah disihir dengan watak-wataknya dengan aneh-aneh dan kepolosan sikapnya.

 

Sebentar anda akan jadi pilu, kemudian datangnya rasa lucu, kagum dan segalanya bergaul rata. Itulah kuasa kata-kata. Dan kuasa itu dimiliki oleh penulis bernama Andrea Hirata. Helaian bab didalam kedua-kedua buku ini bagaikan helaian mozek atau puzzle yang boleh dicantum-cantum dan disuai padan. Di saat anda tertanya-tanya perjalanan bab di buku pertama, anda boleh menemui jawapannya di buku kedua.

 

Karya tetralogi ini bukanlah karya yang sempurna kerana kesempurnaan itu bukanlah milik manusia tetapi karya ini boleh kukatakan indah dan mendatangkan kerugian pada sesiapa yan bergelar pencinta buku untuk tidak membaca. Anda akan jadi terinspirasi dan tidak menyesal memilikinya. Malah aku terpaksa mengikat perut  semata-mata mahu memiliki buku ini sepanjang bulan ini. =)

 

 

16 thoughts on “Buku Bulan Ini : Tetralogi Laskar Pelangi yang mengasyikkan”

  1. saya ada terjumpa buku ni ari tu kat mph..tapi belek2, belum beli..lepas review kamu terasa macam kena beli..thanks..🙂

    p/s : kapal kertas saya nanti kalau dah tgk, kena komen ye!!

    *saya kak adeq

    Like

  2. kak adeq : wajib beli tau.. satu buku yang bagus.. saya tak review lagi endensor.. dah baca tapi tak sempat nak review. tak sabar tunggu buku maryamah pula.

    thanks view blog ni…=) macam amna anak beli kapal kertas ni. isk2…

    Like

  3. ohh tak mengapa..rm10 je..mungkin bisa jumpa kamu di KL nanti..🙂

    meh sini address kamu..saya poskan..no problemo darling!!

    *saya suka dgn org yg suka mahu menonton filem saya yg tak seberapa..hehe

    Like

  4. aku dah baca sang pemimpi, memang best ceritanya…
    atr ayat yang sangat terkesan pada aku ialah sewaktu arai berkata pada ikal, “kalau orang seperti kita berhenti bermimpi, maka akan musnahlah hidup kita”..sebab itu aku suka bermimpi skarang..
    huhu

    Like

  5. hari tu jmpa buku ni. macm best tapi kira2 duit lari bajet plak.insyaalah ada rezeki lain kali akanku beli.pujuk hati sabarrrrr.

    Like

  6. aku dah tak sabar dah ni!mana maryamah karpov? boleh saja aku ke indonesia tapi itu tak mungkin…beli satu novel pun sudah membuatkan aku makan biskut pada waktu rehat.hu..hu..
    teringat kawan-kawan yang baca novel andrea gelak guling-guling atas katil…mengalahkan baca komik!

    Like

  7. membaca maryamah karpov bagai tunggu bulan jatuh keriba..
    bila andrea hirata nak terbit buku tu
    dan bila pula pts litera nak bawa buku-buku bagus seperti itu di malaysia..
    mesti kawan-kawan yang baca novel andrea tertarik wataknya yang polos

    Like

  8. wah, kamu ada laskar pelangi?
    uhu, saya hanya mampu beli sang pemimpi dan edensor
    puas sudah cari laskar pelangi, tak jumpa😦

    p/s: juga tak sabar menunggu maryamah kapov mendarat di malaysia😀

    Like

    1. Nabila : saya ada keempat-empat koleksi lengkap. laskar pelangi, sang pemimpi, endensor dan akhir sekali maryamah karpov.
      Maryamah karpov dikirim seorang kenalan baru dari indonesia. manis sekali.

      Like

  9. Salam kenal…

    jika boleh membantu, saya memerlukan pertolongan yang sesungguh nie…. saya begitu terdesak untuk mendapatkan naskah tetralogi ke empat-empat laskar pelangi, susah sungguh untuk mencari naskah ini di Malaysia. Jika bisa email saya ya…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s