Mengenang Sasterawan Negara S. Othman Kelantan


Waktu itu hampir 1 pagi dan saya sedang bersengkang mata menyiapkan saki baki proposal dan membaca jurnal bertimbun, saya menerima kiriman SMS daripada Kak Hanie Salwah. Isi SMS lebih kurang begini

“Ayahanda SN S. Othman Kelantan telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah dan moga Allah merahmatinya Amin”

Saya terkedu, terdiam dan sejenak terkenang. SMS itu tidak saya balas. Bukan tiada respons tetapi saya tidak terkata mahu kata apa.

Mengenali sasterawan SN S. Othman Kelantan ketika dibangku sekolah lewat cerpen Pusaran yang paradoks pada diri saya dan saya berpeluang bertentang mata dengan SN S. Othman Kelantan ketika mengikuti program MPR. Ketika itu, saya kira gelaran sasterawan Negara masih ala-ala pisang goreng panas lagi padanya. Hangat.

S. Othman Kelantan seorang yang lucu. Walaupun tubuhnya kecil molek tetapi tenaganya dan semangatnya tinggi. Waktu ceramahnya pada kami, tidak sedikit pun mood ceria turun. Ada sahaja leluconnya dan kantuk hilang dibawa pergi. Allahyarham tidak lokek ilmu, apa sahaja soalan dijawabnya. Ketika ceramahnya pada kami, saya masih ingat lagi katanya dia sedang dalam proses menulis cerita tentang pengalamannya ke Selatan Thailand. Rangka ceritanya berkisah begini, si penulis tersalah mengambil dompet orang lain yang disangkanya dompetnya sendiri. Saya tertarik pada cerita falsafah begitu. Seperti mana dia menawan saya dengan ceritera Nagogho Astana yang saya curi-curi baca di bilik simpanan perpustakaan sekolah ketika tingkatan 3.

Dunia sastera kehilangan seseorang penulis yang berwibawa dalam ceritanya. Ah, saya kira saya baru sahaja menemuinya dalam majlis sastera yang saya hadir. Namun, Allah lebih sayangkan Allahyarham.

Saya harap pojok kecil mengenang Allahyarham ini salah satu apresiasi saya terhadap Sasterawan Negara S. Othman Kelantan. Al- Fatihah~

Alasan VS Bidasan : Mengapa jarang tambah entri di blog ini?


Alasan VS Bidasan : Mengapa aku jarang tambah entri di blog ini?

  • Aku tengah sibuk sangat dengan PITA (Penilaian Tahun Akhir). Proposal aku asyik kena reject sahaja. Macam mana aku hendak tambah entri walhal tambah bahan dalam proposal pun aku sudah tidak cukup tangan?

Ah ! Itu semuanya alasan. Tidak semestinya entri kena panjang-panjang. Entri sepatah dua pun boleh asalkan ada.takkan gambar atau teka-teki pun kamu tidak boleh tinggalkan. Mana janji-janji manis kamu nak tambah entri setiap 3 hari sekali. Semuanya palsu!

  • Aku baru sahaja beli laptop baru. Window vista ini buat aku blur semacam saja. Aku sibuk kemas kini fail-fail dan cuba menyesuaikan diri dengan dengan laptop baru.

Eh! Nawaitu masih dengan laptop lama (yang selalu rosak) bukankah berbunyi begini, “Kalau aku ada laptop baru, aku akan semakin rajin menulis entri, cerpen dan cuba menyiapkan novel untuk HKSU sebelum hujung tahun ini”. Lalu mana nawaitu murni itu? Kacang lupakan kulit!.

  • Aku kekurangan klausa dan kata. Kamus dewan edisi ke-4 yang warna merah saga dan masih bau kedai itu hilang semasa dalam penyimpanan di stor ketika cuti semester. Jadi, macam susah sikit hendak dapat idea menulis. Wrgh.. aku tengah sedih ini, fahamilah sikit.

Oh, jadi bukankah kamus dewan edisi ke-3 itu masih ada lagi.. Walaupun kulitnya hijau lumut dan berbau semacam tetapi ilmu didalamnya kan boleh digunakan. Sudah ada gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi ya. Lagipun sumber idea bukankah boleh diperolehi melalui internet, akhbar dan juga jurnal tesis kamu yang menggunung itu?

  • Ala bukannya ada pembaca setia hendak baca blog aku pun. Pengunjung pun purata sehari dalam 4-5 orang saja. Itu pun dikira sekali aku yang menjadi pembaca danpengunjung tetap blog sendiri. Jadi aku tambah atau tidak tambah tidak beri kesan pada ekonomi dunia pun.

Ish, kita menulis ini kan niatnya menyebarkan ilmu. Orang nak baca atau tidak itu dibawah bidang kuasa kita. Kalau kamu pun malas nak pergi blog orang dan tinggalkan komen kat blog mereka, macam mana mereka dan bertandang dan membaca blog kamu?

Urm.. macam mana ini, setiap alasan yang diberi mesti ada bidasan. Okey, aku berjanji akan cuba memaksimumkan penghantaran entri diblog ini. Oleh itu, AKAL, jangan marah-marah aku lagi ya.

Si Tukang Bagi Alasan : Nafsuku yang pemalas

Si Tukang Bagi Bidasan : Akalku yang rasional

3 tangan dan 3 kaki


Bila kita ini insan lemah, kita kenalah tunjukkan kita ini kuat kan supaya orang tidak buli kita? Betul tak?

Tapi


Ada situasi kita tidak boleh tunjukkan kita ini terlalu kuat, nanti bila kita perlukan bantuan orang tidak mahu tolong kerana mereka sangka kita kuat dan tidak lemah.

Aku mengaku aku insan yang lemah dan serba serbi kurang dari sudut fizikal.


Sebab itu ketika aku sememangnya tidak berdaya menurunkan barang-barang yang banyak dari tingkat 5 bilik lama aku (yang kini menjadi blok lelaki) dan kemudian mengangkatnya ke tingkat 5 kembali (bilik baru aku).


Tanganku memerah, hatiku memerah juga. (tanda marah+bengang).


Dan waktu itu ramainya kaum Adam bersimpang siur dihadapan aku dan kawan-kawan.


Mereka buat tidak tahu atau mereka tidak mahu ambil tahu, itu aku tidak pasti tetapi yang aku pasti tidak ada yang hulurkan bantuan.


Aku? Aku tidak kisah. Aku angkat sahaja barang tanpa banyak soal. Mereka mahu tolong pun bagus mereka tidak mahu tolong pun tak apa. Tetapi kawan aku sangat kisah, dia fikir ini kes diskriminasi. Diskriminasi gender katanya. Aku tidak faham tapi aku angguk sahaja sebab dalam fikiranku penuh serabut dan penat.

Dan saat serabut itu , aku terdengar suara salah seorang kaum Adam yang gagah perkasa itu berkata kepada kawannya :


“Kau nak tolong budak perempuan? Tak payahlah. Barang kita pun banyak dan berlambak. Diorang pun ada dua kaki dan dua tangan macam kita. Apa kes?”

.

.

.

.

Oh! Jadi kalau kami ada 3 tangan dan 3 kaki barulah mereka nak tolong eh? baru aku faham.


Bilik di atas kayangan


Semester lepas aku dapat blok 2 tingkat 5.


Semester ini aku dapat blok 1 tingkat 5.


Dahulu aku dapat bilik kecil dan berdua


Kali ini aku dapat bilik besar dan berdua.


Aku tidak kisah bilik kecil besar.


Bilik bawahan atau bilik atas kayangan.


Aku bersyukur tidak payah pecah kepala fikir pasal rumah sewa atau apa segala benda yang menyewa.


Aku bersyukur dapat juga asrama disaat genting orang tak dapat asrama.


Tetapi persoalannya, bagaimana aku mahu pindahkan barang dari tingkat 5 blok 2 ke tingkat 5 blok 1?

.

.

.

.

. . . .

Ada sesiapa ada flying fox tak?


Sepi : Benarkan cinta tidak datang hanya sekali?


 

Filem ini aku tonton 2 kali kali. Pertama dengan teman tersayang dan keduanya dengan teman yang tak tersayang.

 

Ramuannya sama seperti filem Cinta. Cuma kali ini 3 cerita dalam satu filem. Idea unik dan baru dalam pembikinan filem di Malaysia. Buah tangan Khabir Bhatia memang aku nantikan.

 

Aku harus puji gambarnya yang cantik. Pandai mencari sudut-sudut yang indah. Bab ini aku suka ketika babak tepung berguguran, waktu Sufi ingin memulakan misi perlariannya dan saat watak khalif menahan tangan imaan (aku seakan sedar pengarang suka guna nama khalif didalam kedua-dua ceritanya)

 

Dialognya masih lagi berbisa walaupun masih tidak sekemas filem cinta. Aku melihat filem ini terlalu melankolik. Mungkin untuk mewujudkan melankolik dan suasana sepi itu, Khabir Bhatia dilihat agak berlebih-lebihan. Aku kira Khabir Bhatia harus  lebih bersederhana lagi. Sebab aku kira kesederhanaan dan realistik akan menambahkan cerita ini lebih indah.

 

Ada babak yang kurang natural seperti babak Marya membawa payung dan kebetulan pula hujan turun. Aduh.. perlu diperhalusi disitu.

 

Kalau bab lagu pula, wah, wah sedihnya.  Kalau babak tu biasa-biasa sahaja tetapi disebabkan lagu latarnya aku terasa mahu habis 2, 3 bungkus tisu.. tahniah untuk Pacai. Aku suka ketika dia menggunakan lagu vocalizing nyanyian Gita Gutawan ketika mencerminkan kesepian hati hidup Imaan. Lagu Kau ada Dia (The Lima) dan Sepi (Yuri Shara) pun boleh tahan aura ’sepinya’ dan puisi Khalil Gibran itu~ wah aku suka juga.

 

Kata kawan aku , sepi ini tidak sehebat filem Cinta, dia menjadi kecewa (Tulah aku dah cakap jangan letak harapan yang tinggi). Kawan aku lagi satu kata filem Sepi seperti 3 cerpen yang dihimpunkan dalam satu filem. Bagiku cukuplah aku katakan, aku memuji produksi filem Sepi kerana membuatkan aku berpeluang menatap filem yang indah setelah lemas dengan filem-filem yang cacar marba.

 

Sebagai rakyat Malaysia yang Budiman, aku kira Filem Sepi harus ditonton dan disokong. Hidup Filem Malaysia.

 

P/s : benarkah cinta itu tidak datang hanya sekali?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 titik dalam hidupku


Aku melalui satu kitaran perkenalan yang normal hari ini. Bertemu, dan akhirnya berpisah. Kalau dalam filem Sepi, akan persoalankan ”mengapa bertemu kalau untuk berpisah?” Aku akan jawab semua hidup ini pasti ada vice versa. Malah ketika aku sekolah rendah lagi sudah diajar wujudnya kata nama antonim. Lalu harusnya benda didunia wujudnya berpasangan. Lelaki-perempuan, kecil-besar, begitu juga bertemu-berpisah.


Hari ini menambahkan titik kekecewaan dalam hidup ini. Tidak mengapalah. Lantaran aku ini perempuan jawa yang teguh jiwa. Bukan bisa menangani kesedihan dengan air mata tetapi dengan kata-kata.


Bohong untuk aku katakan aku tidak langsung ada rasa sedih. Malah bernaka-naka dalam diri tetapi aku percaya kesedihan hari ini akan terubat jua.


Doakan aku menempuhi kekecewaan ini dengan jiwa yang betul-betul tabah tanpa air mata. Ameen~