Sepi : Benarkan cinta tidak datang hanya sekali?


 

Filem ini aku tonton 2 kali kali. Pertama dengan teman tersayang dan keduanya dengan teman yang tak tersayang.

 

Ramuannya sama seperti filem Cinta. Cuma kali ini 3 cerita dalam satu filem. Idea unik dan baru dalam pembikinan filem di Malaysia. Buah tangan Khabir Bhatia memang aku nantikan.

 

Aku harus puji gambarnya yang cantik. Pandai mencari sudut-sudut yang indah. Bab ini aku suka ketika babak tepung berguguran, waktu Sufi ingin memulakan misi perlariannya dan saat watak khalif menahan tangan imaan (aku seakan sedar pengarang suka guna nama khalif didalam kedua-dua ceritanya)

 

Dialognya masih lagi berbisa walaupun masih tidak sekemas filem cinta. Aku melihat filem ini terlalu melankolik. Mungkin untuk mewujudkan melankolik dan suasana sepi itu, Khabir Bhatia dilihat agak berlebih-lebihan. Aku kira Khabir Bhatia harus  lebih bersederhana lagi. Sebab aku kira kesederhanaan dan realistik akan menambahkan cerita ini lebih indah.

 

Ada babak yang kurang natural seperti babak Marya membawa payung dan kebetulan pula hujan turun. Aduh.. perlu diperhalusi disitu.

 

Kalau bab lagu pula, wah, wah sedihnya.  Kalau babak tu biasa-biasa sahaja tetapi disebabkan lagu latarnya aku terasa mahu habis 2, 3 bungkus tisu.. tahniah untuk Pacai. Aku suka ketika dia menggunakan lagu vocalizing nyanyian Gita Gutawan ketika mencerminkan kesepian hati hidup Imaan. Lagu Kau ada Dia (The Lima) dan Sepi (Yuri Shara) pun boleh tahan aura ’sepinya’ dan puisi Khalil Gibran itu~ wah aku suka juga.

 

Kata kawan aku , sepi ini tidak sehebat filem Cinta, dia menjadi kecewa (Tulah aku dah cakap jangan letak harapan yang tinggi). Kawan aku lagi satu kata filem Sepi seperti 3 cerpen yang dihimpunkan dalam satu filem. Bagiku cukuplah aku katakan, aku memuji produksi filem Sepi kerana membuatkan aku berpeluang menatap filem yang indah setelah lemas dengan filem-filem yang cacar marba.

 

Sebagai rakyat Malaysia yang Budiman, aku kira Filem Sepi harus ditonton dan disokong. Hidup Filem Malaysia.

 

P/s : benarkah cinta itu tidak datang hanya sekali?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

11 thoughts on “Sepi : Benarkan cinta tidak datang hanya sekali?”

  1. ye.. kita serasi. aku suka watak imaan diantara watak-watak yang ada. aku kira imaan mencerminkan jiwa yang sepi. kerana sepi itu dia mewujudkan watak khalif walaupun khalif sudah meninggal dunia….

    Like

  2. huh! kau kata aku jiwang?
    huh! ancaman sunguh kata-kata kau tu..
    ditegaskan, aku tak jiwang2 tapi aku ni romantis..;)
    hazwan, kau pun jiwa-jiwa gak.
    kak adeq suruh aku tumpang kau pi screen talk. jgn kedekut nak tumpangkan aku. aku ni tgh belajar kat negeri kau yang tercinta tau

    Like

  3. alah, lebih kurang la tu, ibarat roti canai dan capati, sama walaupun berbeza…haha
    adoi, bkn x nak kasi tumpang, tapi aku naik motor n dah ade kawan aku ikut gak, ko nak duk mane camtu, ayooo….
    n, belajar lah elok2 kat negeri ‘tercinta’ aku tu ya…haha

    Like

  4. isk2…. yelah tu hazwan.. aku bersetuju dengan kata2 anda.. huk huk
    siapalah aku nek menumpang kau walaupun sekadar motor =)
    neway best tak screen talk. aku seriusly tak leh gi walaupun masa tu aku dekat gile dgn rumah pena. ada hal loh!

    Like

  5. aku pergi, tapi rasenya yg lepas lagi best, tak tahu nape, mgkn x ramai org yang aku kenal hadir, so rasa mesra tu tak hadir dalam diri…

    weh, bila karya ko nak tersiar kt akhbar/majalah ni…

    Like

  6. sob2.. aku tak dapat pergi..

    karya aku satu dua je yang tersiar kat majalah.. yelah
    aku ni bukan pandai sgt pun buat cerita…

    sebelum kau pergi program.. rasanye kena buat homework kan? barulah rasa besh!

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s