Mengenang Sasterawan Negara S. Othman Kelantan


Waktu itu hampir 1 pagi dan saya sedang bersengkang mata menyiapkan saki baki proposal dan membaca jurnal bertimbun, saya menerima kiriman SMS daripada Kak Hanie Salwah. Isi SMS lebih kurang begini

“Ayahanda SN S. Othman Kelantan telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah dan moga Allah merahmatinya Amin”

Saya terkedu, terdiam dan sejenak terkenang. SMS itu tidak saya balas. Bukan tiada respons tetapi saya tidak terkata mahu kata apa.

Mengenali sasterawan SN S. Othman Kelantan ketika dibangku sekolah lewat cerpen Pusaran yang paradoks pada diri saya dan saya berpeluang bertentang mata dengan SN S. Othman Kelantan ketika mengikuti program MPR. Ketika itu, saya kira gelaran sasterawan Negara masih ala-ala pisang goreng panas lagi padanya. Hangat.

S. Othman Kelantan seorang yang lucu. Walaupun tubuhnya kecil molek tetapi tenaganya dan semangatnya tinggi. Waktu ceramahnya pada kami, tidak sedikit pun mood ceria turun. Ada sahaja leluconnya dan kantuk hilang dibawa pergi. Allahyarham tidak lokek ilmu, apa sahaja soalan dijawabnya. Ketika ceramahnya pada kami, saya masih ingat lagi katanya dia sedang dalam proses menulis cerita tentang pengalamannya ke Selatan Thailand. Rangka ceritanya berkisah begini, si penulis tersalah mengambil dompet orang lain yang disangkanya dompetnya sendiri. Saya tertarik pada cerita falsafah begitu. Seperti mana dia menawan saya dengan ceritera Nagogho Astana yang saya curi-curi baca di bilik simpanan perpustakaan sekolah ketika tingkatan 3.

Dunia sastera kehilangan seseorang penulis yang berwibawa dalam ceritanya. Ah, saya kira saya baru sahaja menemuinya dalam majlis sastera yang saya hadir. Namun, Allah lebih sayangkan Allahyarham.

Saya harap pojok kecil mengenang Allahyarham ini salah satu apresiasi saya terhadap Sasterawan Negara S. Othman Kelantan. Al- Fatihah~

3 thoughts on “Mengenang Sasterawan Negara S. Othman Kelantan”

  1. weh, sal ko x pegi majlis diskusi mantan MPR…
    pastu malam tu aku pg maskara lak, peh, best gla…
    jgn jeles ya…
    hehe

    Like

  2. haha..
    aku ni kat negeri kau yang tercinta. sibuk dgn banyak benda.
    kan aku sekrang ni final year..

    aku ingat kat maskara tu ada sorang yang baca sajak, namanya azree ariffin kalau tak silap. member aku tu.

    tahun lepas tyme diskusi karya tu, karya aku didiskusikan dan aku jadi emcee. haha..
    so tak jeles pun

    Like

  3. Kita semua telah kehilangan seorang sasterawan yang mahir dalam bidang akademik dan kreatif kerana Tuhan lebih menyayangi dirinya. Sebagai isterinya tiada lagi air mata yang mampu mengalir dan tiada lagi kata-kata yang bisa dibicarakan tentang Allahyarham. Sebagai insan yang menjaga segala keperluannya semasa dia sakit selama 14 hari di hospital…..Entahlah saya redha pemergiannya. Saya menjaganya dengan penuh kasih sayang. Setia duduk di sisinya dan setiap malam dia akan menggenggam tangan saya tatkala dia tidur. Tetapi dia telah memberikan saya hadiah yang begitu berharga dan tidak ternilai dari wang ringgit atau emas, iaitu seorang puteri yang berusia 6 tahun yang bijak dan tabah apabila. mengetahui “Abahnya” kini berada bersama Allah. Setiap petang kami akan ke kubur kerana dia ingin berdoa untuk “abahnya” dan ingin “Abah” mendengar suaranya. Kemudian dia akan menaburkan bunga crysantimun di atas pusara “Abahnya”. Tetapi apabila menatap gambar “Abahnya” yang saya ambil 3 hari sebelum dia pergi. Sharifah Nurhannah akan menanggis dan dia ingin “abahnya” kerana dia menyaksikan keadaan diri abahnya bermula dari sakit hingga disemadikan dengan sempurna. Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    Ikhlas,
    Pn. Dian

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s