Ahlan ya Ramadan


Ahlan ya Ramadan. Moga aku mampu menghabidkan kitabMu, tuntutanMu. Aminn~

Advertisements

Dunia itu dan aku~


Entri ini dedikasi untuk dunia yang aku telah tinggalkan( Mafkan aku kerana memilih jalan ini)

Mengenali dunia penuh mistik dan sihir ini sering membuatkan aku teruja. Teruja untuk menjelajah dan meneroka. Merasai apa yang dikatakan kepuasan dan makna menang.

Tetapi di itahap ini aku sedar, bahawa jodoh aku dan dunia ini sebenarnya tiada. Sudah bernoktah lama.

Ramai orang kalau berjumpa aku mesti bertanya 2 soalan wajib

“Mengapa kau tak ambil Law?”

“Mengapa tak join team debat?”

Mungkin sebab aku suka bercakap tanpa had

Mungkin sebab aku suka keluarkan idea bangkang-bangkang

Mungkin sebab aku suka cakap isu semasa dihadapan orang buta info baru

Baik! Aku menjawab persoalan ini. Bukan aku tidak mahu mengambil Law malah aku tinggal selangkah untuk terus melangkah ke dunia itu tetapi aku akur bahawa hidup aku di dunia ini bukan hanya berkisar tentang aku sahaja. Ada hati yang perlu aku jaga, ada hasrat yang perlu aku tunai. Maka surat tawaran Asasi Undang-undang dari UITM itu aku tolak dengan hati luluh, hampa, sedih kecewa dan aku menangis dengan teruknya setahun kemudian.

Dan agaknya mengapa setelah kecewa tidak dapat memasuki dunia lawan-lawan cakap ini, aku tidak terjun dalam arena perdebatan dengan tagline „Membawa anda menjelajah universiti-universiti seluruh Malaysia“(tagline kelab debat Varsiti tepi Laut)?

Pertamanya, aku lelah dengan drama swasta dan penuh emosi. Aku hanya ingin menyertai dengan misi memperkasa skill yang ada. Bukan untuk terlibat dengan drama-drama dan situasi tarik-menarik atau kes kipas2…

Keduanya, aku sentiasa menemui nasib malang apabila terjun dalam arena ini. Bermula dari sekolah menengah sampai di zaman varsiti. Aku selalu berjodoh dengan orang-orang yang tidak serasi serta tidak seperahu dan orang-orang ini menolak-nolak kita terjatuh kedalam sungai. Aku mengucapkan tahniah untuk mereka yang menemui nasib yang baik dalam dunia ini dan berjaya

Dan banyak lagi sebab yang menyayat dan menyakitkan hati. Dan setelah ditimbal-timbal , aku mengambil keputusan berundur dan beralah. Biarlah aku berdebat isu-isu ini di `warung kopi’ sahaja. Mungkin di `cafe’ aku tidak layak.

Maafkan aku untuk ucapan selamat tinggal pada dunia yang aku cintai sekian lama, yang aku tidak pernah pernah benci pun. Benarlah mencintai itu tidak semestinya memiliki.

Puisi : Tanpa Nama


TANPA NAMA

Hujan merenyai sedih

Pelangi menampakkan diri

Wajah pelangi ada warna-warna indah dan duka

Indah : Itu warna nyata

Duka : Itu warna dalam,kelam

Paradoks

Senyum bukan makna suka

Tawa tidak cermin gembira

Bahasa warna itu arbitrari

Tafsir selapis bukan maksud terpamer

Jangan duga lawan itu memaafkan

Dendam bukan hilang disiram hujan

ainunL.muaiyanah

19.08.08

Aku kira jodoh Tanah Melayu dan Borneo itu satu jodoh yang unik


Aku kira jodoh Tanah Melayu dan Borneo itu jodoh yang unik

Ini kenyataan peribadi. Anda tidak setuju dengan kenyataan ini? Itu masalah anda, bukannya aku.

Bila masuk bulan merdeka ini,aku mula ingin menulis entri-entri ada bau-bau patriotik.

Dari segi geografinya, aku yakin Tanah Borneo itu jauh berbanding dengan Sumatera. Malah kalau yang selalu menggunakan perkhidmatan Air Asia & MAS, anda akan nampak dengan jelas, tambang ke Tanah Borneo jauh lebih mahal berbanding ke Sumatera sebab jarak Sumatera dengan Malaysia itu lebih dekat berbanding dengan Borneo.

Malah kalau dilihat dari susur galur sejarah, hubungan Tanah Melayu dengan Sumatera itu bagaikan jalinan tali yang dipintal untuk menyimpul sesuatu. Erat dan akrab. Jika diberi peluang bukankah Sumatera merupakan rakan ideal untuk membentuk sebuah Negara yang baru? Akrab pada sejarahnya, senada dengan budayanya?

Sayangnya, jodoh erat ini bagaikan sudah terpasung saat perjanjian Inggeris-Belanda termeterai. Perjanjian yang menggariskan sempadan jajahan Inggeris-Belanda. Lihatlah bagaimana orang luar mengangkang kedaulatan negara kita dan semudahnya mengubah geografi dan sejarah wilayah nusantara ini atas dasar kekayaan dan kita bagai tak punya suara.

Perjanjian itu bagaikan merampas takdir dan jodoh antara Sumatera-Tanah Melayu

Aneh? Kehilangan Sumatera membuatkan Tanah Melayu mula memandang Borneo sebagai sekutu baru.

Ketika pembentukan Tanah Melayu, Borneo dilihat bagaikan satu sekutu baru. Walaupun berbeza dari galur sejarah kecuali penjajah yang sama, Borneo dijemput menyertai Persekutuan Tanah Melayu. Sukar awalnya tetapi hasilnya berjaya juga.

Dan aku tetap rasa jodoh Tanah Melayu-Borneo itu satu jodoh yang unik. Walaupun presepsi dan diskriminasi rasa antara Tanah Melayu-Borneo masih ada, namun seperti jodoh asam dan ikan yang berbeza bukankah bertemu juga di belanga dan mewujudkan rasa yang unik?

Lalu aku masih tetap merasakan jodoh Tanah Melayu-Borneo itu jodohnya unik. Jodoh yang tidak dijangka. Bagaimana sesuatu yang kita tidak sangka menjadi jodohkita. Anda masih tidak setuju, terserah. Ini Negara demokrasi dan aku masih ada kebebasan menyatakan pendapat (walaupun hakikatnya tidak)

Paradoks 2 : Berdusta pada malam


Paradoks kedua yang aku temui dalam diriku.

Aku suka tidur. Tidur terapi untuk aku bila aku marah, sedih, letih.

Tidur sinonim dengan waktu malam sebab orang selalu tidur pada waktu malam. Anda faham bukan?

Tetapi aku yang suka tidur ini selalu sahaja berdusta pada malam. Bukan sekali tetapi berkali-kali, berhari-hari, berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Ah aku bukan insomnia atau nokturnal Ah bukan! Anda kurang faham?, abaikan sebentar benda itu.

Malah sejak FYP bermula, aku semakin menjadi-jadi berdusta pada malam.

Aku tidak tidur malam, berjaga hingga pagi, tidur diantara masa terluang waktu siang. Aku jadikan malam itu siang, siang itu malam.

Biology clock aku jadi tungang-langgang dan teruk betul!

Malam, jangan biar siang.

Biar proposal dan kerja rencam aku siap. (ngengeh)

Maaf malam, izinkan aku berdusta pada kamu. Waktu ini izinkan aku menjadi nocturnal dan jangan buaikan aku pada indahnya mimpi. Tolong~

Paradoks 1


Aku terjumpa kamu di antara bau buku yang menerpa tetapi masihkah ada kamu lagi, di situ?

Aku menemui unsur paradoks dalam diri. Aku tak membenci orang itu tetapi aku tidak suka padanya. Lalu?

Ah ironinya..

Tolong! Jgn membuatkan aku membenci kamu!

Sebab sifat kebencian itu bisa membuatkan aku tidak mengenali siapa aku.

Saat Sekeping kad menyapa.


Ucaptama : Entri ini pernah disiarkan diblog lama aku pada Februari tahun ini. Disebabkan tuan punya puisi telah membalas email, maka aku dengan berbesar hati dengan ini menyiarkan entri ini untuk kedua kalinya.

hati saya pun berbunga

seperti kuntum mekar

menanti cahaya panahan suria”

Dahulu saya pernah jatuh cinta pada satu puisi yang tersiar di Dewan Siswa seingatnya sekitar tahun 2002. Saya tulis alamat penulisnya dalam buku kecil dan bersungguh akan cuba menghantar email sebab saya sememangnya jatuh cinta sejak pertama kali membaca puisinya. Akhirnya saya terlupa atas banyak sebab.

Sebab pertamanya saya takut nak mulakan menghantar email kenal-kenal ni. Takkanlah isi email itu berbau begini “Abang A****, saya minattttttttttttt dan jatuh cintaaaaaaaaa sangat dengan puisi abang.” Mahunya di delete email saya tanpa terus membacanya. Sebab keduanya buku kecil itu hilang semasa saya berkemas dihujung tahun. Mungkin ada toyol atau jin-jin yang berminat membaca coret-coret saya yang herot dan tak teratur. Sebab ketiganya kerana entah saya pun dah lupa~.=)

Kini setelah enam tahun saya menyimpan cinta (sebab cinta saya dah jatuh kan) akhirnya saya bertemu juga dengan tuan punya puisi yang membuat cinta saya bergolek-golek terjatuh. Huh… saya jumpa kembali puisi yang saya suka amat itu dan tentu nama penuh serta alamat emailnya. Oh dia orang utara. Ketika itu saya sudah teringat sebab keempat mengapa saya tidak mengantar email padanya dulu-dulu. Sebab dia orang UTARA. =)

Setelah saya jumpa email dan namanya terus saya taip di ruang carian, manalah tau kot-kot terjumpa. Usaha saya berhasil, saya terjumpa blognya. Sampai kini saya masih lagi belum menghantar email padanya ataupun meninggalkan jejak-jejak kaki, tangan di blognya. Dan alasan saya tak email si penulis itu menjadi bertambah-tambah.

Tapi kes jatuh cinta ini berulang kembali. saya memarahi diri, mengapa hati saya tidak tergerak untuk mencarinya lebih awal sebab rupanya dia study tersangatlah hampir dengan kg halaman saya. Kalau tidak bolehlah kami bertentang mata dan bercanda di meja kopi. Sekarang penulis itu baru sahaja menamatkan pengajiannya di UNIVERSITI KERAJAAN SWASTA. Isk2.. dan saya terlepas untuk menonton teater arahannya yang bertajuk SAKIT, teater terakhirnya sebelum bergelar graduan. Isk~.


Malah setelah mengunjung blognya barulah saya sedar saya juga sudah lama jatuh cinta pada karya-karyanya yang lain selama bertahun-tahun cuma saya tak pernah sedar. Karyanya minimilas tetapi wacananya ada. Oh dia tidak perlu kontroversi dalam karya tetapi saya rasa ada bias sindir-menyindir dan maksud itu terhantar tepat. Saya simpan karya-karyanya dalam bentuk softcopy (maaf, bukan untuk plagiat ya).

Sebenarnya saya juga jatuh cinta pada cerpen yang tersiar pada bulan yang sama dan majalah yang sama. Malah saya telah bertentang mata dengan penulis cerpen itu. Penulis cerpen itu pantas saya kenali lantaran karyanya yang agresif tersiar berbanding si penulis sajak ‘sekeping kad’ itu. (pengajarannya pada saya jangan tidak aktif berkarya, nanti pembaca (baca :peminat ) lari..hehe~)


Tetapi saya rasa, saya akan email si penulis itu juga suatu hari nanti. Sebab? Ketika cerpen Mencari Qudwah tersiar di Dewan Siswa ada beberapa orang pembaca (baca : peminat) mengutus email mengucapkan minatnya pada cerpen saya. Bunga-bunga menguntum dihati dan saya makin bersemangat untuk berkarya. Mungkin teknik ni menjadi padanya siapa tau kan??? Huh~

ANEKDOT

Hendak tahu puisi si penulis yang membuat saya jatuh cinta hampir 6 tahun lamanya? Ada orang bertanya “yana , kau jatuh cinta selama 6 tahun hanya kerana sebuah puisi?.” Hello! Satu puisi atau satu kata pun boleh merubah dunia dan nasib seseorang tau. Kau apa tahu.


Sekeping Kad (Dewan Siswa Februari 2002)

Sekeping Kad

Ada bait kecil larik tinta biru

Terjambak gambar depan

Ropol bunga harum wangi

Pada bingkis bintik pecah merah jambu

Kukoyakkan garis lurus panjang

Dengan hati tertanyakan

Itukah engkau yang selalu lenyap

Ketika atmaku menjentik gelisah
Dan mestikah kali ini
Kau tangkaikan
Bingkai kenangan lalu
Biarpun gundahku itulah
Ingatan hijau yang kau biarkan lembik
Dikeronyok masa

Dan..
Sekeping kad ini
Bersama nama tidak tertulis
Ada rindu yang terkucur
Pada malam tiris hujan
Sendu ini menjadi lecur

A**** O*****

Alor Star