Aku kira jodoh Tanah Melayu dan Borneo itu satu jodoh yang unik


Aku kira jodoh Tanah Melayu dan Borneo itu jodoh yang unik

Ini kenyataan peribadi. Anda tidak setuju dengan kenyataan ini? Itu masalah anda, bukannya aku.

Bila masuk bulan merdeka ini,aku mula ingin menulis entri-entri ada bau-bau patriotik.

Dari segi geografinya, aku yakin Tanah Borneo itu jauh berbanding dengan Sumatera. Malah kalau yang selalu menggunakan perkhidmatan Air Asia & MAS, anda akan nampak dengan jelas, tambang ke Tanah Borneo jauh lebih mahal berbanding ke Sumatera sebab jarak Sumatera dengan Malaysia itu lebih dekat berbanding dengan Borneo.

Malah kalau dilihat dari susur galur sejarah, hubungan Tanah Melayu dengan Sumatera itu bagaikan jalinan tali yang dipintal untuk menyimpul sesuatu. Erat dan akrab. Jika diberi peluang bukankah Sumatera merupakan rakan ideal untuk membentuk sebuah Negara yang baru? Akrab pada sejarahnya, senada dengan budayanya?

Sayangnya, jodoh erat ini bagaikan sudah terpasung saat perjanjian Inggeris-Belanda termeterai. Perjanjian yang menggariskan sempadan jajahan Inggeris-Belanda. Lihatlah bagaimana orang luar mengangkang kedaulatan negara kita dan semudahnya mengubah geografi dan sejarah wilayah nusantara ini atas dasar kekayaan dan kita bagai tak punya suara.

Perjanjian itu bagaikan merampas takdir dan jodoh antara Sumatera-Tanah Melayu

Aneh? Kehilangan Sumatera membuatkan Tanah Melayu mula memandang Borneo sebagai sekutu baru.

Ketika pembentukan Tanah Melayu, Borneo dilihat bagaikan satu sekutu baru. Walaupun berbeza dari galur sejarah kecuali penjajah yang sama, Borneo dijemput menyertai Persekutuan Tanah Melayu. Sukar awalnya tetapi hasilnya berjaya juga.

Dan aku tetap rasa jodoh Tanah Melayu-Borneo itu satu jodoh yang unik. Walaupun presepsi dan diskriminasi rasa antara Tanah Melayu-Borneo masih ada, namun seperti jodoh asam dan ikan yang berbeza bukankah bertemu juga di belanga dan mewujudkan rasa yang unik?

Lalu aku masih tetap merasakan jodoh Tanah Melayu-Borneo itu jodohnya unik. Jodoh yang tidak dijangka. Bagaimana sesuatu yang kita tidak sangka menjadi jodohkita. Anda masih tidak setuju, terserah. Ini Negara demokrasi dan aku masih ada kebebasan menyatakan pendapat (walaupun hakikatnya tidak)

Advertisements

3 thoughts on “Aku kira jodoh Tanah Melayu dan Borneo itu satu jodoh yang unik”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s