Misi berani-mati di friendster


Aku dah jarang buka friendster. Entah kenapa. Malas!

Lalu, ketika hari raya yang dah nak dekat ni, aku bercadang untuk merapatkan silaturahim dikalangan kawan-kawan aku yang terputus hubungan diluar tetapi masih berhubung di fs itu. Kang mereka kahwin tak ajak aku pula. Kang mereka kata aku sombong pula. Dan dalam rangka cadangan itu, aku akan wish semua kawan-kawan aku di fs ‘Selamat Hari Raya’.

Pukul 1.00 pagi:

Aku mulai buka page dan memulakan misi.

Pukul 1.30 pagi:

Aku baru selesai wish kawan-kawan aku yang berpangkal A. Ada 15 page lagi tidak jenguk

Pukul 2.00 pagi:

Aku berjaya wish kawan-kawan yang berpangkal A-D. Satu pencapaian yang bagus (walhal tidak ramai kawan-kawan berpangkal D, memanglah cepat wish)

Pukul 3.00 pagi:

Page ada lagi 10. Kawan ada lagi lebih 200. yana, usaha! Usaha! Usaha!

Pukul 3.30 pagi :

Aku sudah tidak larat. Maaf kawan-kawan yang tidak sempat diucapkan selamat hari raya. Nanti aku wish pakai msg ya.

Selepas raya ini, aku akan delete list kawan-kawan dalam friendster yang tidak pernah ada hubungan langsung dengan aku tetapi sengaja hendak menjadi kawan aku. Maaf, friendster dalam erti hidup aku adalah untuk kawan-kawan yang mengenali dan pernah berhubungan dengan aku walaupun sedetik (pernah satu sekolah, satu matrik, satu universiti, satu program, ). Untuk mereka yang sengaja nak penuhkan daftar friend list sahaja tanpa berniat untuk kenal, aku bukan orangnya. Jadi, aku akan delete mereka dalam friend list aku

Sekian

Birungu : Rasa kagum dengan mereka yang tanpa jemu dan tabah untuk ucapkan selamat hari raya untuk semua kawan-kawannya di frienster. Tahniah dan terima kasih untuk semua itu.

Eh2 Tidak sama ke? sama kan?


Ketika itu kami sedang berbuka puasa sambil menonton cerita melayu – 5 Jingga dari 8tv.

Pasal budak-budak sekolah yang ‘gila’ pada kumpulan cheers. Aku fikir pengarah cerita ini nak tonjolkan atmosfera budak sekolah zaman sekarang ala-ala ‘High School Musical’. Apakah?

Ada satu scene, budak sekolah ini hendak minta sponsor untuk kumpulan cheers mereka. Budak ini pergi ke setiap kompeni korporat tetapi tidak ramai hendak sponsor.

Aku:

“Susahkan nak minta sponsor ini.”

Nana(Teman Sebilik):

“Iyalah. Kan minta sponsor ini lebih kurang macam minta derma”

Aku:

“Eh mana adalah sponsor tak sama macam derma la. Kalau derma, kita beri tanpa mengharapkan imbalan tetapi kalau sponsor ini kita beri untuk dapat imbalan contoh pengiklanan ke. Macam konsep simbiosis”

Nana:

“Tapi, lebih kurang je macam minta derma. Konsep yang sama word je berbeza. Kalau kata minta derma ni, jatuhlah saham si peminta. Kalau cakap sponsor ini, up la sikit.“

Aku:

Isk2. Tidak setuju

Nana:

Sama je macam subsidi dan intensif. Kenapa kalau bagi kat nelayan, kerajaan cakap bagi subdisi tetapi kalau untuk projek-projek besar, kerajaan cakap bagi intensif. Padahal sama je konsepnya, wang ehsan, wang bantuan. Sebab malulah kalau cakap ‚kami peruntukkan subsidi untuk projek mega Jambatan Indah. Macam tidak mampu je nak tanggung projek. Tapi kalau cakap kami peruntukan intensif untuk projek mega. Kan gah itu. Tapi untuk rakyat, kami bagi subsidi a.k.a wang ehsan dan wang bantuan. Sebab kita ini golongan bawahan, tak yah nak jaga air muka sangat.

Aku:

(Angguk-angguk)

Apa boleh buat. Bahasa kan sifatnya arbitrari.

Perbendaharaan kata:

Intensif = dgn giat dan sungguh-sungguh

Subsidi = wang bantuan yg diberikan oleh kerajaan kpd sesuatu perbadanan

Derma = bantuan yg berupa wang (kpd perkumpulan dll), pemberian yg ikhlas, sedekah (kpd orang miskin dll)

Taja @ Sponsor= membiayai rancangan radio atau televisyen sbg ganjaran masa tayangan iklan

Sumber : Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat dan http://www.dbp.gov.my

Aku dieksploitasi! Sungguh!


Pertamanya harus diingatkan disini, aku sememangnya bukan golongan yang gipang (gila pangkat), mencapap (mencari publisiti murahan) dan kata yang seakronim dengannya.

Tapi apabila kawan-kawan minta tolong, aku jenis yang susah untuk kata tidak dan benda-benda macam inilah yang mendorong (mungkin) untuk aku cenderung kepada gelaran di atas.

Baik!

Situasinya begini.

Aku sedang duduk bersenang-lenang di café.

Seorang kawan datang minta tolong dan matanya bersinar-sinar penuh kasihan.

Aku tidak sampai hati menghampakan harapan dia.

Dan

Aku ditarik ke tempat kejadian

Untuk menjadi..

.

.

.

.

.

Pelakon extra! Cis!

Inilah kawasan kejadian tersebut..


Tapi diakhir waktu shotting-shotting ni aku dapat RM RM RM.. wah kayo den!

P/s : Saya dengan ini menasihatkan pembaca blog ini agar tidak menonton drama Bila Purnama Rebah ketika dekat-dekat waktu raya di RTM jikalau anda tidak mahu mendengar seorang gadis berkurung didalam biliknya waktu raya lantaran perasaan segan melampau. Sekian.

Kami sayang varsiti tepi laut 1


Kalau anda melalui jajaran panjang dihadapan varsiti tepi laut, pasti anda akan rasa kagum pada keindahan panorama dan cantiknya bangunan-bangunan di dalamnya. Tetapi harus ingat, yang anda nampak itu bangunan pentadbiran, Dewan Sultan, Perpustakaan Permaisuri, lampu neon. Bukan dewan kuliah, ingat tu?

Apabila anda nampak pokok-pokok indah dan bunga-bunga yang tersusun cantik jangan fikir itu tumbuhan endemik di varsiti tepi laut kerana kawasan asal varsiti sebenarnya haruslah pokok-pokok bakau mencacak atau cemara yang menjulang yang kini hilang diranap pembangunan

Jika anda lihat selusur gajah yang cantik bagaikan menyalin artifak-artifak taman bunga tempat selalu bercanda percayalah peratusan pelajar yang melalui kawasan tersebut tidak mencecah 1%. Si tukang lalu adalah kakitangan varsiti yang anggun dan kacak berbaju batik tidak boleh berpeluh itu. Hampir 100% pelajar melalui kawasan tempat biawak yang sedang berjemuran yang tidak sekali pun dijejaki kakitagan varsiti dan tidak berbumbung. Panas dan bias lencun pabila hujan.

Kami tidak marah apabila yuran pengajian kami digunakan untuk membina artifak-artifak megah mewah yang kononnya untuk kegunaan kami kelak (kalau tiada kerenah birokrasi). Kami tidak marah apabila peruntukan jabatan tiada untuk membiayai projek FYP kami yang bertebaran diseluruh negeri sehingga menguras duit poket kami. Tidak kami tak marah. Kami sayang varsiti tepi laut.

Kami pun tidak boleh marah-marah sayang apabila projek-projek gajah putih yang cantik dan melata dibina di tanah varsiti tepi laut ini membuahkan senyum kakitgn varsity dan menitiskan air mata pelajar.

Kami tetap sayang varsiti tepi laut. Varsiti ini yang akan bagi beri kami sekeping kertas bermakna untuk meneruskan hidup di masa

Filem Laskar Pelangi di pawagam


Berita hangat untuk kipas-susah-mati tetralogi Laskar Pelangi.

Filem Laskar Pelangi akan ditayangkan di pawagam bermula 25 September ini. Wah!. Mengujakan!

Tetapi hanya di Indonesia sahaja. Harap filem ini cepat-cepat masuk ke pawagam Malaysia dengan promosi hebat dan hangat.

Yang paling best, dengar cerita buku Maryamah Karpov akan dikeluarkan sejurus filem ini ditayangkan.

Soundtrack by Nijdi – Laskar Pelangi dan Gita Gutawa – Tak perlu keliling Dunia. Sedap lagu-lagu mereka. Harap filem ini sehebat yang digempar-gempurkan.

Nijdi – Laskar pelangi mp3.

Gita Gutawan – Tak perlu keliling dunia

Birungu : Bukan tak sokong filem Malaysia ya

Lagu tudung periuk : Serangkap pantun yang pilu


Tudung periuk hai pandailah menari,

Menarilah lagu putera mahkota

Kain lah yang buruk hai berikan kami

Buat menyapu si air lah mata

Kecintaan aku pada lagu-lagu klasik ini sudah lama dan pelik sebab tiada satu pun ahli keluarga aku terlibat dalam kes kipas-susah-mati khutub khanah klasik nasional fm ini. Pertama kali menyukai lagu ini apabila terjumpa cebisan kata dalam lagu ini di antara novel Noor Suraya yang kemudiannya membuatkan aku memburu lagu ini di mana-mana kerana aku ingin dengar bagaimana pantun sedih ini dilagukan.

Ada kenangan indah tentang lagu ini. Suatu hari ketika aku belajar di varsiti Lembah Pantai, aku sedang makan dan bunyi seruling bersenandung menyerkup keheningan cafe waktu itu. Aku mencari dan terjumpa seorang yang sedang asyik meniup seruling di salah satu gerai makan di sana. Lantas aku meminta abang itu meniupkan senandung lagu tudung periuk dan saat itu aku benar-benar jatuh cinta. Sungguh! Pada lagu itu, pada indahnya melodi dan kata, bunyi seruling yang mersik, pada kesedihan-pilu yang membalut. Indah!

Kecintaan aku pada lagu ini aku selitkan di salah satu cerpen yang tersiar di Dewan Siswa Mac 2007 ‘Rahsia Hatimu’. Lagu yang sedih dan pilu dimana mendapat komen yang baik daripada Mawar Shafie kerana menyelitkan lagu tersebut.

Lagu Tudung Periuk ini terselit di dalam filem SUMPAHAN SEMERAH PADI lakonan P. Ramlee. Filem yang aku gemar kerana skripnya yang indah. Jatuh cintalah pada lagu klasik ini. Pantun yang serangkap ini merangkum seluruh rasa sedih yang ada.

Birungu : Lagu ini mengingatkan aku tentang seseorang. Kenangan yang pedih tetapi menjadi nostagia yang indah.

Bila kehilangan itu menjemput


Salah seorang ayah kawan aku meninggal dunia semalam.

Al-Fatihah untuk sahabat aku. Semoga dia tabah.

Kematian itu suatu yang pasti dan aku ingat akak aku pernah berpesan

Yana, kita kena bersedia menerima kehilangan abah dan ibu pada bila-bila masa

Aku tahu makna kata akak. Abah sudah tua dan kami patut rasa bersyukur abah masih melihat kami membesar dan aku masuk ke universiti. Abah punya 1 impian tidak tertunai semasa zaman belajarnya. Dia ingin salah seorang kami mendapat gelaran doktor tidak kira dari sudut akademik mahupun profesional. Aku harap sangat satu perkara sahaja, abah sempat melihat aku mendapatkan master sekurang-kurangnya jikalau tidak sempat PhD.

Sungguh! Akhir-akhir ini aku jadi rindu pada abah..