Waktu aku mula mengenal apa itu Ramadan


Aku mula berpuasa penuh sebulan waktu umur 7 tahun. Abah kata kalau sudah masuk sekolah rendah kena mula berpuasa. Malu pada kawan-kawan, malu pada cikgu-cikgi dan malu pada Allah.

Lalu aku bersemangat hendak puasa.

Hari pertama aku berjaya. Aku bangun dan bersahur dan berpuasa. Amin.

Hari kedua aku berjaya lagi. Aku bangun dan bersahur dan berpuasa lagi. Amin.

Hari ketiga aku terjaga pukul 830pagi dan waktu itu cuti sekolah.

Selalu waktu cuti sekolah, aku akan bangun lambat sikit dari biasa dan main-main lebih kurang, lepas itu pergi kedai mamak beli jajan atau aiskrim.

Dan rutin itu aku ulangi dan aku beli aiskrim dan makan di buaian kayu di bawah pokok rambutan sebelah rumah aku.

Kakak pandang aku semacam. Adik pun pandang aku lain macam. Aku sorok sikit aiskrim sebab takut adik minta. Abah datang dan senyum. Dia tanya

“Yana tak larat nak puasa ya hari ini?”

Aku diam dan aku pandang abah. Satu-satu air mata menitis seperti aiskrim paddle pop yang mencair. Abah usap belakang aku dan kata lagi

“Tak apa. Abiskan aiskrim itu, nanti sambung puasa balik.”

Aku cepat-cepat habiskan aiskrim dan teruskan berpuasa dan tidak pernah lupa sampai bila-bila.

Birungu : Sungguh aku rindu pada Abah

2 thoughts on “Waktu aku mula mengenal apa itu Ramadan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s