Buku Bulan Ini : Endensor


Lama mahu aku memberi komentar buku ketiga dalam tetralogi Laskar Pelangi tapi aku tidak punya masa untuk menembusi kepolosan kata-kata dalam buku ini dan menterjemahkan dalam entri ringkas padat.

Oleh kerana khabar bertiup menyatakan Maryamah Karpov akan keluar dalam bulan ini, maka dengan rasa kipas-susah-mati Andrea Hirata aku mempersembahkan ulasan buku Endensor ini.

Menyusuri bab 1 Endensor seolah menemukakan jiwa Ikal yang selama ini terselindung dek penceritaan watak-watak lain dan babak-babak seterusnya aku menemui wajah-wajah dan nurani Ikal sang pencerita utama didalam tetralogi ini. Jika didalam LAskar Pelangi kita dipertemukan genius Lintang dan Mahar. Manakala dalam Sang Pemimpi kita berkenalan dengan si nakal bijak Arai, didalam Endensor ini kita menemui mozek-mozek jiwa seorang Ikal sedari kecil hingga dia menjejaki kaki ke Perancis. Endensor bagaikan kitab mengenali jiwa Ikal lebih dekat berbanding dua bukunya sebelum ini.

Aku gemar Endensor kerana membawa aku menerokai dunia mistik pengembaraannya di pelosok dunia dan menemui kejaiban-keajaiban yang tidak kita sangkakan. Bagaimana penceritaannya bagaikan tidak terjangka dan kita menemui pelbagai sudut pandangan yang menarik didalam endensor.

Aku gemar penyusunan cerita ini yang mengheret mozek-mozek cerita yang terapung dan menjadikannya saru cerita yang menarik dan mengagumkan. Ah aku teringin meneroka dan mengembara merasai makna dan susah serta cabaraan dalam pengembaraan ilmu sebegini.

Endensor membawa anda menyusuri mozek-mozek impi dam mimpi Ikal yang selama ini bergeyantangan di fikiran Ikal yanga akhirmya tertunai di dalam novel ini. Bagaiamana watak Ikal yang menggoda setiap penjuru rasa untuk meneroka makna hidup mengembara mengenali potensi diri.

Aku tidak mengatakan novel ini novel terbaik andrea hirata kerana aku masih menyukai2 novelnya terdahulu tetapi sihir kata penceritaan andrea telah menghantar aku ke dimensi kembara dan rasa tanpa alah untuk meneruskan apa yang dikatakan mimpi

4 thoughts on “Buku Bulan Ini : Endensor”

  1. wah!!!!(nada kagum) ko dah ada tiga2 buku ni…
    aku baru ada sang pemimpi saja…
    lagi dua tak tau bila nak beli….
    ish, kena cepat cari ni….

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s