Kali pertama aku kena tag!


Untuk maklumat inilah kali pertama aku ditag. Maka dengan penuh rasa bersemangat aku cuba untuk menjab setiap soalan-soalan yang diberi.. tQ Filz sebab beri kesempatan ini.
a) Answer the questions below, do a Google Image Search with you answer, take a picture from the first page of results. Do it with minimal words of explanation.

1. The age you’ll be on your next birthday

14 Mac 2009(143)
2. Place you want to travel to

Nak jalan-jalan satu dunia
3. Your favourite place:

Kedai Muzik (layan lagu)

4. Your favourite food;

Semua makanan kecuali yang hijau-hijau tu. hehe
5. Your favourite pet;

Wonder pets, wonder pets dah berjaya. Hehe

6. Favourite colour combination;

Ungu!

7. Favourite piece of clothing;

The red Kebaya? hehe

Sepasang baju kebaya
8. Your all time favourite song

Ebiet G. Ade.

9. Favourite TV show

Drama bersiri GODA yang baru je habis. best!

Memang suka betul cerita ini.

Walaupun orang kata cerita ini untuk gedik-gedik tetapi aku suka skripnya.
Yang penting cerita Red Film aku boleh layanlah

10. First name of your significant crush;
11. Which town do you live in;

Batang Berjuntai
12. Your screen name/nickname;

YANA
13. Your first job:

Cashier
14. Your dream job;


Ecologist

Tak pun penulis yang berjaya
Tak pun jadi surirumah tangga yang berjaya. hehe
15. One bad habit that you have

Tidurrrr
16. Worst fear;

….
17. Things you’d like to do before you die

Mengembara dan keliling dunia
18. The first thing you’ll buy if you get $1,000,000.00

Rumah!
Advertisements

Buku Bulan Ini : BOHEMIAN


Saya membeli BOHEMIAN ini sudah lama. Sejak bulan pertama (Jun) buku ini diterbitkan. Tetapi oleh kerana kekangan masa, saya tangguhkan dahulu niat untuk mengulas buku ini.

Pertamanya saya membeli buku ini kerana tertarik pada tajuknya BOHEMIAN. Saya suka tajuk-tajuk eksotik macam ini. Lebih menarik untuk kita membaca. Menurut penyair Malaysia S.M Zakir pemilihan judul untuk sesuatu karya amatlah penting dan beliau sangat menghargai pemilihan tajuk-tajuk karyanya.

Keduanya, saya tertarik konsep jalan ceritanya. Membaca kulit belakangnya sahaja membuatkan saya teruja untuk membacanya. Bagaimana ya perbezaan sikap dan pendapat boleh menyatukan dua hati? Benarlah benci dan suka itu dipisahkan oleh satu garis halus yang tidak terlihat

Mengenali Imaen lewat karyanya Vandetta dalam buku Gurindam Jiwa dan kemudian buku ini, kita melihat gaya penulisan yang agak berbeza. Vandetta bersifat lebih ‘gelap’ dan berat berbanding Bohemian yang sedikit ringat tetapi tidaklah di dalam tercampak dalam golongan picisan. Tetapi tidaklah perbezaan itu terlalu jelas sehingga identiti Imaen hilang. Masih begitu juga. Sinikal dan Kritikus.

Jalan ceritanya selari dan di kembangkan oleh kes jenayah alam sekitar. Inilah ciri-ciri karya Imaen. Sesekali saya teringat drama SADIQ & Co yang mengangkat tema perjuangan terhdap alam sekitar. Mungkin ada bias-biasnya dalam buku ini. Oleh kerana saya pelajar jurusan jaga & urus alam sekitar, maka tidak sukar untuk saya jatuh cinta dengan buku ini.

Saya suka part surat Fadlan kepada Nadira (yang tentunya tidak diserahkan kepada Nadira) mengimbaukan saya pada karya Pak Hamka Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Aduhai, kalaulah ada lagi zaman utus-utus surat ini kan indah.

Plot buku ini mudah. Sedikit ringan dan senang diterima fikiran. Banyak falsafah-falsafah yang ditulis dalam bahasa mantap dan tidak kelihatan seperti kolaj-kolaj cerita yang ditampal didalam buku tersebut. Jelasnya, saya mudah jatuh cinta dengan buku ini.

Adakah anda diminati orang-orang secara tiba-tiba?


Adakah..

Anda rasa hairan tiba-tiba sahaja ada orang yang dengan ramah tamah mendekati anda walhal sebelum ini anda dianggap orang yang dianggap paling tidak wujud dikampus?

Anda pelik apabila tiba-tiba sahaja anda mendapat ’kad cinta’ dengan wajah-wajah yang tidak anda kenali didalam kad itu padahal sebelum ini satu kad pun tidak pernah anda perolehi?

Anda rasa tiba-tiba sahaja ada yang ingin menjadi kawan anda, bukan satu tetapi ramai sekali..?

Anda dihampiri dan dijanjikan pelbagai harapan untuk memperbaiki kehidupan anda dikampus sedangkan selama ini tidak pernah ada orang peduli anda sakit ke, demam ke, sihat ke?

Apabila anda bangun pagi, ada nota-nota kecil diselitkan dibawah pintu bilik anda dan anda terasa semacam saja?

Jangan khuatir dengan situasi ini.

Jangan rasa risau mahupun gundah gulana dan memikirkan cara-cara untuk mengelakkan diri daripada mereka-mereka yang ’meminati’ anda.

KERANA

Semua ini akan berakhir tepat jam 5.oo petang 16 Oktober 2008.

Selepas tarikh itu tiada orang pun yang berminat untuk mendekati anda, bercakap dengan anda mahupun menyelitkan nota-nota cinta buat anda.

Semuanya akan hilang bagaikan angin ribut.

Anda tidak percaya kata-kata saya?

Anda fikir saya menipu?

Baik kita tengok siapa yang menjadi ’tipah tertipu’ nanti.

Saya atau anda.

Tetapi sukacita saya nasihatkan anda, manfaatkan peluang rasa dikenali ini sebaiknya kerana manalah tahu anda akan dilupakan buat selama-lamanya selepas ini?

Siapa tahu kan?

P.U.T.U.S C.I.N.T.A?


Teman sebilik aku baru sahaja putus cinta. Menurut kata ex bf-nya

I tetap sayangkan u tapi i rasa kita tak serasi.i need space for myself. So kita breakup je la.

Wah! Aku kagum’ dengan kata-kata ex bf teman sebilik aku itu. Cliche. Kata-kata untuk memanipulasikan situasi supaya dia tidak dipersalahkan dalam keadaan tersebut.

Aku tidak mahu komen pasal sikap ex bf-nya sebab aku bukan pakar menilai sikap lelaki walaupun bagi aku, kata-kata itu mengambarkan sikap selfish, tidak bertanggungjawab, penakut, tidak mahu komitmen!

Tapi aku kagum dengan sikap teman sebilikku dalam menghadapi situasi sebegini. Dia tidak merataphiba, menangis atau bermurung. Dia berkata dengan nada lucu sambil ligat menaip assignment bertimbun di atas katilnya

Bukan dia tak sayang. Bukan dia dah ada orang lain. Tetapi tidak ada apa perlu ditangiskan disedihkan. Putus cinta sahaja bukan kematian apa-apa.

Aku kira zaman melankolik perempuan telah berlalu. Maaf lelaki di luar sana. Mungkin saat ini kami tiada punya ruang untuk rasa kecewa.

Anekdot Birungu : Teringat lagu Siti, Kumahu~

Warna-warni di Aidilfitri 1


2 hari sebelum raya

Aku kena sengat lebah-lebah yang bersarang di pohon di belakang rumah semasa membuang sampah.

Lebah-lebah itu beri aku 4 das di belakang badan.

Pedih!

Adik-adik gelak guling-guling.

2 hari selepas raya

Aku kena inject.

Sebab terpijak sesuatu yang aku tidak tahu. Sedar-sedar ada darah beku di tumit kaki kanan.

Mulanya aku buat tidak kisah. Dengan orang datang beraya dan aku sebagai perempuan melayu terakhir serta anak dara harapan bangsa, aku cekatan membuat air, memasak, mengemas dan sebagainya dan tidak hirau pasal kaki aku.

Tetapi aku mula rasa lain. Mula-mula kaki rasa kebas. Selepas itu aku tengok urat-urat dan menjalar timbul.

Seram!

Aku cakap pada abah. Bukan mengadu eh. Aku Cuma cakap kaki aku terpijak sesuatu yang kurang dikenal pasti tetapi yang pastinya ada darah beku membiru merah sebesar duit siling 5 sen.

Masa aku berlirih-lirih dibawah rumah sebab tidak tahan dengan kebas kaki yang mencucuk, tiba-tiba abah datang

Jom, pi klinik

Mulanya aku ego. Eleh kena sikit saja hendak ke klinik tetapi aku tewas dengan rasa sakit yang tidak berkerjasama dan kejam!

Aku kena inject dan kena makan 4 jenis ubat. Doktor( berbangsa India tetapi peramah dan hensem!) kata takut aku kena jangkitan tetanus. Cewah~ tah-tah saja nak charge aku lebih-lebih.

Melayang RM65 tetapi abah yang bayar. Nasib baik Hehe. Sayang abah

Duit Raya

Aku masih dapat duit raya lagi sebab kata saudara dan kaum kerabat aku memenuhi kriteria orang-orang yang masih dapat duit raya iaitu

1) Masih tidak berkahwin lagi

2) Masih belajar lagi.

Bila dengar sahaja mereka cakap macam itu, aku rasa macam malas nak kerja dan hendak terus sambung Master saja dan hendak kahwin lambat-lambat. Sebab aku nak merasa dapat duit raya. Hahaha. Seronok tau walaupun seringgit sahaja. Sebab apabila kita dapat duit raya menunjukkan kita ini masih muda lagi. Kan?

Baju raya

Aku ini jenis yang pakai sahaja baju-baju yang ada. Bukannya mereka tahu aku pakai baju-baju tahun lepas kan kalau aku tak bagitau. Tetapi masa aku balik kampung dan buka almari untuk tengok baju raya yang ibu buat untuk aku, aku rasa macam nak pengsan

Semuanya berona dan ada unsur-unsur hijau.

Aku dah cakap aku anti hijau untuk raya tahun ini. Kalau tahun depan tak apalah. Bukan untuk tahun ini. Aku anti. Aku tidak suka. Aku benci

Lalu aku pakai baju maroon yang dibuat tahun lepas. Aku tahu ibu terasa hati sebab baju batik hijau cap tangan motif semburan air itu ibu buat khas untuk aku. Tetapi ibu, minta maaf lah kalau aku pakai hijau untuk tahun ini, aku akan rasa terluka dan membenci diri sendiri. Oleh itu aku memilih untuk jadi begini.