Warna-warni di Aidilfitri 1


2 hari sebelum raya

Aku kena sengat lebah-lebah yang bersarang di pohon di belakang rumah semasa membuang sampah.

Lebah-lebah itu beri aku 4 das di belakang badan.

Pedih!

Adik-adik gelak guling-guling.

2 hari selepas raya

Aku kena inject.

Sebab terpijak sesuatu yang aku tidak tahu. Sedar-sedar ada darah beku di tumit kaki kanan.

Mulanya aku buat tidak kisah. Dengan orang datang beraya dan aku sebagai perempuan melayu terakhir serta anak dara harapan bangsa, aku cekatan membuat air, memasak, mengemas dan sebagainya dan tidak hirau pasal kaki aku.

Tetapi aku mula rasa lain. Mula-mula kaki rasa kebas. Selepas itu aku tengok urat-urat dan menjalar timbul.

Seram!

Aku cakap pada abah. Bukan mengadu eh. Aku Cuma cakap kaki aku terpijak sesuatu yang kurang dikenal pasti tetapi yang pastinya ada darah beku membiru merah sebesar duit siling 5 sen.

Masa aku berlirih-lirih dibawah rumah sebab tidak tahan dengan kebas kaki yang mencucuk, tiba-tiba abah datang

Jom, pi klinik

Mulanya aku ego. Eleh kena sikit saja hendak ke klinik tetapi aku tewas dengan rasa sakit yang tidak berkerjasama dan kejam!

Aku kena inject dan kena makan 4 jenis ubat. Doktor( berbangsa India tetapi peramah dan hensem!) kata takut aku kena jangkitan tetanus. Cewah~ tah-tah saja nak charge aku lebih-lebih.

Melayang RM65 tetapi abah yang bayar. Nasib baik Hehe. Sayang abah

Duit Raya

Aku masih dapat duit raya lagi sebab kata saudara dan kaum kerabat aku memenuhi kriteria orang-orang yang masih dapat duit raya iaitu

1) Masih tidak berkahwin lagi

2) Masih belajar lagi.

Bila dengar sahaja mereka cakap macam itu, aku rasa macam malas nak kerja dan hendak terus sambung Master saja dan hendak kahwin lambat-lambat. Sebab aku nak merasa dapat duit raya. Hahaha. Seronok tau walaupun seringgit sahaja. Sebab apabila kita dapat duit raya menunjukkan kita ini masih muda lagi. Kan?

Baju raya

Aku ini jenis yang pakai sahaja baju-baju yang ada. Bukannya mereka tahu aku pakai baju-baju tahun lepas kan kalau aku tak bagitau. Tetapi masa aku balik kampung dan buka almari untuk tengok baju raya yang ibu buat untuk aku, aku rasa macam nak pengsan

Semuanya berona dan ada unsur-unsur hijau.

Aku dah cakap aku anti hijau untuk raya tahun ini. Kalau tahun depan tak apalah. Bukan untuk tahun ini. Aku anti. Aku tidak suka. Aku benci

Lalu aku pakai baju maroon yang dibuat tahun lepas. Aku tahu ibu terasa hati sebab baju batik hijau cap tangan motif semburan air itu ibu buat khas untuk aku. Tetapi ibu, minta maaf lah kalau aku pakai hijau untuk tahun ini, aku akan rasa terluka dan membenci diri sendiri. Oleh itu aku memilih untuk jadi begini.

6 thoughts on “Warna-warni di Aidilfitri 1”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s