Buku Bulan Ini : BOHEMIAN


Saya membeli BOHEMIAN ini sudah lama. Sejak bulan pertama (Jun) buku ini diterbitkan. Tetapi oleh kerana kekangan masa, saya tangguhkan dahulu niat untuk mengulas buku ini.

Pertamanya saya membeli buku ini kerana tertarik pada tajuknya BOHEMIAN. Saya suka tajuk-tajuk eksotik macam ini. Lebih menarik untuk kita membaca. Menurut penyair Malaysia S.M Zakir pemilihan judul untuk sesuatu karya amatlah penting dan beliau sangat menghargai pemilihan tajuk-tajuk karyanya.

Keduanya, saya tertarik konsep jalan ceritanya. Membaca kulit belakangnya sahaja membuatkan saya teruja untuk membacanya. Bagaimana ya perbezaan sikap dan pendapat boleh menyatukan dua hati? Benarlah benci dan suka itu dipisahkan oleh satu garis halus yang tidak terlihat

Mengenali Imaen lewat karyanya Vandetta dalam buku Gurindam Jiwa dan kemudian buku ini, kita melihat gaya penulisan yang agak berbeza. Vandetta bersifat lebih ‘gelap’ dan berat berbanding Bohemian yang sedikit ringat tetapi tidaklah di dalam tercampak dalam golongan picisan. Tetapi tidaklah perbezaan itu terlalu jelas sehingga identiti Imaen hilang. Masih begitu juga. Sinikal dan Kritikus.

Jalan ceritanya selari dan di kembangkan oleh kes jenayah alam sekitar. Inilah ciri-ciri karya Imaen. Sesekali saya teringat drama SADIQ & Co yang mengangkat tema perjuangan terhdap alam sekitar. Mungkin ada bias-biasnya dalam buku ini. Oleh kerana saya pelajar jurusan jaga & urus alam sekitar, maka tidak sukar untuk saya jatuh cinta dengan buku ini.

Saya suka part surat Fadlan kepada Nadira (yang tentunya tidak diserahkan kepada Nadira) mengimbaukan saya pada karya Pak Hamka Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Aduhai, kalaulah ada lagi zaman utus-utus surat ini kan indah.

Plot buku ini mudah. Sedikit ringan dan senang diterima fikiran. Banyak falsafah-falsafah yang ditulis dalam bahasa mantap dan tidak kelihatan seperti kolaj-kolaj cerita yang ditampal didalam buku tersebut. Jelasnya, saya mudah jatuh cinta dengan buku ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s