TAG dari Filzah


Part One

1. How do you think the people around you will feel about you?

Kalau aku cakap aku seorang pendiam, semua orang akan tidak percaya dan menafikan sekeras-kerasnya.


2. The character of you for yourself is?

Urm. Tidak tahu siapa seperti aku.


3. On contrary, the character you hate of yourself is?

Kadang-kala aku membenci diri aku yang tidak boleh menegaskan apa yang aku mahu, bahagian diri yang selalu mahu menjaga hati orang lain dan melihat mereka bahagia sedangkan aku terluka.


4. The most ideal person that you wanna be is?

Menjadi diri sendiri tetapi bahagian yang kurang elok itu diperbaiki


Part Two.

1. Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.

2. People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state the rules clearly.

3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

4. No tags back!


10 weird habit? Aku golongan ordinari. Tidak ada yang pelik tetapi orang selalu kata aku suka buat benda pelik yang aku rasa tidak pelik pun. Tidak apa, setiap orang ada perangai masing-masing kan?


1 – Tidak boleh diam lebih daripada 2 minit. Ada orang pernah buat eksperimen pada aku, hendak tengok berapa lama aku boleh diam tanpa cakap apa-apa dan ternyata eksperimen itu gagal sebab aku memang tidak tahu bagaimana mahu berhenti bercakap. Kalau aku diam dalam satu hari itu, orang akan tanya “Yana sakit ke?, Yana ada marah pada siapa-siapa ke?”


2 – Kata orang, aku mudah mesra macam sudah kenal bertahun-tahun walaupun baru pertama kali berjumpa. Aku tidak sedar mulanya tetapi apabila sudah ramai yang komen baru aku akui. Entah, mungkin aku hendak orang lain buat macam itu pada aku walaupun baru jumpa. Kot.


3 – Suka taip mesej tanpa short form. Kawan aku selalu cakap aku ini manusia yang rajin amat menulis walaupun dalam SMS. Malah macam sudah jadi perangai pula lepas titik mesti ada space baru taip ayat seterusnya. Tanyalah kawan-kawan aku yang pernah menerima mesej aku yang jarang-jarang ada short form. Sampai ada orang cakap aku poyo “Macamlah orang tidak faham kalau dia tulis short form.” Well, bahasa mencerminkan bangsa. Tetapi sekarang sudah pandai guna short form sudah. Hehe


4 – Dahulu sebelum tidur mesti baca KAMUS DEWAN baru boleh tidur tidak tahu kenapa. Malah masa kecil-kecil suka baca tafsir Al-Quran bab cerita-cerita Nabi itu sebelum tidur. Sekarang ini makin malas kot tetapi masih pencinta buku yang sejati. Kira kipas-susah-mati la.


5 – Kalau marah aku akan jadi terlebih rajin. Mengemas atau memasak. Malah pernah satu ketika itu aku bad mood pukul 3 pagi di asrama, aku buat popia maggie dan goreng guna rice cooker. Kawan aku suka sahaja bila aku marah sebab dapat makan dan bilik bertambah cantik. Aish~


6 – Masa awal-awal di matrik, aku pakai baju kurung 24 jam. Tidak kiralah waktu pergi kuliah atau waktu turun makan malam. Baju kurung aku sangat banyak , lalu sangat rugi kalau tidak pakai. Tetapi tidak sampai sebulan, aku tidak pakai baju kurung selalu lagi sebab orang mengata aku sengaja nak mencari publisiti murahan dengan pakai baju kurung 24 jam. Aish~


7 – Aku selalu tukar nama panggilan kawan-kawan aku. Contohnya nama dia Norfahana, orang panggil dia Ana, aku akan panggil dia NANA atau Nor.


8 – Aku suka bau buku terutamanya bau buku yang guna kertas seperti Creative Interprise. Selalunya aku akan buka buku tersebut dan hirup bau buku dalam-dalam.


9 – Impian tempat-tempat untuk dating kalau bercinta nanti ialah panggung teater, muzium, pameran-pameran kesenian dan budaya, persembahan muzik. Hehe.


10 – Aku sangat suka simpan semua benda melibatkan kenangan. Tiket-tiket wayang, surat-surat lama kawan, kad raya, resit-resit perbelanjaan dan aku akan baca balik semua benda itu paling-paling sebulan sekali atau setiap kali aku bercuti panjang dirumah.


Sudah. Tidak tahu apa lagi yang pelik tentang aku. Rasanya bila makin aku menulis semakin aku menjadi manusia yang biasa-biasa tanpa apa-apa tabiat yang pelik.


I want to tag these people;

En Azhan tuan punya Kelambu

Sue

MatematisMuda

Kak Hanie Salwah tuan tanah Yang Bernama Cinta



Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s