VARSITI TEPI LAUT : Yang Cantik Yang Molek


Pihak pentadbiran Universiti @ varsiti aku sangat pintar dan bijak mentadbir. Mereka pandai menguruskan aliran wang masuk dan wang keluar. Mereka tahu membeza mana urusan penting dan kurang penting yang harus didahulukan.

Mahu bukti?

Bukti 1

Mereka suka benar mencantikkan bangunan Canselori atau membuat projek gajah putih seperti susur gajah dari Dewan Sultan ke perpustakaan Sultanah yang tidak ramai orang mahu guna.

TETAPI

Mereka tidak endah laluan pelajar ke kampus di belakang kampus yang tidak berbumbung dan menyebabkan pelajar keluh kesah untuk ke kampus apabila musim tengkujuh tiba.

Bukti 2

Mereka suka menghantar staf-staf ke kursus itu ini. Amat penting untuk meningkatkan kualiti pentadbiran varsiti sungguhpun mutu pentadbiran masih cemerlang dengan kerenah birokrasi yang ruwet dan remeh dan mengada-ada. Malah mereka akan stand by kenderaan untuk mana-mana staf yang ingin ke sana sini.

TETAPI

Mereka tidak kisah pun kalau pelajar tiada kenderaan untuk ke tempat sampling atau projek tahun akhir. Mereka tidak mahu tahu pun kalau pelajar terpaksa guna duit sendiri , sewa kenderaan untuk pergi buat projek tahun akhir sebab tiada kenderaan universiti setuju membawa mereka. Alasan mereka, bukankah pelajar sudah menandatangani perjanjian mahu melakukan projek tahun akhir secara independent?

Bukti 3

Mereka tahu meletakkan yuran yang tinggi-tinggi sebab hendak menyiapkan projek-projek yang kononnya untuk kepentingan pelajar dan melancarkan proses pembelajaran pelajar.

TETAPI

Kalau mereka dapat laporan daripada pelajar mengenai mutu varsiti yang makin merosot atau kemudahan pembelajaran yang tidak ada, tindakan mereka lebih lembap dari siput berjalan mengesot. Alasan rutin, varsiti tiada peruntukan walhal kita boleh lihat mereka membina tempat letak kereta berbumbung untuk staf, kolam ikan indah depan Canselori, blok kaunter bendahari yang baru di renovate.

Nah, pihak pentadbiran universiti aku pintar mengurusi hal ehwal varsiti bukan? Mahu bukti lagi? Tunggu di entri seterusnya.

Oh tidak lupa juga, mereka sedang sibuk mengejar piawaian ISO. Manalah tahu dengan adanya ISO itu boleh menempatkan varsiti ini di kalangan 100 universiti terbaik dunia. Siapa tahu bukan?

Apa nama universiti aku? Namanya Varsiti Tepi Laut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s