P.U.T.U.S.C.I.N.T.A 3


Kawan aku putus cinta. Lagi….

Dia meratap menghiba. Menangisi nasibnya.

Dia memilih mendengar lagu-lagu patah hati. Malah ayat-ayat mesejnya makin jiwa-jiwa dan bermadah puisi.

Aku hanya melihat dan mendengar tanpa sebarang komen apa-apa.

Tapi aku kagum dengan kuasa putus cinta. Boleh menyebabkan orang tiba-tiba mencintai puisi hiba dan sastera.

Suatu hari dia menghantar mesej kepada aku.

“Yana, aku akan hargai indahnya kaktus dan cantiknya ulat bulu dan melupakan harapan pada sekuntum bunga serta kupu-kupu”


Aku baca mesej itu lama dan berulang-ulang kali.

.

.

.

.

Wah, sejak bila pula kawan aku ini jadi ecologist ni?

 

Notakakitangan : Kawan saya di atas seorang pelajar jurusan undang-undang. Sekian.

17 thoughts on “P.U.T.U.S.C.I.N.T.A 3”

  1. Andai aku bicara soal cinta

    andai aku bisa
    mengajar tentang cinta,
    maka ku ajarkan
    cinta Yg Satu,
    Kerana cinta itu
    Segar setiap waktu,
    Tidak pernah jemu,
    Dan sentiasa ada untuk kamu.

    -luc

    Like

  2. menghadap ‘arkib sastera’… maklum saja la… hehehe

    Biar aku ajar cinta itu

    kau mahu tahu
    cinta yang tak membutakan rasa?

    pejamkanlah mata
    bukalah minda
    lihat yg terselindung
    dan amati yg berlindung

    panjangkan aqalmu
    turutilah firasatmu
    manfaatkan naluri
    ikhlaskanlah nurani

    kelak kau kan rasa
    bahawa ada cinta
    dan kau akan tahu
    bahawa cinta itu milikmu …

    -luc

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s