Aku baru tonton filem ini setelah terbaca di blog KAK ADEQ. Lalu setelah menonton filem MEREKA BILANG, SAYA MONYET aku boleh letakkan filem ini di antara filem-filem yang aku sukai.
Filem ini satu filem kritikan sosial, itu yang aku dapat rumuskan dan sesiapa yang menonton filem ini harus berfikir diluar kotak dan melihat di sebalik apa yang diwayangkan. Filem ini berdasarkan cerpen karya Djenar Maesa Ayu iaitu Lintah dan Melukis Jendela dan filem ini diarahkan olehnya juga.
Ceritanya berkisar watak Adjeng seorang penulis yang mempunyai kisah silam yang menghantuinya seterusnya membentuk 2 watak hidupnya. Satu gadis agresif di depan kawan-kawan akrabnya dan dua anak penurut dan pasif di hadapan ibunya. Adjeng ingin lari daripada kisah silam dan kepasifan di hadapan ibunya lalu memilih menumpahkan kisahnya di dalam cerpen yang bertajuk Lintah.
Konflik hidup Adjeng dikembangkan melalui teknik flash back segaris dengan cerita ini berjalan dan kemuncak cerita ini adalah pada ketika cerpen Lintah itu di siarkan di akhbar dan kemudian cerita dileraikan dengan penamat yang memuaskan, tidak tersangka.
Kenapa aku suka cerita ini?
1
Mungkin kerana dalam diriku ada jiwa penulis dan aku begitu tertarik dengan penceritaan cerpen Lintah yang sinikal dan luar kotak. Suatu hari nanti aku harap aku punya kelebihan dan keberanian untuk mengolah idea dan cerita seperti itu. Unik sekali.
Bacalah permulaan cerpen Lintah yang dimuatkan dalam filem ini
“Ibu saya memelihara seekor lintah. Lintah itu dibuatkan sebuah kadang yang mirip seperti rumah boneka berlantai dua, lengkap dengan kamar tidur, ruang makan, ruang tamu dan kamar mandi dan ditempatkan di sebelah kamar ibu. Saya selalu merengek kepada ibu untuk memelihara haiwan lain, namun ibu mempertahankannya sebagai haiwan peliharaan tunggal di rumah kami”
2
Aku suka skrip dan kata-kata di dalam filem ini
3
Lakonan pelakonannya hidup dan menjiwai watak. Malah Titi Sjuman (watak Adjeng) itu menang anugerah pendatang baru terbaik melalui lakonannya
Namun filem ini sedikit berani. Contohnya adegan Adjeng membuat seks dengan teman lelakinya dan adegan di kelab. Malah filem ini terlalu terbuka menontonkan watak wanita sebagai perokok tegar dan peminum alkohol. Mungkin ini realiti zaman sekarang begini dan Djenar Maesa Ayu cuba berjujur dengan filemnya.
5 bintang!
hello,
filem ni aku dah ada lama tapi baru tonton hari ini. Langsung lupa aku ada download. Review bagus.
LikeLike
Fakyew : review yang bagus? so bila nak review filem ni kat blog fakyew pula.. lalala. selamat menonton dgn tenang2.. haha
LikeLike
fa*yew? kebobrokan minda generasi wawasan …?
LikeLike
untuk apa sensor? fakyew. senang tak perlu tekan shift dan butang 4.
pergi mati dengan wawasan.
LikeLike
lelucon : mungkin fakyew cuba berjujur dengan kebenaran dan ekspresi rasa tidak puas hatinya dengan memilih haluan kiri
Fakyew : mungkin lelucon cuba menjadi idealistik.
sabar2 lelucon dan fakyew. kita masing-masing ada pendirian dan lorong yang dipilih untuk luahkan fikiran. saya terima kedua-dua cara. Setuju?
LikeLike
“mereka” bilang, saya bobrok! haha
LikeLike
haha.. ambil secara positif ya fakyew…
LikeLike
*yew, bukan menghina diri, tapi menegur ideologi… hakikatnya manusia itu dilahirkan mulia (kita semua), cuma minda dan nafsu yang mencorakkan destinasinya… generasi baru seharusnya ditarbiyah sebaiknya agar dapat jadi pemimpin, amar makruf nahi munkar.
Hipokrasi dan realiti adalah suatu yg abstrak… persepsi masing-masing… kenallah Tuhan, kerana itulah kebenaran. Kalau ber’tuhan’kan syaitan/dunia, dunia la yang tuan dapat. Tu pun kalau dapat! (fikirlah)
salam ukhwah.
p/s: sory la kalau terasa beb, gua pun ada nafsu amarah gak.. bebulu tengok Melayu huru-hara nih hehehe! Musykil gua! Sory tuan rumah!
LikeLike
tarbiyah? amar makruf nahi munkar? salam ukhwah? melayu?
maaf aku dah silap tempat untuk mencelah. aku percaya tuhan tapi tidak kepada budak suruhan kepunyaan tuhan melayu.
LikeLike
“bebulu tengok Melayu huru-hara nih”
hek eleh.. Lu ni macam Tuhan orang melayu pulak. FUCKYOU tu bukan orang melayu. Dia orang cina. selamat berukhwankamu dengan wawasan 2020 melayu kamu. Sorry, komen berteraskan intelek anda orang dah tak pakai.. Dah lapuk.
Lu pun tak kenal Tuhan lu siapa lu mahu bobrok-kan orang. Pegi kejar wawasan 2020 nuh!
Sori Tuan Blog, Emosi! Nice Review actually.
LikeLike
ada jual or kena download?
LikeLike
laaaa,*yew, nama ko bukan Iqbal ke? Takpe la. yang penting ko orang Malaysia. (terima kasih MohdJai)
istilah ‘tuhan’ tu merujuk pak menteri ke?
Tuhankah Pak Menteri?
Aku bukan bertuhankan pak menteri,
Aku bukan berqiblat duniawi,
Aku hanya bertuhankan Yang Satu,
Yang mengajarkan ilmu,
Yang memberi aku waktu,
Yang memberi aku nyawa,
yang memberi aku bahagia,
Kelak aku akan mati,
dan duniawi akan pergi,
Aku akan berjumpa denganNya,
Dan masa itu
Baru aku kenal Dia siapa. (dan Dia pastinya bukan Pak Menteri!)
… emosi ‘memberontak’ sangat kuat…. hmmmm…. aku dok pk, cane Malaysia boleh manfaatkan korang ni? Memberontak (proaktif), mencari perubahan dan kebenaran tu sikap yang bagus sebenarnya. cuma kenalah dituju pada cara dan objektif yang betul, dan bermanfaat …
LikeLike
ainunl, maaf ya (sekali lagi). Lepas ni tiada lagi komen ‘lari tajuk’ hehehe
LikeLike
Maaf kepada komentar-komentar entri mereka bilang, saya monyet, tuan punya blog pergi bercuti ke daerah sunyi yang tiada sambungan internet sebab itu tak leh bagi pandangan terhadap komentar di blog.
Lelucon : Kadang-kadang kita kena percaya pada idealogi kerana sejarah membuktikan ideologi boleh membentuk negara. tetapi berapa ramai yang mengikut dengan membabi-buta idealogi tersebut sehingga mereka tidak tahu matlamat sebenar pejuangan mereka. saya merujuk kata kata Archilles (Brad Pritt) didalam cerita Troy
“Untuk apa kau berjuang?”-Archilles
“Aku berjuang untuk kau, Archilles.”-
“Jikalau aku mati, kau mahu berjuang untuk siapa?”-Archilles
dan
“kau berlawan bermati-matian untuk raja yang tidak pernah kau lihat pun.”-Archilles
Fakyew : ya, kebebasan bersuara itu penting untuk mereka-mereka yang berkuasa dan lupa daratan tahu bumi mana yang mereka pijak. kita sebenarnya sudah lelah disogok dengan kosmetik dan muka baik lalu kita kadang -kala memilih untuk jadi jujur dengan kebenaran dan kata tetapi saya suka mengingatkan diri sendiri dengan kata-kata ini “kejujuran adakalanya menakutkan -Cinta Hari-Hari rusuhan -Faisal Tehrani”
Mohdjai : saya rasa komen berdasarkan intelek masih valid pada sesiapa yg mahu menerimanya walaupn adakalanya komen itu sterotaip dan menjemukan. macam tiada perbendaharaan kata yang lain.
Gerektua : Filem ini saya download di misshacker.com. saya cari di kedai tiada pula.
Apa-apa pun terima kasih untuk pandangan-pandangan yang berbeza. saya menerima keterbukaan bicara walau dari penjuru yang berbeza. ;-). tidak mengapa kalau ada pandangan yang luar dari topik~
LikeLike
betul nama aku iqbal dan fakyew itu nama samaran aku. adalah masalah di situ sampai perlu sensor?
mula-mula bagi komen pasal melayu lepas tu tukar nada kepada malaysia. kau sendiri tak nampak kecelaruan dalam diri sendiri. nak tegur orang pulak? tuhan aku maksud kan itu bukan menteri. nampak sangat kau ni pendek akal, mahu buat phd macam ni?
hahahahahahahahahahhaahahhahaa
LikeLike
lor..apa lepas ke menteri pulak. haha. Aku tersilap info. Fakyew ni orang israel sebenarnya =)) jadi, tak payah nak berukhwankau ya. Aku bakar sereban kau nanti.
On Topic.
Aku geli la time budak tu makan balik yang dimuntahkannya dalam lubang tandas tu. Fuh.. Aku nak tido pun terpikir-pikir je. fuh..
LikeLike
lawak juge manusia ni yek.
tak suka nick orang lain, terus je kecoh ?
siap bagi tafsir karekter berdasarkan nick !!
Padahal perkataan Fak yew tu tk menggambarkan langsung
diri iqbal yang sembahyang tak tinggal 5 kali sehari.
kalau berbulu tgk melayu huru- hara jgn guna puisi beb,
tak true melayunya tu.
budaya arab.
Guna pantun. barulah true melayu
jadilah melayu berwawasan.
melayu true, pakai tanjak, pakai baju melayu dengan sampingnye.
Berbahagilah dirimu dengan cermin
lihatlah bagaimana pakaian barat
melukis dunia melayu kamu sendiri.
Sekeliling kamu.
Dabiklah dadamu dengan megah tentang ideologi.
kerana menyangka dirimu
melayu sejati.
P/S aku takpe guna puisi/sajak, sebab aku melayu tak ada wawasan.
suka cedok budaya asing.
LikeLike
Fakyew : mungkin lelucon membaca komen fakyew dengan nada yang berbeza dan memahami dgn mksd yang berbeza
MohdJai : haha.. la dia org israel ke? baru taw..
kenapa dia makan betul-betul makanan yang dimuntahkan tu. Ironi betullah~
Adiospunk : terima kasih kerana berkunjung. suka betul kalau saya tinggalkan pantun melayu lama disini
Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Tegak bangsa kerana budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa
Hehehe.. Agak-agaknya saya cukup melayu tak?;-)
LikeLike
… 🙂
LikeLike
Nak kena cari filem ni…
Wohh…
Hapuskan moralis berideologi melayu kuno!
LikeLike
Dude : carilah filem ini, dah beri link kan, kalau susah2 sgt nanti saya upload disini.. hehe
LikeLike
Yeah, terima kaseh.
tapi nak download film ni kat CC memang mustahil.
berharap kalau ada dvd atau vcd je.
LikeLike
Dude : urm tu la pasal. hari tu pusing2 kedai DVD tak da pun..
kenalah download.. huhu
LikeLike