Kejar..kejar kenangan yang bersisa itu!


Entri ini saya tulis dengan linang air mata yang merembes tiba-tiba dan untuk orang yang payah amat menangis seperti saya, saya rasa perasaan ini aneh.

Saya ke blog lama saya yang saya tinggalkan kerana escapism dan saya terjumpa shoutout aneh di blog lama saya. Shoutout itu berbunyi

Syida : Aku link blog kau ya.

Ya. Syida kawan lama saya di maktab atas kayangan. Kami duduk sebaris dan kami ada lima orang. Lima orang yang gila-gila. Saya duduk paling kiri diikuti Azian, Ana, Syida, Wiyah. Kami menempuh hari-hari di maktab itu sepanjang 2 tahun bersama dan kami menemui pelbagai kerenah yang aneh-aneh.

Lalu mengapa saya menangis dan mengapa bahasa saya jadi halus begini?

Kerana ayat yang sebaris itu telah membangkitkan kenangan bertahun dahulu. Kenangan yang timbul tenggelam bersama waktu.

Saya kagum dengan Syida masih menjejak kawan-kawan sedang saya begini tenggelam dengan kenangan dan tak mahu bangkit lagi dan bila saya ke blog dia senaraikan link kawan-kawan maktab kami. Disana saya temui blog Nadiah Hakim yang comel, blog Azian yang kini di UK dan beberapa blog rakan saya yang lain.

Bagaimana ya mahu menghapuskan apa yang tertulis sedangkan yang terhapus itu bisakah terpadam sepenuhnya?

Kepada Syida, terima kasih kerana menjejak kawan-kawan lama membuatkan saya menjadi syahdu amat. Sungguh!

Advertisements

5 thoughts on “Kejar..kejar kenangan yang bersisa itu!”

  1. kadang kala dalam hidup ni. kita sering terlupa masih ada insan yg sentiasa mengingati kita. menyayangi kita. dan sentiasa merindui kita. mengertilah. masih ada yg sayang.

    Like

  2. syida : terima kasih masih menjejak kawan-kawan lama ya. InsyaAllah akan ingat kenangan lalu sampai bila2..

    13 may : kadang2 layan blues pun okey gak kan~

    Fuzama :betul~ mungkin kita lupa kerana kita sangka tiada org yang akan ingat pada kita. kita yang kerdil dimata sesiapa.

    Gerek tua : rasanya ada juga yang terjun ke dunia blog. asalkan kita cari mesti dapat punya.. hehe

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s