Kembara : Pasar Chowrasta


Kalau kamu mahu biarkan aku menunggu kamu, tinggalkan aku di kedai buku dan aku boleh biarkan masa berlalu tanpa jemu.

Aku kembara ke Pulau Pinang beberapa bulan yang lepas untuk tugasan praktikal dan bertemu dengan syurga buku yang membuatkan mata dan tanganku tidak keruan memilihnya.

Rasa syurga itu aku temui di Pasar Chowrasta, Pulau Pinang. Kalau anda lalu di depan pasar itu anda hanya temui kedai-kedai jeruk dan baju tetapi jika anda mencemar kaki ke tingkat 2 pasar itu anda akan temui satu pojok dimana timbunan buku-buku second hand menunggu untuk menemui tuan yang baru

Waktu itu duit di tangan hanya ada RM50 sahaja dan aku temui buku-buku lama yang aku idamkan dan dijual dengan harga yang murah bukan main. Malah masih boleh tawar menawar lagi.

Anda tahu rasanya? Benda yang lama anda idam boleh didapati dengan harga murah tetapi anda masih tidak boleh memilikinya. Rasanya sakit amat tahu?

Aku hanya membeli beberapa buku yang mampu milik

Aku tinggalkan Pasar Chowrasta itu dengan rasa hampa.

Tetapi suatu hari nanti aku akan datang ke pulau mutiara dan berkunjung ke pasar itu dan ketemu lagi jurujualnya yang peramah.

6 thoughts on “Kembara : Pasar Chowrasta”

  1. wah..seronoknya..
    kat sini susah betul nak cari buku secondhand
    kalau nak beli kenala pergi Popular atau MPH
    huhu..

    ouh, saya juga sangat senang sekali ditinggalkan di kedai buku..hehe.. =P

    Like

  2. sue : mmg la. kita cari buku second hand tu bukannya apa. sebab banyak buku-buku lama yang dah tak terbit lagi. kalau atang ke pulau pinang jgn lupa pergi pasar chowrasta tau

    syida : la. hari tu aku tergesa2 sgt. aku dok kat sg dua . betul2 dpn usm. hang tak marah kan.. nampaknya bolehlah aku kirim buku kat hang ni..

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s