Maktab Atas Kayangan : Pengeboman Aspuri


Kawan-kawan maktab atas kayangan,

Kita menyatu pada hari ini atas dasar kenangan . Kenangan 4 tahun lalu di maktab atas kayangan iaitu pengeboman aspuri.

Ya, kita marah pada golongan mereka yang memulakan segalanya iaitu AL-JALS. Malah kita menyeranah sepanjang malam itu sehinggakan pihak atasan maktab menghimpunkan kita di surau untuk meredakan segala amarah berbangkit.

Kini sudah 4 tahun segalanya berlaku. Yang rahsia telah terbongkang dan terbongkar. Siapa yang jadi mastermind telah diketahui.

Dan kini jika cerita ini berbangkit, kita hanya tersenyum dan tertawa kecil.

Ya itu namanya kenangan. Biarpun pedih tetapi bisa jadi yang indah.

Malam itu aku sememangnya berjaga kerana tuntutan SPM bersama rakan sebilik. Getarnya akibat peristiwa itu masih terasa. Kamu tahu bagaimana rasa di medan perang? Bak pengeboman di perang tahu. Siap ada balingan bom permulaan lagi. Benar-benar macam di medan perang.

Masa itu kita warga aspuri betul-betul menyeranah aspura dan Al-JALS dan warga aspura menyumpah AL-JALS kerana menceroboh masuk aspura waktu sembahyang jumaat, punca semua ini terjadi.

Kawan-kawan,

Sama-sama kita mengenang tarikh ini 28 November 04. Setelah 4 tahun meninggalkan maktab atas kayangan, tarikh ini masih menghambat kita, kemana-mana.

Sekian.

11 thoughts on “Maktab Atas Kayangan : Pengeboman Aspuri”

  1. Sumpahan berlalu..yang aku tahu..ketika kejadian aku tidur nyenyak di dalam bilik..hehe..esok aku terpinga-pinga sahabat-sahabat bercerita..ainunl aku tak tahu punca kau tak boleh beri komentar di Realiti ,Diari dan Aku..kurang mahir untuk aku mengenalpasti punca yang berkaitan..bagaimana ya?

    Like

  2. Syida : aku rasa kan syida, mungkin internet connection universiti aku kot yang problem.. sebab bila aku nak hantar komen dia suruh taip character, tetapi character tak muncul2 pun.. sedih aku

    Diana : aku confirm boleh buat cerita punya la..
    mmg gempak kan masa tu? hehe

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s