Apakah soalan paling popular apabila buka semester baru?


Kalau awal-awal semester, ini soalan paling popular yang akan ditanya selepas bertanya khabar

“Macam mana result?”

“Berapa CGPA?”

Kamu akan jadi separa senyum-senyum kambing kalau PNG kamu melepasi dekan dan senyum kau jadi pahit-pahit cuka kalau PNG diparas 3.00 atau paras kritikal 2.00. Weh, macam tiada soalan lain sahaja yang kamu semua nak tanya.

Aku golongan yang paling tidak ambil tahu pasal result aku
apatah lagi result orang lain. Soalan-soalan di atas benda paling taboo untuk diperkatakan. Banyak lagi isu-isu lain yang ditanya contohnya “apakah pendapat kawan-kawan tentang krisis ekonomi dunia?” atau “Apakah Barrack Obama dapat menangani masalah ekonomi dewasa ini.” Atau lain-lain yang lebih cakna dan dinamik. Heh.

Kalau orang tanya aku soalan-soalan macam ini, aku akan jawab begini

 

“Menurut Cik Zalipah (2008), gred…

A – Untuk Tuhan

B – Untuk Pensyarah

C- Haaaa .. ni barulah untuk student”

 

Mereka semua akan terdiam. Senyum kambing bersulam cuka.

 

Notakakitangan : Aku suka baca entri ini di blog Kelambu. Pasal result itu.

Advertisements

Ebiet G. Ade – Nyanyian Kasmaran


Agak lama rasanya aku tidak tulis entri lagu kegemaran aku. Maaflah kalau lagu yang ditulis ini lagu lama dan layaknya menjadi kutub khanah Klasik Nasional FM tetapi aku tetap berpegang dengan prinsip tanpa yang lama tiada yang baru dan lagu-lagu lama dan kurang popular ini lagi berjiwa liriknya berbanding lagu sekarang yang liriknya tanpa erti seperti lagu kutunggu jandamu dan muziknya tiada jati dirinya sendiri dan paksi.

Aku sememangnya peminat Ebiet G. Ade dan segalanya bermula dengan lagu ini. Lagu ini aku temui disisipkan dinovel Keranamu Ain.. karya Noor Suraya a.k.a Kaksu. Penulis yang aku kagum amat dan tidak sangka dapat bersua dengannya. Lagu ini pernah membangkitkan kekuatan yang bukan sedikit. Aku berharap dengan mendengar kembali lagu dan liriknya dan aku akan kembali bersemangat dan meninggalkan kepedihan ini.

EBIET G ADE – Nyanyian Kasmaran

Sejak engkau bertemu lelaki bermata lembut
Ada yang tersentak dari dalam dadamu
Kau menyendiri duduk dalam gelap
Bersenandung nyanyian kasmaran
Dan tersenyum entah untuk siapa

Nampaknya engkau tengah mabuk kepayang
Kau pahat langit dengan angan-angan
Kau ukir malam dengan bayang-bayang

Jangan hanya diam kau simpan dalam duduk termenung
Malam yang kau sapa lewat tanpa jawab

Bersikaplah jujur dan tebuka
Tumpahkanlah perasaan yang sarat dengan cinta
Yang panas bergelora

Barangkali takdir tengah bicara
Ia diperuntukkan buatmu
Dan pandangan matanya memang buatmu

Mengapa harus sembunyi dari kenyataan
Cinta kasih sejati kadang datang tak terduga

Bergegaslah bangun dari mimpi
Atau engkau akan kehilangan
Keindahan yang tengah engkau genggam

Anggap saja takdir tengah bicara
Ia datang dari langit buatmu
Dan pandangan matanya khusus buatmu

 

Aku paling suka ayat kau pahat langit dengan angan-angan, kau ukir malam dengan bayang-bayang . Sangat puitis dan bermakna. Memberi motivasi untuk merebut peluang yang ada dalam hidup. Kepada sesiapa yang ingin download lagu ini, bolehlah klik disini. Ebiet G. Ade – Nyanyian Kasmaran

 Ebiet G. Ade – Nyanyian Kasmaran

 

Notakakitangan : Untuk info peminat lagu Kamelia-Sweet Charity. Sebenarnya lagu itu di tulis oleh Ebiet G. Ade dan berjudul Camellia II. Lagu itu diluncurkan tahun 1979 kalau tidak silap tetapi sayangnya semua ingat itu lagu Sweet Charity.

Merdekakan Hatimu : Tunas Cipta Disember 08


Merujuk entri ini.

Aku pernah menulis ada khabar pertama menyapa aku dan setelah setengah bulan berlalu dan setelah sudah beberapa orang menyapa dengan khabar yang sama, maka dengan rasa rendah diri aku menulis di blog ini bahawa puisi aku disiarkan pertama kalinya di media cetak.


Puisi ini bukan puisi pertama yang aku tulis. Ini puisi yang entah berapa belas agaknya tetapi aku ialah seorang yang sangat culas untuk menghantar ke mana-mana. Bagiku, puisi bukan bidang yang aku boleh tangani. Puisi aku kebanyakan membosankan dan perkataan tidak ekonomik dan seperti menulis cerpen pula. Aku tidak pintar menginterpretasikan isu-isu semasa dalam bahasa puisi seperti kebanyakan penulis muda yang lain dan aku sering berpegang kata-kata Kak Rai, kita janganlah menulis tentang kemiskinan nelayan kalau kita tiada jiwanya. Kita tulislah puisi tentang apa yang kita tahu dan alami bukan sekadar imaginasi.

Selain itu, aku sangat malu mempamerkan hasil kerja yang compang-camping. Aku inginkan pembaca mendapat apa yang terbaik dengan duit yang mereka laburkan untuk membeli majalah tersebut. Lantaran itu aku sering was-was untuk menghantar karya puisi untuk disiarkan dimana-mana media. Malah aku ada satu sikap yang aku kurang senangi, aku hanya akan menghantar karya yang aku yakini akan tersiar dan bukan cuba-cuba. Aku tidak mahu karya itu menjadi pekasam di dalam inbox editor. Sikap ini sebenarnya kurang baik. Sebagai penulis kita jangan tanpa jemu mencuba untuk menembusi media. Itu yang sepatutnya.

Setelah didesak oleh beberapa pihak, maka aku beranikan diri menghantar puisi dan kebetulah ketika itu bulan kemerdekaan dan aku sekadar memilih puisi yang kena dengan bulan kemerdekaan walaupun puisi ini bukan puisi kegemaranku dan alhamdulilah puisi Merdekakanlah Hatimu tersiar di Tunas Cipta bulan Disember 08.


Filem LOS and FAUN : Filem lawak yang segar


Maaf. Review filem ini agak lewat walaupun aku sudah lama tonton filem ini


Pertamanya aku sangat suka hasil kerja Afdlin Sauki dan aku tonton hampir semua filemnya di panggung dan filem ini antara karya Afdlin yang terbaik. Rasanya tidak perlu tulis sinopsisnya kerana anda boleh perolehi sinopsisnya di sini.

Antara sebab-sebab aku menyukai filem LOS & Faun ialah

1

Setiap pelakon pandai menjiwai watak dan bukan sekadar watak tempelan tanpa karakter. Afdlin pandai merincikan setiap watak dalam ceritanya. Daripada sekecil-kecil watak penyambut tetamu dan pengurus restoren hinggalah watak utamanya LOS & FAUN.

2

Skripnya tidak membosankan. Lawaknya segar dan tidak terlalu kering. Aku bersama satu panggung gelak tanpa henti dari filem itu bermua sampai filem itu berakhir. Aku paling suka lawak Brokeback Mountain itu. Paling tidak tahan sengih Adlin yang pakai topi koboi itu. Bravo.

3

Walaupun jalan ceritanya mudah. Pasal pencarian barang curi dan adik aku yang turut sama menonton sudah dapat teka siapa pencuri sebenar tetapi Afdlin Sauki berjaya menyampaikan ceritanya dengan gayanya tersendiri.

Cukuplah 3 sebab ini dan aku harap penonton Malaysia menyokong filem ini dan sokonglah filem ini menjadi box office. Menurut teman baikku “Tidak rugi kita tonton filem Malaysia di panggung, filem orang putih itu kita download sahaja. Hehehe”

p/s Rasa bosan menonton lakonan Erra yang sedikit sterotaip.

Marilah mari kita mengundi.


Kawan aku pernah tanya pada aku

“Yana, kenapa kau selalu review filem sangat lambat dalam blog. Kadang-kadang sampai sudah keluar DVD baru kau sibuk-sibuk nak review. Tak fresh la.”

Hai, bagaimana ya aku mahu jelaskan di sini.

Buat pengetahuan kawan-kawan, aku belajar di negeri persisir air. Di sini tiada wayang hatta wayang pacak sekali pun. Yang ada hanyalah wayang kulit itupun bukan selalu dan loghatnya aku masih belum mahir mentafsir lagi. Kompleks membeli belah pun tiada, yang ada hanya MYDIN dan GIANT. Diulangi MYDIAN dan GIANT sahaja. Lalu mana aku nak cari cerita wayang yang fresh-fresh macam baru keluar oven seperti kata kamu itu. Maka terpaksalah aku menunggu cerita-cerita itu di upload di internet atau DVD originalnya keluar.

Prinsip aku, daripada beli CD /DVD cetak rompak baik aku download di internet. Haha. Biar industri cetak rompak lingkup.

Aku rasa kerajaan patut wujudkan panggung wayang di negeri ini sebelum pilihanraya kecil berlangsung. Kami , pihak barisan orang muda pasti akan berbonong-bonong memangkah dan menyokong calon kerajaan negeri setelah dirasuah dengan panggung wayang dan pusat karaoke serta bowling. Pasti!. Hehe.

Tag dari Cik Mahfuzah


Cik Mahfuzah, saya jawab tag anda ya. Hehe.

1) Do you think you’re hot ?

Aku tidak hot tapi kool

2) Upload your favourite picture of you.

3) Why do you like that picture ?

Ini bunga. Gambar ini ditangkap selepas tunjuk ajar supervisor semasa latihan praktikal di Cameron Highland. Tidak sangka dapat tangkap gambar dengan cantik sekali. Saya nak jadi seperti bunga ini. Polos dan tenang.

4) When was the last time you ate pizza?

Hujung bulan lepas. Dengan ex roommates .

5) The last song you listen to ?

Album Afgan – Confession No 1.

6) What are you doing right now besides this ?

Tonton ninja boy sambil mengemas bilik.

7) What name would you prefer besides yours ?

Aryana (Shah nak panggil nama ni. haha. Macam apa je) dan tentunya Cik Ainun. Hehe.

8) People to tag :

1 Sue

2 Fakyew

3 Kelambu

4 Filzah

5 Syahidah

9) Who is number one ?

Kawan dalam talian blog. Kalau tag dia mesti dia jawab punya. Pelajar UTP yang comel.

10) Number three is having a relationship with ?

Mahfuzah (orang yang tag saya dan adik kepada Kelamb) dan info yang diterima Kelambu is SINGLE. hehe

11) Say something about number five ?

Kawan sekelas di Maktab atas Kayangan. Dahulu seorang pendiam tetapi sekarang tidak lagi.

12) How about number four ?

Kawan sekepala ketika di Maktab atas kayangan. Kami sering dikatakan bersaing untuk menjadi terbaik dalam subjek BM. Penulisannya bagus dan peminat tegar Faisal Tehrani dan Noor Suraya

13) Who is number two?

Mula kenal sejak entri Mereka bilang, Saya Monyet. Sering muncul dengan komen-komen panas,tegas dan tidak peduli pada wawasan. Haha. Menurut Adi, dia bakal memegang watak Gundik dalam filem perang purbakala.

Merdekakan Hatiku!


Masa itu aku di maktab atas kayangan dan kami sedang ralat memilih kerjaya untuk temuduga kerja olok-olok anjuran maktab.

Aku memilih menjadi pakar pemakanan sebab..

1 Aku suka makan

2 Kerjaya ini sangat menarik bagi pandangan aku.

Nad menegur kenapa tidak memilih law sebab jiwa aku lebih ke sana. Bidang sains bukan bidang aku. Itu kata Nadiah.

Ya, Nad menegur berdasarkan apa yang dia nampak waktu itu. Aku juara karang mengarang subjek BM sampai orang gelar aku pakar bahasa (sampai sekarang aku benci amat dengan gelaran itu). Aku juara juara cakap-cakap berdasarkan fakta. Kata NAd , bidang law atau Sains Kemanusiaan itu amat akrab dengan aku berbanding bidang Sains yang jauh panggang dari api dari jiwaku.

Aku kata, bidang Sains ini seperti telah siap dilorongkan.

Dan aku masih juga memilih bidang Sains yang telah siap-siap dilorongkan tanpa perlu belok ke simpang mana-mana. Sampai sekarang.

Lalu waktu ini sampai saat ini sampai tika ini, aku sering bertanya pada jiwa


“Apakah suatu hari nanti kalau kau diberi peluang untuk menyimpang atau berpaling dari lorong ini, apakah kau akan memilihnya?”

Dan aku bertanya pada setiap nafas yang terhembus tanpa henti.