Apa benda kalau dah naik tidak turun-turun?


Dulu kawan aku bagi teka-teki.

“Apa benda kalau dah naik tidak turun-turun?”

Aku jawab

“Tol dan minyak!”

Sekarang teka-teki itu dah tidak valid dengan keadaan semasa. Minyak sudah pandai turun-naik macam bursa saham Malaysia. Tol pun dengar-dengar hendak dihapuskan di beberapa tempat dan diturunkan harga.

Lalu aku bagi teka-teki yang sama pada kawan aku dan kawan aku jawab

“Harga barang dan makanan.”

Dahulu orang gila-gila naikkan harga minyak dan makanan sebab harga minyak naik. Tetapi selepas harga minyak turun, harga barang dan makanan tidak turun pun.

Benarlah dunia sudah makin maju, Malaysia pun sudah makin berubah.

Notakakitangan : Hari ini aku balik Selangor tumpang kawan. Kami rasa gembira dengan cuaca cerah dan harga minyak turun 10sen.Yeah!

11 thoughts on “Apa benda kalau dah naik tidak turun-turun?”

  1. Syida : aku mulanya tak nak balik. tiba2 member aku yang mukanya mirip2 ashraf sinclair ajak tumpang dia. apa lagi.. huhu. merendek la balik awal.

    Gerektua : betul2.. naikkan tak fikir masa depan. depa ingat kalau depa turunkan harga minyak dapat turunkan harga barang? macam mana kemiskinan nak dibenteras dan taraf hidup tak naik?

    Lelucon : ya, umur dan roh kita serta mati.. ada sahaja jawapan yang lain tetapi ni tekateki sinikal tak puas hati dengan kenaikan keperluan hidup.. hehe

    Like

  2. Tenggelam dek air? Minyak turun, air naik hehehe

    ala, zaman ‘urban’ ni siapalah yang tak terasa ‘harga naik’. Pakcik yg rajin berbasikal pun heboh bersembang harga minyak turun-naik …

    umur dan ruh – itu juga jawapan sinikal pada kita yg asyik tak puas hati dengan rezeki yg kita dapat hehehe mengingatkan diri sendiri juga. jgn mare.

    Like

  3. Lelucon : Tenggelam~ betul tapi sekejap je. universiti jiran sampai tembok pecah. apa kes? kalau harga minyak naik, tidak semena-mena harga semua barang kehidupan naik juga. hai~, bilalah air boleh ditukar jadi punca tenaga kan?

    Like

  4. maknanya lepas ni di tempat ainunl pelajar kena diwajibkan beli pelampung/lifeboat! Sbab walau takde air pun, pelajar boleh ‘hanyut’ dan ‘karam’, kan? (berapa ramai siswi mengandung, dan berapa ramai siswa buat orang mengandung? sama-sama fikirlah ye…)

    eh, kan air salah satu sumber ‘tenaga’ manusia? Cuba takde air, boleh jalan ke? ‘jalan terus’ ada la hehehe

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s