Takziah kepada mereka-mereka


Takziah~

Kepada mangsa-mangsa yang terkorban kerana bencana. Anehnya semua bencana sadis ini berlaku di musim nyanyian hujan. Kuasa air bagaikan menjadi raja yang menjarah wilayah manusia serta mengorbankan jiwa-jiwa yang tidak terselamat.


Ya! Mereka sudah lama tahu bahawa kawasan Ulu Klang itu kawasan hitam gelap. Pernah menelan nyawa tetapi mereka membeli dengan bijak dan terpesona dengan indahnya dan lupa ada yang lebih berkuasa daripada mereka.

Liputan bencana di Bukit Antarabangsa sangat meluas. Hampir setiap jam kita dikemas kini dengan perkembangan terkininya.

Kata kawan aku “Adakah liputan berita akan sebegini luas sekiranya…

  • Kawasan yang dilanda bencana itu kawasan orang kurang berada di hulu daerah?
  • Kawasan tersebut dikuasai oleh parti berlambang dacing?
  • Rumah-rumah yang ranap itu milik tukang kebun atau driver teksi?

Kawan aku bernada sinikal dan aku sekadar menjawab “Mereka juga manusia, punya hak untuk dikasihani.”

Anehnya, bencana alam boleh menjadi medan menabur propaganda dan provokasi. Benarlah, kadang-kala kita sunyi tanpa hujan. Tanpa hujan kita tidak terlihat anekdot manusia

4 thoughts on “Takziah kepada mereka-mereka”

  1. Tapi manusia itu tak pernah insaf..tsunami melanda sebelum ini pun dah dilupakan..peristiwa Highland Tower tu pun mereka tak jadikan pengajaran..tak sudah-sudah..pembeli salahkan pemaju..saling menyalahkan..MPAJ pula tak nak mengaku..kehendak untuk membeli mengatasi keperluan..apa guna rumah besar tapi hati tak tenang..

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s