Maryamah Karpov : Silalah Datang Ke Malaysia dengan segera!


Aku peminat tetralogi Laskar Pelangi tetapi menjadi peminat setia bukan kerana publisiti melampau atau saranan mana-mana pihak. Aku membacanya kerana aku mahu membaca buku tersebut.

Ketiga-tiga buku aku sudah ulang baca sampai teman sebilik sudah naik bosan.

Tetapi aku lagi-lagi naik bosan bila menunggu buku Maryamah Karpov menyapa pasaran Malaysia melalui syarikat buku PTS. Sudahlah filem Laskar pelangi tidak masuk panggung Malaysia lagi. Terpaksalah aku kirim CDnya daripada kawan-kawan aku yang belajar di sana.

Dengan sepenuh hati, aku meminta cepat-cepatnya bukunya mampir di Malaysia. Jangan sampai aku terdownload e-book pula. Kang tidak pasal-pasal aku dituduh tidak-sokong-industri-buku pula

Ini kulit depan bukunya. Cantik dan penuh seni.


13 thoughts on “Maryamah Karpov : Silalah Datang Ke Malaysia dengan segera!”

  1. Salam Yana,
    1)Budak Kelantan memang wajib ditonton.Ia bukan pasal budak2 kelantan yg duduk KL je.Tapi pasala the change in our sosio budaya.

    2)Sudah beli Laskar Pelangi.Malangnya masih belum sempat dibaca kerana perlu baca hmbatan akademik dahulu.Tak best betul sistem pendidikan kat Msia ni.Kalau akademik tu,akademik sangat.Sampai tak balance dgn seni/sastera/muzik/filem.

    Like

  2. Fakyew : belum ada cdnya. tak keluar lagi. aish~ katanya filem ini dibikin dgn budjet yang sikit. sebab tu tak sampai malaysia lagi

    eh pandai upload la. nanti dah ada cd, saya upload kat sini.. (katakan tidak pada cetak rompak)

    Adiospunk : laskar pelangi ? , cerita tentang kanak-kanak yang mengejar pendidikan dalam kemiskinan. Maryamah karpov? cerita mengenai wanita dari sudut yang berbeza.

    Kak rai : 1) itulah pasal nak tgk, tapi kat terengganu ni tak da wayang, jadi mmg ketinggalan filem-filem bagus. tunggu Cd la gamaknya.
    2)betul la kakrai, saya pun kena kurgkan membaca nak tumpu pada final-year-project, tak best betul~

    Like

  3. salam,
    nasib kita serupa…masih menanti PTS utk publishkan MK
    kata teman2 dr indonesia, MK x berfokus pada kisah makcik maryamah dan anaknya nurmi yg pandai main biola (dalam buku sang pemimpi)…tapi lebih kurang mcm kesudahan terhadap cinta dan cita yg belum dipenuhi
    mcm kisah ikal dgn a ling, arai dgn zakiah nurmala
    kat cover buku tu ada tulis “mimpi-mimpi lintang” …kurang pasti pulak mcm mana andrea menyampaikan kisah lintang…tp kalau minat laskar pelangi, mesti tau kan kisah lintang yg tak dpt sambung belajar ke sekolah menengah atas,SMA dan kisah kematian bapa lintang
    mungkin, mungkin saja ada menyelitkan kisah lintang anak genius pesisir pantai
    BTW, mcm mana movie LP? usah bandingkan dengan novel ya! filemnya lebih realistik
    enjoy~

    Like

  4. Anuar Manshor : tu la pasal. tak tahulah nape tak sampai2 lagi filem yang bagus2. kalau filem hantu jembalang cepat je. harap keluar kat astro box office la..

    Niza : urm.. tapi dgr org komen tak seperti yang kita baca kan?

    lagi satu niza dah tgk cerita itu? saya belum dapat dvd nya lagi..

    Like

  5. Salam,

    Sebetulnya saya tidak pernah membaca karya penulis dari Indonesia lantaran bahasanya yang agak terbatas untuk difahami, tapi Laskar Pelangi berjaya membuka mata saya bahawa bahasa Indonesia masih boleh difahami.Saya`terpinjam’ buku ketiga (dari tetralogi LP)Edensor dari perpustakaan awam dan membacanya tanpa henti. Keesokkannya terus melangkah kaki ke kedai buku MPH Putrajaya untuk mendapatkan ketiga-tiga buku dari Andrea Hirata dan sehingga sekarang saya masih menunggu koleksi terakhir dari LP iaitu Maryamah Karpov, seksanya jiwa, beratnya raga, resahnya batin.

    Keseluruhan siri LP membuat saya tersenyum, menangis hiba dan ketawa sendiri. Novel yang bagus untuk pembangunan sahsiah dan membentuk jatidiri. Novel yang penuh dengan cerita ceriti yang ditulis…. saya percaya…..tanpa niat untuk meraih simpati.

    P.S `LASKAR PELANGI THE MOVIE’ – Aku juga resah menunggu ketibaan di Malaysia…hehehe

    Like

  6. Muhaizan : saya rasa bahasa indonesia tidak sukar untuk difahami kecuali bahasa indonesia yang baru yang bergaul dengan rojaknya. seperti bahasa malaysia yang kini sudah bergaul entah apa-apa perkataannya

    koleksi terakhir itu dgr2 dalam proses terjemahan. saya pernah baca LP dalam bahasa indonesia dan rasanya lebih asyik dan rempah lebih pedas sedikit.

    saya boleh cadangkan anda membaca novel-novel pak hamka dan beberapa lagi novel indonesia yang bahasanya bagus sekali..

    Like

  7. cd laskar pelangi lum keluar kat mesia. tp klu korang nak donload, dah ada kat youtube.
    nanti aku g jakarta lagi end of this week, baru aku beli yg ori. buku maryamah karpov pun sold out kat jakarta. pening kepala aku nak carinya. medan pun dah abis.

    Like

    1. Suhaimi :Ya, CD laskar pelangi belum muncul di Malaysia tetapi nasib baik saya sudah menontonnya. Ada yang tolong upload di internet. Bukan versi youtube.

      MAryamah Karpov pula, saya sudah baca bukunya. Ada seseorang mengirimkan dari Makassar. kenalan blog saya. Jangan putus asa untuk terus mencari ya..

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s