Merdekakan Hatiku!


Masa itu aku di maktab atas kayangan dan kami sedang ralat memilih kerjaya untuk temuduga kerja olok-olok anjuran maktab.

Aku memilih menjadi pakar pemakanan sebab..

1 Aku suka makan

2 Kerjaya ini sangat menarik bagi pandangan aku.

Nad menegur kenapa tidak memilih law sebab jiwa aku lebih ke sana. Bidang sains bukan bidang aku. Itu kata Nadiah.

Ya, Nad menegur berdasarkan apa yang dia nampak waktu itu. Aku juara karang mengarang subjek BM sampai orang gelar aku pakar bahasa (sampai sekarang aku benci amat dengan gelaran itu). Aku juara juara cakap-cakap berdasarkan fakta. Kata NAd , bidang law atau Sains Kemanusiaan itu amat akrab dengan aku berbanding bidang Sains yang jauh panggang dari api dari jiwaku.

Aku kata, bidang Sains ini seperti telah siap dilorongkan.

Dan aku masih juga memilih bidang Sains yang telah siap-siap dilorongkan tanpa perlu belok ke simpang mana-mana. Sampai sekarang.

Lalu waktu ini sampai saat ini sampai tika ini, aku sering bertanya pada jiwa


“Apakah suatu hari nanti kalau kau diberi peluang untuk menyimpang atau berpaling dari lorong ini, apakah kau akan memilihnya?”

Dan aku bertanya pada setiap nafas yang terhembus tanpa henti.

16 thoughts on “Merdekakan Hatiku!”

  1. aku bertemu simpang
    kerana di depanku ada cabang

    ku toleh kanan
    aku nampak ruang
    ku toleh kiri
    aku nampak peluang
    yang mana harus aku pilih?

    kalau kau tanya pada nafsu
    ‘ikutlah kehendak hatimu’
    kalau tanya pada iman
    ‘ikutlah pedoman Tuhan’

    kerana Dia yang menjadikan
    kerana Dia yang menentukan
    manusia dijadikan ada tujuan
    bukan mencari hiburan

    buatlah yang bermanfaat
    agar dapat berkat
    supaya kau tak sesat
    bertemu bahgia di akhirat…(insya’Allah)

    p/s: selagi bermanfaat untuk umat, buatlah…

    Like

  2. Masuk je setiap simpang. Kan Rugi hidup asyik lalu simpang yang sama saja.

    *untuk fakyew : Bila nak keluar simpang? masuk simpang mentakab keluar simpang karak. Terus ke KL. Ambil PHD. =))

    Like

  3. anuar manshor : sekarng belum boleh keluar simpang lagi. lagi setgh tahun. lagi setgh tahun….

    Syahidah : haha. bukan penulis tetapi sesuatu yang lain… yang jauh dari yang sekrg..
    nanti aku jawba tag kau. jgn risau..

    lelucon : Anehnya…kita ada pilihan tetapi kita kadang-kadang tidak bisa memilih..

    MohdJai : tak apa.. lagi setgh tahun je. setgh tahun je nak menyimpang ke lain..

    Fakyew tu budak master ke? huh! tak caya.. haha (pss.. jgn cakap dgn dia.. haha)

    Like

  4. hahahahahha

    gila gaban weh! aku rasa macam terapung je bila bercakap pasal hal programming.

    Code is poetry so dont mess with me.

    Wawasan 2020 tau! jangan lupeee adik-adik!

    Like

  5. sinikal jangan tak sinikal, huhuhu
    sungguh bermanfaat sekali sinikal-sinikal moh jai
    aku dah malas sinikal dah

    aku nak intai beribu-ribu simpang yang ada di dunia
    aku taknak dengar tentang simpang ke kiri
    aku nak lihat sendiri
    aku taknak dengar tentang simpang ke kanan
    aku nak lihat sendiri

    Like

  6. Kabut depan simpang

    Aku lihat kabut.
    (Tak usah kalut)
    Tapi aku tetap takut,
    akan jadi ribut!
    (Biarlah)
    Aku dah semput,
    Asyik berebut!
    Fikiran berserabut!
    (Tutup mulut)

    Nah, kenapa kau tak tenang?
    Itu cuma simpang,
    Yang penuh lalang,
    dan belalang!
    Pilihlah mana-mana cabang
    Cuma …
    Jangan pandang belakang!
    🙂

    Like

  7. lelucon : saya betul-betul teringat sajak sapardi djoko damono judulnya hatiku selembar daun

    HATIKU SELEMBAR DAUN

    hatiku selembar daun melayang jatuh di rumput;
    nanti dulu, biarkan aku sejenak
    terbaring di sini;
    ada yang masih ingin kupandang,
    yang selama ini senantiasa luput;
    sesaat adalah abadi sebelum kausapu
    tamanmu setiap pagi

    saya suka sajak ini. ada kena dgn jiwa saya sedikit. hehe

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s