Merdekakan Hatimu : Tunas Cipta Disember 08


Merujuk entri ini.

Aku pernah menulis ada khabar pertama menyapa aku dan setelah setengah bulan berlalu dan setelah sudah beberapa orang menyapa dengan khabar yang sama, maka dengan rasa rendah diri aku menulis di blog ini bahawa puisi aku disiarkan pertama kalinya di media cetak.


Puisi ini bukan puisi pertama yang aku tulis. Ini puisi yang entah berapa belas agaknya tetapi aku ialah seorang yang sangat culas untuk menghantar ke mana-mana. Bagiku, puisi bukan bidang yang aku boleh tangani. Puisi aku kebanyakan membosankan dan perkataan tidak ekonomik dan seperti menulis cerpen pula. Aku tidak pintar menginterpretasikan isu-isu semasa dalam bahasa puisi seperti kebanyakan penulis muda yang lain dan aku sering berpegang kata-kata Kak Rai, kita janganlah menulis tentang kemiskinan nelayan kalau kita tiada jiwanya. Kita tulislah puisi tentang apa yang kita tahu dan alami bukan sekadar imaginasi.

Selain itu, aku sangat malu mempamerkan hasil kerja yang compang-camping. Aku inginkan pembaca mendapat apa yang terbaik dengan duit yang mereka laburkan untuk membeli majalah tersebut. Lantaran itu aku sering was-was untuk menghantar karya puisi untuk disiarkan dimana-mana media. Malah aku ada satu sikap yang aku kurang senangi, aku hanya akan menghantar karya yang aku yakini akan tersiar dan bukan cuba-cuba. Aku tidak mahu karya itu menjadi pekasam di dalam inbox editor. Sikap ini sebenarnya kurang baik. Sebagai penulis kita jangan tanpa jemu mencuba untuk menembusi media. Itu yang sepatutnya.

Setelah didesak oleh beberapa pihak, maka aku beranikan diri menghantar puisi dan kebetulah ketika itu bulan kemerdekaan dan aku sekadar memilih puisi yang kena dengan bulan kemerdekaan walaupun puisi ini bukan puisi kegemaranku dan alhamdulilah puisi Merdekakanlah Hatimu tersiar di Tunas Cipta bulan Disember 08.


13 thoughts on “Merdekakan Hatimu : Tunas Cipta Disember 08”

  1. fuzama : ni majalah tunas cipta. bawah dbp. kalau junior mahfuzah nak, saya boleh poskan.
    kenapa junor tu cari majalah ni?

    lelucon : majalah tunas cipta, terbitan bawah dbp. terima kasih atas sokongan ya

    Like

  2. Deennasour, kalau dah terbit kat majalah, ainunl tak boleh terbit tempat lain la (tunggu tempoh expired). Kalau tak, rugi la DBP hehehe peminat ainunl pakat tak beli… btul ke, ainunl?

    Like

  3. Deenasour : ya, kena beli majalahnya baru dapat baca puisinya ttp saya akan upload puisinya dgn komentar sekali pada 1 januari nanti.

    Lelucon : terima kasih kerana menjawab pertanyaan deenasour. lalu lelucon dah beli ke belum majalah tunas cipta ni?

    benarkah saya ada peminat? ada-ada sahaja lelucon ni. hehe

    Like

  4. Salam, kat mana dapatkan mjlh Tunas Cipta. Edisi Dis saya beli di pameran buku. Januari punya sampai sekarang tak jumpa. Sukar pula nak ke DBP. Kat mana lagi ada kedai buku DBP area KL, Selangor

    Like

  5. Thanks. Saya dah dapatkan TC edisi Januari. Teruja bila orang komen tulisan kita, kan. Jemput ziarah d komen dr perspektif awak sndiri bila saya upload cerpen itu-Budak baru belajar.

    Like

  6. salam. maaf bertanya, bagaimana mahu menghantar karya ke tunas cipta? Adakah ia perlu melalui beberapa peringkat saringan atau dihakimi?
    Boleh saudara/ri menjawabnya melalui alamat e-mail saya? terima kasih.. =)

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s