Apakah soalan paling popular apabila buka semester baru?


Kalau awal-awal semester, ini soalan paling popular yang akan ditanya selepas bertanya khabar

“Macam mana result?”

“Berapa CGPA?”

Kamu akan jadi separa senyum-senyum kambing kalau PNG kamu melepasi dekan dan senyum kau jadi pahit-pahit cuka kalau PNG diparas 3.00 atau paras kritikal 2.00. Weh, macam tiada soalan lain sahaja yang kamu semua nak tanya.

Aku golongan yang paling tidak ambil tahu pasal result aku
apatah lagi result orang lain. Soalan-soalan di atas benda paling taboo untuk diperkatakan. Banyak lagi isu-isu lain yang ditanya contohnya “apakah pendapat kawan-kawan tentang krisis ekonomi dunia?” atau “Apakah Barrack Obama dapat menangani masalah ekonomi dewasa ini.” Atau lain-lain yang lebih cakna dan dinamik. Heh.

Kalau orang tanya aku soalan-soalan macam ini, aku akan jawab begini

 

“Menurut Cik Zalipah (2008), gred…

A – Untuk Tuhan

B – Untuk Pensyarah

C- Haaaa .. ni barulah untuk student”

 

Mereka semua akan terdiam. Senyum kambing bersulam cuka.

 

Notakakitangan : Aku suka baca entri ini di blog Kelambu. Pasal result itu.

13 thoughts on “Apakah soalan paling popular apabila buka semester baru?”

  1. hmmm, lama juga dah tinggal zaman ni… satu lagi… kalau pelajar ni, gred/CGPA tak kisah. Yg penting sama/ada kawan! 3.00 ke, 2.00 ke, takde hal. betul ke?

    p/s: A untuk Ayam, B untuk Bola, C untuk Cawan… S baru Student🙂

    Like

  2. “Menurut Cik Zalipah (2008), gred…

    A – Untuk Tuhan

    B – Untuk Pensyarah

    C- Haaaa .. ni barulah untuk student”

    Tobat aihh! tak paham mende aku. Cuba terangkan sikit. Otak aku agak tersumbat.

    Like

  3. Raden ; wah zaman raden ada agreget juga kah? zaman say aorg main kira berapa A je

    Lelucon : sebab zaman sekarang ni orang risau, keputusan tak bagus tak dapat kerja yang bagus. nilai tinggi rendahnya kerja diukur dengan nilai gred.

    MohdJai : maksd kata cik zalipah tu, zaman-zaman student ni mmg payah nak dapat gred bagus-bagus, gred sempurna iaitu A ini untuk tuhan je.. kita sebagai student layak-layak dapat C je. tu pun patut kira bersyukur la.. huhu

    Gerektua : zaman ijazah ni pun saya cuak bila dapat result

    Adios : saya pun rasa benda yang sama juga.. huhu

    Fakyew : mungkin la.. sedih wei~ subjek dia ramai yag dpaat pangkat-pangkat layak untuk student je

    Sue : betul juga. tapi kadang-kadang manusia ni cuak.. kalau result dia teruk, dia nak orang lain dapat sama-sama teruk. supaya dia sennag hati.

    Qdetective : kalau result naik mencanak, Q senang hati tak nak jawab?

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s