Hari ini 1 Januari, hari menunaikan janji


Kawan-kawan,

Hari ini 1 Januari 2009, maka aku akan tunaikan janji aku semasa menulis entri ini.

Terimalah puisi aku yang tersiar di Tunas Cipta Disember08. Puisi ini ada sejarahnya semasa dicipta tetapi biarlah sejarahnya aku simpan dan kunci kemas dan buang kuncinya ke laut.

MERDEKAKAN HATIMU

Bertahun lama

Kau memenjara peribadi

Diantara bilah kesangsian jiwa

 

Hingga mata hatimu lamur

Menebak episod pura

Seputar dunia boneka

 

Haruskah kau merandau serpihan pahit

Di dunia pojokmu sendiri dan sepi?

Membiar kekejaman bayang-bayang

Menjadi raja di jajahan jiwamu?

 

Merdekakan hatimu

Bebaskan dari kegalauan perasaan

Suara-suara bersipongang

Mengajak kau berperang

Merebut kebebasan yang hilang

 

Nah

Ini tanah nurani

Mampirlah!

Hirup harum kembang merah

Mekar di pagi murni

Ada manis yang harus kau cicip

Di jemarinya yang mekar

Disitulah kekuatanmu

Seorang pejuang

 

AINUNL MUAIYANAH SULAIMAN

KUALA TERENGGANU

Malangnya di majalah Tunas Cipta tersalah tulis nama aku menjadi AINIL MUAIYANAH. Sedih betul. Sejak bila pula aku pergi pejabat pendaftaran Negara minta surat tukar nama pun aku tidak tahu tetapi aku tidak hantar surat teguran pada bonda Ani, editor Tunas Cipta itu. Aku diam-diam sahaja.

Kawan-kawan, dengan senang hati aku mahu menerima teguran mengenai puisi kerdil ini.

7 thoughts on “Hari ini 1 Januari, hari menunaikan janji”

  1. yep ! Syahidah , pihak Israel cuma 3 je yang mati.
    Israel guna senjata canggih , jet pejuang moden.
    Hamas guna pelancar roket buatan sendiri je.
    ..

    Orang Malaysia sambut tahun baru tengok bunga api.
    Orang Palestin sambut tahun baru tengok peluru berpandu.

    Like

  2. ada yang lebih teruk lagi..
    malam tahun baru kena tangkap dalam pesta seks..
    orang melayu islam pulak tu…
    inilah Malaysia…

    MALAYSIA BOLEH!
    cemerlang!gemilang!terbilang!

    Like

  3. adiospunk : adi.. benarkah kamu tidak aham ni?

    saya dgn senang hati boleh terangkan..

    tapi takkan lah tak faham kan~ lelaki yang terang hati seperti kamu mesti boleh faham walau 1%.. kan +)

    syahidah : betul.. israel kejam tu bunuh orang untuk ganti nyawa rakyat mereka yg 3 orang itu.

    raden : org melayu lupa untuk belajar bahawa yang seronok itu akhirnya derita. derita yang akan mereka menyesal sepanjang hayat

    Like

  4. wah, puisi yang penuh puitis…

    p/s: kenapa buang kunci dan simpan sejarah? kan elok buang sejarahnya terus? ramai tukang kunci. takut tuan punya peti teringin nak buka lagi…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s