Tuan Nyanyian Hujan pergi bercuti


Maaf~

Maaf biarkan nyanyian hujan menjahit sawang.

Tuan nyanyian hujan pergi bercuti. Mungkin tengah mencuci mata di Pulau Pangkor. Haha.

.

.

Berhenti ketawa.

.

.

Aku tidak pergi bercuti. Aku pergi sampling. Kerja-kerja ruwet yang menentukan masa depan aku. Tempat itu tidak dapat menerima gelombang radio normal seperti Era fm, Hitz fm dan jauh sekali Hot dan Kool fm. Aku hanya dapat mendengar lagu-lagu rakyat tempatan negeri ini atau sesekali melayan Hindi Power di THR gegar. Kadang-kadang siaran radio sesat dari Siam juga menceroboh masuk.

 

Doakan aku dan rakan-rakan selamat dan tidak di bawa gelombang musim tengkujuh ini.